Cara Buat Sotong Sumbat Masak Merah, Mudah & Sedap

Share

Jika ada sotong di rumah, boleh cuba masak menu sotong sumbat masak merah ni.

Nampak sedap dan menyelerakan. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Uya Masbah ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

 

SOTONG SUMBAT MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

4 ekor sotong
Bawang besar | dikisar
Bawang kecil | dikisar
Bawang putih | dikisar
Halia | dikisar
4 biji telur
1 biji lada besar merah | dihiris
1 biji lada besar hijau | dihiris


1 batang daun bawang
1 biji tomato
½ biji bawang besar | dipotong dadu
1 ketul kiub ayam
5 sudu besar cili kering | dikisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Garam
Serbuk perasa | optional

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMASAK:

1. Campurkan telur, lada besar merah, lada besar hijau, daun bawang, tomato, bawang besar dan kiub ayam.
2. Pastikan kiub ayam hancur. Gaul hingga sebati.


3. Panaskan minyak dan goreng bahan yang telah digaul tadi sehingga menjadi scramble egg. Ketepikan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Kemudian, masukkan bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia yang sudah dikisar ke dalam kuali. Masak sehingga naik bau.


5. Masukkan juga garam atau serbuk perasa. Masukkan cili kering ke dalam kuali dan kacau hingga sebati sehingga sebati. Masak sampai pecah minyak.


6. Sementara tunggu cili masak, sumbat scramble egg ke dalam sotong sehingga padat.


7. Letak kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya telur tak keluar.


8. Bila cili dah pecah minyak, masukkan sos cili dan sos tiram dan kacau hingga sebati.


9. Tambah garam dan perasa mengikut kesesuaian tekak.


10. Akhir sekali, masukkan sotong tadi. Jangan kacau terlalu kuat, takut kepala sotong tercabut.


11. Bila sotong dah masak, boleh padamkan api. Siap!

Kredit resipi: Uya Masbah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN