Susu pekat manis adalah antara salah satu bahan pemanis yang banyak digunakan dalam masakan dan juga minuman harian. Aneka kek, manisan, kopi susu, Teh Tarik, semua menggunakan pemanis ini. Setin harganya boleh tahan juga. Jadi apa kata kita buat sendiri. Senang je sebenarnya nak buat sendiri susu pekat manis ni secara homemade. Rasa pun sama je dengan yang dibeli. Boleh jimat sikit duit pada zaman serba tinggi kos kan? Saudari Syazwani Bakhari ada kongsikan cara-caranya. Jom cuba.
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuatnya, mudah sahaja. Mula-mula masukkan air panas, gula, marjerin dan susu tepung ke dalam bekas atau mesin pengisar. 2. Kisar semua bahan hingga jadi halus. Kaup balikkan supaya semua sebati. 3. Susu pekat manis homemade siap disediakan dan sedia untuk digunakan dalam pelbagai masakan dan minuman.
Ads
INFO: Jika susu pekat manis anda kurang manis, campurkan gula sedikit demi sedikit hingga mendapat kemanisan yang anda suka. Jika cair, masukkan lagi susu tepung. Ubah suai teksturnya mengikut selera masing-masing.
Hari ni mengidam nak makan laksa. Tapi bukan laksa utara atau penang. Kita buat laksa cina. Kombinasi ikan kembung dan sardin memekatkan kuah dan tambah enak. Selain itu untuk kuahnya kita letakkan campuran bawang putih, bawang besar , lengkuas, serai, buah keras dan kunyit memberikan kelainan rasa pada kuah laksa. Kepedasan kuah terpulang pada citarasa masing-masing.
Bahan untuk kuah:
Ikan kembung/ sardin
1 tin sardin besar
2-3 biji bawang besar *
1 labu bawang putih *
1 inci lengkuas
2 batang serai
4 biji buah keras **
4 batang kunyit hidup *
Cili padi ikut suka *
Cili kering dikisar ikut suka
1/2 inci belacan**
Asam keping ikut suka
4 kuntum bunga kantan
4 batang daun kesom
1/2 biji buah nenas dikisar
* Ditumbuk / kisar sekali
** Ditumbuk asing
Bahan untuk hiasan:
Bawang besar dihiris
Cili padi dipotong kecil-kecil
Bunga kantan dihiris
Fish ball direbus
Fish kek digoreng dipotong-potong
Daun pudina
Limau Kasturi
Telur rebus
Cara memasak:
1. Rendam laksa dahulu sampai agak lembut . Rebus tak lama. Masa merebus pastikan letak garam , moga laksa sedap. Sambil tu rebus telur sekali. Pastikan telur dibasuh. Jimat masa.
2.Semua bahan * tumbuk ditumis sampai wangi. Kemudian masukkan bahan ** . Lengkuas, belacan dan terus tumis sampai semua bahan tumisan betul-betul masak.
3.Pastikan semua bahan betul-betul masak.
4. Masukkan semua ikan yang ditumbuk, air rebusan, bunga kantan, daun kesom , asam keping, cili padi, buah nenas.
5. Perasakan gula, garam dan perasa secukupnya.
6.Gaulkan rata dan biarkan masak selama mana suka, lagi lama lagi sedap. Biarkan mereneh . 7. Dah siap untuk dihidang untuk keluarga.
*Tip Boleh letak petis udang kalau suka. Laksa cina asli tak perlu letak petis udang.
Kredit: Jamaiyah Sadri
Sedapnya Pajeri Nanas. Kombinasi rasa rempah, wangi bau tumisan serta rasa masam manis nanas membuatkan sajian ini digemari ramai. Terdapat pelbagai versi Pajeri Nanas dan ada yang menggunakan santan. Tapi bagi saudari Mastura Burhanuddin, beliau berkongsi resipi Pajeri Nanas mudah yang tidak menggunakan santan namun kuahnya pekat elok dan pecah minyak dengan sempurna. Jom cuba resipi ni. Anda pasti sukakan rasanya.
RESEPI PAJERI NANAS TANPA SANTAN OLEH KAK MAS
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas – saiz terpulang dan jangan terlalu ranum 2 paket kecil rempah kari daging Babas – beli online disini Bawang merah saiz sederhana – dihiris / kisar halus 2 ulas bawang putih saiz kecil – dihiris / dikisar 1 potong halia – dihiris / dikisar 1 tangkai daun kari 2 sudu makan gula perang – boleh ubah bergantung pada selera masing-masing – beli online disini Garam secukupnya 1 paket kerisik saiz sederhana – beli online disini 1 sudu makan udang kering – direndam terlebih dahulu – beli online disini 2 sudu makan minyak masak Rempah empat sekawan
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan nanas, potong ikut selera masing-masing. 2. Panaskan minyak dalam periuk n tumis halia, bawang merah, bawang putih, empat sekawan dan daun kari. 3. Tumis sampai naik bau, kemudian masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan air. Biar rempah masak dan guna api sederhana. 4. Untuk dapatkan kuah yang cantik, saya buat step pecah minyak sampai tiga kali. *Maksudnya bila rempah pecah minyak kita tambahkan secawan air, ulang langkah yang sama sampai tiga kali. 5. Kemudian masukkan udang kering. 6. Masukkan kerisik, garam dan gula perang. Jumlahnya terpulang pada selera masing-masing. 7. Akhir sekali baru masukkan nanas. Biar mereneh dan nanas mesra dengan rempah.
8. Rasa kuah tu, mana yang kurang boleh tambah atau kurangkan. Diulang ikut selera masing-masing. 9. Bila semua sudah sempurna, boleh matikan api dan siap untuk dihidangkan.
INFO: Empunya resipi masak dengan api yang perlahan, jadi kalau nak masak untuk makan tengahari, dalam kul 10 pagi tu sudah boleh mula masak pajeri ni.
Sejam juga masa yang siambil, sebab nak pastikan rempah masak cantik. Harapnya resepi ini dapat membantu. Selamat mencuba. Doakan empunya resipi murah rezeki. Andai ada yang nak berniaga jual Pajeri Nanas, boleh cuba resipi ini.
Memasak jadi lebih mudah jika kita tahu caranya. Salah satu yang boleh dicuba ialah dengan Pes Sambal Belacan ni. Dengan adanya pes ni, kerja memasak hidangan harian seperti Nasi Goreng Kampung, Kangkung Goreng Belacan, Kailan Goreng Belacan, Bihun Goreng dan banyak lagi, menjadi lebih mudah. Hanya satu jenis pes, macam-macam boleh disediakan. Tak perlu dah nak kupas bawang, kisar cili dan sebagainya. Kerja memasak pun jadi lebih cepat. Menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Azima Dandelion.
RESIPI PES SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili padi
2 biji cili merah | nak letak semua cili padi pun boleh
Belacan sebesar ibu jari
2 sudu teh sos tiram
3 sudu makan minyak masak
Air
Sedikit gula | jika perlu
CARA MEMASAK:
Kisar cili padi, cili merah dan belacan bersama sedikit air.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan sos tiram serta gula ( jika perlu) dan masak hingga pecah minyak. Pastikan selalu dikacau bagi mengelakkan pes hangit.
Pedamkan api dan sejukkan. Simpan di dalam bekas bertutup.
Nota:
Boleh juga masukkan ikan bilis dalam bahan untuk dikisar. Cuma kalau dah masukkan ikan bilis, sos tiram kena kurangkan kerana takut terlebih masin.
Jika mahu buat dalam jumlah yang banyak, gandakan kuantiti bahan-bahan diatas.
Banyak khasiat nanas ni! Buah tropika ini kaya bromelain dan vitamin C yang membantu rawat sakit sendi, tekanan darah tinggi, kecantikan kulit serta tenaga dalaman.