Cara Buat Roti Sosej Yang Disukai Ramai, Lembut & Gebu

Share

Petang-petang suka betul makanan yang simple tapi kenyang. Contohnya kalau ada roti sosej kan. Buat doh roti dan letak sosej.

Resipi yang dikongsi Siti Hadirah ini, sangat senang untuk membuatnya. Tidak mengambil masa yang lama dan pastinya anak-anak suka.

 

ROTI SOSEJ

BAHAN-BAHAN:

8g yis – beli online di sini
250ml susu suam
3 cawan tepung gandum – beli online di sini
3 sudu besar gula – beli online di sini


2 sudu besar mentega/marjerin – beli online di sini
1 biji telur (dikacau)
Secubit garam
Sosej (direbus)

TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live

TONTON Roti Wholemeal Walnut Bersama Chef Ritzuwan | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Campurkan susu suam, gula dan yis. Kacau dan biarkan 5 minit atau sehingga yis naik.
2. Tepung gandum, mentega, telur, dan garam gaul sebati. Kemudian masukkan air bancuhan yis tadi.
3. Uli sehingga menjadi elastik. Saya uli lebih kurang 20-25 minit (kalau ada bread maker atau mixer lagi senang kerja).

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


4. Biarkan doh mengembang 2 kali ganda dalam keadaan bertutup (1 jam).


5. Kembang doh tadi, tumbuk-tumbuk sikit buang untuk angin.
6. Buat bulat-bulat dan timbang doh 35g setiap satu. Kemudian, biarkan 10 minit.
7. Ambil doh kemudian gelek memanjang. Ambil pisau atau pizza cutter potong macam dalam gambar. Potong jangan bagi putus okay.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


8. Ambil sosej letak di hujung, kemudian gulung kemas. Buat sehingga habis.


9. Susun dalam paper cup atau dalam loyang yang dilapik baking paper. Biarkan lagi 30 minit sehingga kembang.


10. Kemudian sapu sedikit susu di atas. Bakar dengan suhu 170C selama 20 minit. Bergantung kepada ketuhar masing-masing.

Kredit resipi: Siti Hadirah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN