Kalau ke pasar malam, pasti anda pernah jumpa Roti Khurasan ni. Ada sesetengah tempat panggil Roti Baghdad, Roti Arbak, Roti Tabligh dan banyak lagi nama. Tapi bendanya sama je. Inti roti ni boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda. Memang sedap kalau makan panas-panas. Nak rasa? Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosliza Wahab ni.
RESIPI ROTI KHURASAN
BAHAN-BAHAN:
1 keping dada ayam – cincang
4 biji bawang merah – cincang
3 ulas bawang putih – cincang
2 biji bawang besar – dadu
Sedikit lobak merah – dadu
1/2 biji lada benggala – dadu
2 batang timun – dadu
5 biji cili padi – hiris
Sos cili dan sos tomato secukupnya – ikut citarasa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Roti burger atau roti hotdog
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.
Ads
2. Kemudian masukkan isi ayam. Setelah nampak hampir masak, masukkan gula dan garam secukupnya.
3. Tambahkan sos cili dan sos tomato secukupnya. Gaul rata dan biarkan sehingga sedikit kering.
4. Masukkan timun, lobak merah, lada benggala, cili padi dan bawang besar. Masak hingga sayur lembut. Angkat dan sejukkan inti.
Ads
5. Potong roti dan masukkan inti secukupnya.
Ads
6. Ambil kulit popia dan bungkus roti tadi. Sapu air pada kulit popia bagi melekatkannya. ( empunya resipi guna 2 keping kulit popia untuk bungkus 1 roti.)
7. Panaskan minyak masak dan goreng roti tadi. Pastikan minyak betul-betul panas supaya minyak tidak meresap ke dalam roti.
Anak-anak yang memilih makan ni pasti merisaukan ibu bapa. Bukan apa, bimbang diri mereka kekurangan zat yang sepatutnya diterima. Ada idea yang geng mak-mak boleh cuba. Di pasaran, ada banyak dijual capati sejukbeku kan? Capati bukan sahaja boleh dinikmati bersama kuah dhal, malah jika anda inginkan kelainan, doh capati sejukbeku boleh dijadikan ‘base’ untuk piza. Menarik kan? Anak-anak comfirm suka. Malah, selain capati sejuk beku, boleh juga menggunakan paratha sejuk beku untuk hidangan ini. Memang mudah dan cepat disediakan.
BAHAN-BAHAN:
HIASAN PIZZA:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kadang-kadang bila sampai teringin ni, tak boleh nak kata apa. Terliur pula dengan burger prosperity Macdonald.
Jadi, apa kata kita buat sendiri saja? Menerusi perkongsian daripada Mohamad Arymin, mudah saja nak buat rupanya.
RESIPI BURGER PROSPERITY
BAHAN DAGING BURGER
1kg daging kisar (saya pakai jenama Ramly) 8 sudu makan serbuk roti – beli online DI SINI 1 biji bawang holland | dicincang – beli online DI SINI 1 sudu makan blackpepper | kisar kering – beli online DI SINI Garam dan maggi cukup rasa secukupnya *Nak tambah telur, Italian herbs dan lain-lain pun boleh. Ikut citarasa sendiri
1. Cincang bawang seperti dalam gambar. Boleh tengok di YouTube cara cincang yang betul dan cepat. Kalau tak suka, boleh kisar dengan sedikit air.
2. Masukkan daging dalam mangkuk dan letak bawang, blackpepper, serbuk roti dan perasa. Nak tukar serbuk roti tu dan pakai tepung pun boleh. Nak tambah telur, Italian herbs pun boleh. Ikut selesa masing masing ye.
3. Gaul sampai sebati. Pakai tangan je gaul. Jangan lupa buang cincin dan aksesori lain, kang ada benda asing pulak dalam daging burger tu nanti.
4. Timbang 100gm setiap satu, dapatlah 10 keping.
5. Kemudian, bentukkan daging tadi secara memanjang. Jangan tebal sangat, nanti bahagian tengah tak masak. Ukurannya biarlah panjang sedikit berbanding roti ni. Sebab bila dah goreng nanti, ia akan mengecut sedikit.
6. Goreng dengan sedikit marjerin/mentega. Tengok rupa daging tu, boleh la kan. Menjadi jugak. Masak dalam 3-4 minit je, lepas tu terbalikkan daging tu.
7. Dah siap goreng semuanya. Yang di tangan ni yang paling cantik sekali bentuknya.
8. Roti ni belah dua, kemudian sapu sedikit marjerin dan masak dalam 1 minit. Bagi garing sikit.
9. Demi glaceni serbuk khas untuk korang buat brown sauce. Saya guna jenama Knorr. Dari brown sauce tu nanti, boleh jadi blackpepper sauce, mushroom sauce dan bombay sauce.
10. Masukkan marjerin dalam kuali yang dah dipanaskan. Masukkan bawang yang dah dihiris. Tumis sampai agak garing.
11. Bancuh 50gm serbuk demi glace tu dengan 500ml air. Guna air biasa je, kalau air panas nanti serbuk tu jadi berketul ketul, tak larut.
12. Tuangkan bancuhan tu dalam kuali. Kacau perlahan. Masukkan blackpepper dan sos cili.
13. Masukkan perasa secukupnya. Saya suka tambah gula perang dalam sos blackpepper. Kalau tiada gula perang, gula melaka pun jadi la. Biasanya kalau buat bolognese, mesti saya akan tambah. Ini rahsianya, jangan beritahu orang lain tau.
14. Untuk tahu sama ada sos ni dah cukup pekat atau tak, korang boleh buat macam dalam gambar. Gariskan guna jari je. Kalau sos tu terbelah macam ni, maknanya dan cukup pekat la tu. Orang French panggil dah “Nappe”. Tak terlalu pekat, tak terlalu cair.
15. Lepas tu celup daging dalam sos blackpepper ni. Bagi rasanya lagi menyerap dan sebati. Kemudian, hidanglah dengan kentang goreng, jus oren dan sayuran.
Feeling dapat membuat roti sendiri ni lain. Puas bila dilihat hasilnya menjadi gebu. Membuatnya juga kena ada minat dan dibuat dengan sabar. Hari ni kita meroti wool bread dan membakarnya atas dapur gas. Bahan yang digunakan pun simple saja.
WOOL BREAD Bahan-bahan: 110ml susu segar/cair suam 3 sudu besar gula 1 sudu kecil yis-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 biji telur 2 sudu besar butter #zida2004 Filling/ inti pilihan – Saya letak coklat cip saja
Bahan sapuan: 1 biji kuning telur 1 sudu besar susu segar/cair
Cara memasak: 1.Campurkan susu suam, gula dan yis. Kacau sebati. Biarkan selama lima minit. 2.Satukan tepung dan telur, gaul sebati. Masukkan butter, gaul lagi. 3.Kemudian masukkan yis yang telah kembang tadi. Gaul dan uli selama lima minit hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. 4.Bulatkan doh. Sapukan sedikit minyak di atas doh. Tutup permukaan bekas. Rehatkan selama 1 jam. 5.Uli sebentar untuk membuang angin pada doh. Bentukkan membujur dan potong/ bahagikan kepada lima bahagian. 6.Ambil satu bahagian, canai bentuk bujur. Hiris secara memanjang dan halus dan sekata (seperti memotong mi) 3/4 doh membawa ke hujung doh.
7.Letakkan inti di hujung bahagian doh yang tidak dihiris. Gulungkan dengan kemas hingga ke hujung doh yang telah dihiris. 8.Ulang langkah yang sama dengan baki empat doh yang tinggal. 9.Sapukan sedikit minyak pada loyang. Susun doh yang digulung tadi ke dalam loyang secara membulat hingga penuh tepian loyang. 10.Campurkan kuning telur dengan susu. Kacau sebati. Sapukan ke atas doh roti. 11.Panaskan periuk di atas dapur gas selama lima hingga tujuh minit. Masukkan loyang doh roti. Bakar dengan api paling perlahan selama 30 minit. Jika bakar dengan oven, bakar dengan suhu 180°C selama 25-30 minit mengikut oven masing-masing. Siap untuk dihidang.