Cara Buat Sos Spaghetti Homemade, Rasanya Lebih ‘Fresh’ & Menyelerakan

Share

Jika selama ini anda masak spaghetti menggunakan sos dalam tin, apa kata kali ini buat sendiri sosnya dengan hanya menggunakan tomato. Rasanya mungkin tidak sepekat dan masam seperti sos di dalam tin, tetapi ia masih sedap dimakan. Nak buatnya pun mudah sahaja. Ayuh kita cuba resipi yang dikongsi oleh Zurina Zulkefli ini.

PES TOMATO

 

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji tomato

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Hiris nipis bahagian luar tomato untuk memudahkan proses menanggalkan kulit.

 

2. Kemudian, rebus hingga air mendidih. Tidak perlu rebus terlalu lama.

 

3. Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato hingga hancur.

 

4. Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biar tomato jadi sedikit berair.

 

5. Tapis tomato tadi untuk mendapatkan pes tanpa biji.

 

6. Ini hasil pes tomato tadi. Jika buat banyak, boleh simpan di dalam peti sejuk.

 

7. Kemudian, masak spaghetti macam biasa. Tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam. Kemudian, masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba oregano.

 

8. Akhir sekali, masukkan spaghetti yang telah direbus. Kacau sebati.

 

9. Siap!

 

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

Anda mencari FOOD STEAMER yang murah dan berpatutan, boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

IKLAN