Cara Buat Sos Siakap Mangga Paling Sedap & Mudah Secara Homemade

Share

Sajian Thailand sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Contohnya, Siakap Mangga ni. Memang sedap dan ramai yang suka. Satu hidangan ni kalau makan di restoran, boleh tahan mahal juga harganya. Jadi apa kata, anda cuba masak sendiri. Saudari Mariana Zainal ada kongsikan resipinya. Sangat ringkas dan pasti menjadi. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI SIAKAP MANGGA STAIL SIAM

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan siakap
  • Tepung jagung
  • Garam

BAHAN SOS:
1 botol sos pencicah Thai (Maepranom sweet chilli sauce) (beli online disini)


1/2 botol sos cili Thai Life (beli online disini)
2 rencis kicap masin (beli online disini)
1 cawan air
5 biji cili merah – untuk rasa lebih pedas, boleh tambah cili padi siam
5 ulas bawang putih (beli online disini)
4-5 akar ketumbar

BAHAN-BAHAN LAIN:
Mangga muda – diparut atau dicincang
Bawang besar – hiris nipis
Cili padi – hiris
Cili merah – hiris
Daun salad

 

CARA MEMASAK:
1. Siang ikan siakap dan bersihkan dengan asam jawa. Kemudian lumurkan dengan garam serta tepung jagung dengan secukupnya.

2. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam kuali dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.

3. Untuk membuat sos, tumbuk cili merah, bawang putih dan akar ketumbar hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk.

4. Masukkan juga sos pencicah Thai, sos cili thai, kicap masin dan air. Masak hingga mendidih dan padamkan api.

5. Untuk menghidang Siakap Mangga ini, letak ikan dalam pinggan yang telah dialas dengan daun salad.

6. Taburkan hirisan mangga, bawang besar, cili padi dan cili merah.

7. Akhir sekali, tuangkan sos yang dimasak tadi. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN