Sushimemang enak dan ramai menggemarinya. Namun andai dinikmati di restoran, harganya agak mahal lebih-lebih lagi jika ‘masuk’ restoran dengan jumlah ahli keluarga yang ramai. Jenuh nak membayarnya. Jangan risau, anda boleh buat sendiri di rumah hanya bermodalkan kos yang tidak mahal. Puas hati. Sekali buat, satu keluarga boleh menikmatinya. Saudari Nurain Hazwaniada kongsikan resipinya. Istimewa lagi, resipi beliau tidak perlu menggunakan beras jepun. Hanya menggunakan beras biasa sahaja. Jom cuba!
RESIPI SUSHI HOMEMADE YANG SEDAP, MUDAH & GUNA BERAS BIASA SAHAJA
1. Hiris timun memanjang dan sediakan juga bahan-bahan inti yang lain. Sosej, lobak merah dan filamen ketam direbus seketika dalam air panas. Ketepikan.
2. Satukan beras dan beras pulut. Basuh bersih dan masak nasi seperti biasa. 3. Bila sudah masak, gaulkan nasi bersama cuka masakan yang sudah dicampur dengan gula dan sedikit garam. Gaul hingga rata.
4. Ambil kepingan rumpai laut, letak di atas tikar buluh sushi atau plastik. Kemudian ratakan nasi diatas kepingan rumpai laut dengan secukupnya. 5. Kemudian susun hirisan timun, lobak merah, sosej, filamen ketam dan paipkan mayones dengan secukupnya. Jika mahukan rasa lebih enak, boleh sapu mayones pada nasi. Boleh juga menggunakan tuna sebagai inti.
6. Gulung dengan kemas.
7. Yang ini, empunya resipi gulung sushi menggunakan kepingan telur dadar.
8. Sushi yang telah siap digulung.
9. Dengan menggunakan pisau yang tajam, potong gulungan sushi tadi menjadi kepingan.
10. Sushi homemade yang enak siap untuk dihidang.
11. Boleh pelbagaikan inti mengikut selera masing-masing.
12. Untuk rasa lebih enak, boleh paipkan mayones diatasnya.
Udang celup tepung mungkin ramai yang cuba menyediakannya. Tapi tak semuanya dapat hasil yang diingini iaitu rangup dan sedap.
Seringkali berlaku, bancuhan yang dibuat tidak menghasilkan tepung yang rangup, sekali gus menimbulkan kekecewaan.
Supaya tak kecewa untuk ke sekian kali, boleh gunakan resipi dan tip yang dikongsikan oleh Chef Rizal ini supaya udang celup tepung rangup dan cantik kejadiannya.
Menurut beliau, perkara paling penting untuk membuat hidangan ini adalah memastikan bancuhan tepung mendapat tekstur yang tepat.
Cara buat udang celup tepung rangup dan cantik
Bahan-bahan
1 bungkus tepung jagung
10 biji telur
10 ekor udang galah
Beberapa titis pewarna kuning
Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara membuat
1. Pecahkan semua telur dan bancuh seketika.
2. Kemudian masukkan satu paket tepung jagung.
3. Gaul rata bancuhan ini. Proses membancuh tepung ini adalah paling penting. Ia memakan masa untuk mendapat tekstur yang tepat iaitu tidak terlalu pekat atau cair.
4. Boleh masukkan beberapa titis pewarna kuning jika suka Ketika ini. Kacau lagi, pastikan tiada ada tepung yang berketul-ketul.
5. Bila bancuhan sudah licin, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Tidak perlu banyak kerana rasa telur itu sendiri sudah berlemak. Kacau lagi.
6. Tip untuk mengetahui bancuhan yang sesuai, ambil sedikit bancuhan dan tarik tinggi. Sekiranya ia jatuh bertali bermakna bancuhan tersebut sudah elok.
7. Kemudian boleh masukkan udang dalam bancuhan dan gaul rata.
8. Panaskan minyak, kemudian angkat udang dari ekor dan masukkan ke dalam minyak panas.
9. Goreng hingga garing, kemudian angkat dan tos. Boleh dihidangkan.
Hasilnya memang akan dapat udang celup tepung yang rangup krup krap dan sedap.
Ayam Goreng Kicap dimasak persis 3 Budak Gemok ni memang padu rasa dia. Nak buatnya senang sangat dan yang pasti makan lauk macam ni tak cukup nasi sepinggan.
Paling penting kicap dengan ayam goreng tu sekata dengan bawang dan bahan lain. Dah bersalut cantik tu mesti ngam rasa dia.
Resipi yang dikongsikan ini cukup mudah untuk anda ikuti. Bolehlah cuba nanti.
Ayam Goreng Kicap Ala 3 Budak Gemok
Bahan-bahan:
Ayam – dipotong kecil
Bawang besar *
Bawang putih*
Cili padi*
Daun kari*
Halia*
Sos tiram
Kicap manis
Cara Memasak:
Perap ayam dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
Tumbuk atau kisar bahan bertanda
Tumis bahan tumbuk/kisar menggunakan minyak menggoreng ayam tadi. Tunggu sehingga bahan garing
Masukkan 3 sudu besar sos tiram. Kacau sebati.
Masukkan pula kicap manis, yang ni bergantung kepada ayam dan bahan tumbuk tadi. Jangan terlalu sedikit. Tumis sekata dengan bawang.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul sebati.
Siap untuk dihidangkan.
Nota:
Tak perlu letak garam kerana sos tiram sudah masin. makan dengan nasi panas dan sambal gesek memang sedap.
Keenakan daging panggang @ bbq ni banyak bergantung kepada sosnya. Masak daging berjus, dapat pulak sos lada hitam yang sedap melampau makin menjadilah kesedapannya. Sos lada hitam atau sos black pepper ni kalau dibuat gaya homemade lagi terjamin kebersihan dan kesedapannya.
Ada rahsianya mengapa sos ni sedap sangat. Tumiskan guna majerin, gunakan ramuan sos spageti keju, serbuk keju dan kicap lemak manis adalah antara bahan ramuan yang menjadi penyedap sos ini. Buatnya mudah sangat , jom ikut resipi yang dikongsikan oleh cikgu Afy Al Habibi ini. Memang patut ler viral…
SOS BLACK PEPPER VIRAL BAHAN-BAHAN :
1 sudu besar marjerin planta
1 ulas bawang putih | diracik halus
2 tin sos spageti keju
1 sudu besar serbuk keju | ada dijual di kedai bakeri
1 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar gula | letak sedikit demi sedikit
CARA MEMASAK : 1. Panaskan 1 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja. 2. Masukkan bawang putih yang telah diracik halu , tumis hingga naik bau. kecil sahaja.
3. Masukkan 1 tin sos spageti keju seperti dalam gambar. Rasanya lain dari yang lain. Saiz tin paling kecil. Untuk kepekatan semalam cikgu tambahkan air lebih dari biasa. * Dari 1 tin sahaja sebelum ni, Cikgu Afy tambah jadi dua tin. * kacau dahulu sehingga sos dan air sebati. Jika nampak masih pekat boleh tambah lagi sedikit air*
4. Masukkan 1 sudu besar serbuk keju. Kalau takda takpa. Kacau rata.
5. Tambahkan 1 sudip kicap Jalen lemak manis. * Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. 6. Masukkan serbuk lada hitam kisar.
7. Juga masukkan satu sudu besar gula ( boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat). Kacau sebati.
8. Tutup api setelah semuanya sebati boleh dihidang bersama ayam, daging dan kambing panggang.