Cara buat pes asam pedas ini perlu belajar kalau setiap minggu makan lauk asam pedas. Lebih memudahkan kerja memasak kita.
Cuma bagi memastikan hasil asam pedas dari pes homemade ini sedap padu ada cara dan sukatannya.
Cara buat pes asam pedas homemade
Bahan-bahan
3 biji bawang besar **
3-4 genggam cili kering – potong, bersihkan dan rebus **
5-6 ulas bawang putih **
1 ketul kunyit hidup **
3 inci halia **
1 sudu besar lada hitam **
Satu kiub ayam **
1 inci belacan bakar **
2 batang serai – diketuk
1 sudu besar halba
1 ikat daun kesum (60sen)
2 sudu teh garam halus atau secukup rasa
1 mangkuk kecil air asam jawa
4 sudu teh gula atau secukup rasa
2 1/2 senduk besar minyak masak – menumis
Ads
Cara penyediaan
1. Cili kering dipotong serong buang biji cili, dibersihkan dan direbus lembut. Selepas itu angkat cili air rebusan buang.
2. Di dalam pengisar/blender satukan bahan bertanda kisar hingga hancur dan halus.
3. Panaskan minyak, tumis halba kemudian letak serai. Tuang bahan kisar lalu masak hingga pecah minyak (lebihkan minyak sewaktu menumis).
4. Kemudian masukkan bersama bahan-bahan lain, perasakan secukup rasa. Masakkan lebih kurang 3 minit lagi.
Ads
5. Apabila siap, sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas supaya lebih tahan lama. Nak lebih tahan lama simpan di tempat sejuk beku.
Cara penggunaan pes
Untuk asam pedas ayam setengah ekor masukkan 5-6 sudu besar pes asam pedas tip top, air 5 cawan (agak-agak paras ayam di dalam periuk). Masak hingga mendidih.
Ads
Jika kekurangan dari segi rasa boleh je tambah ikut selera. Jika suka kuah pekat kuah, tambah pes. Hasil kuah asam pedas menggunakan pes ini merah cantik dan sedap. Bau aroma asam pedas padu.
Sambal ikan bilis kantan ini penuh aroma wangian bunga kantan. Memang menjadi pembuka selera ketika berbuka atau sahur. Makan dengan nasi panas-panas pun dah cukup. Tambah ikan goreng. Mantap.
Bunga kantan sering kali digunakan dalam masakan untuk menaikkan aroma dan rasa sesuatu masakan. Ia juga kaya khasiat dari sudut kesihatan kita.
Sambal Belacan memang antara menu yang wajib ada bila makan. Dapat makan Nasi Putih, Ikan Goreng dan Sambal Belacan pun dan cukup membuka selera. Jika anda mencari resipi Sambal Belacan yang sedap, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Suzana Dan Jabrullah ni. Mudah sangat tapi sedap hingga menjilat hari.
Ada stok pes dan perencah homemade ni memang mudah kerja. Jimat masa dan mudah sangat. Tak perlu lagi susah-susah kupas bawang bila nak masak. Macam-macam perencah ada. Nasi Goreng Ikan Bilis, Sambal Tumis @ Asam Pedas, Kari Ikan, Pes Ikan Bakar dan Sos Black Pepper. Semuanya sedap dan mudah buat. Saudari Sapina Shahabudin ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahannya:
KOLEKSI RESIPI PES & PERENCAH MASAKAN HOMEMADE
PES IKAN BAKAR
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Serai – hiris nipis
Sedikit belacan
Kunyit hidup
Sedikit minyak masak Gula
Perahan air asam jawa Garam
Hirisan daun kunyit
CARA MEMASAK:
1.Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus. 2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar dengan sedikit minyak. 3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak. 4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
PES SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Minyak masak
Gula melaka / gula
Perahan air asam jawa
Garam
Garam & perisa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan. 2. Tumis dalam minyak panas. Masukkan gula melaka @ gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak. 3. Masukkan garam dan perisa dengan secukupnya. Tutup api.
PES GULAI IKAN
BAHAN-BAHAN:
Bawang merah
Bawang putih – dihiris halus
Daun kari
Halba campur
Perahan air asam jawa
Garam
BAHAN KISAR:
Rempah kari ikan
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit cili kering
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan. 2. Masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga garing. 3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api. (Semasa masak Kari guna pes ini, cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dan sebagainya)
KUAH BLACK PEPPER
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar
Ubi kentang
Sedikit mentega
Sos lada hitam
Sos tiram
Kicap
Sedikit serbuk lada putih
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit air bancuhan tepung jagung
CARA MEMASAK:
1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk,kisar sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut. 2. Panaskan kuali dan cairkan sedikit mentega. 3. Masukkan kisaran kentang dan bawang tadi. 4. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap. 5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam. 6. Masukkan juga sedikit air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos. 7. Masak hingga pekat dan naik bau. Sos ini enak dimakan bersama kentang goreng, ayam goreng dan bermacam-macam lagi.
PES NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis yang dibuang tulang
Bawang merah
Bawang putih
Segenggam cili padi
Kiub ikan bilis
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Kisar ikan bilis yang dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi. 2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak. 3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat dan kering. Tutup api. 4.Semasa menggoreng nasi boleh tambah fishball, udang, sotong, isi ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.
PES ASAM PEDAS TUMIS
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
1 biji tomato – buang biji
Sedikit belacan
Sedikit minyak masak
Serai – diketuk
Gula
Perahan air asam jawa
Garam & perisa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, tomato dan sedikit belacan. 2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing. 3. Masukkan serai, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak. 4. Masukkan garam dan perisa dengan secukupnya. 5.Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Masukkan juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.
NOTA: Sukatan bahan bergantung jumlah sambal yang hendak disediakan.
Nak rasa tomyam kampung yang asli tanpa perencah segera? Cuba resepi tomyam tumis tanpa perencah ini — ringkas, sihat, dan tetap ada kick! Sesuai untuk seisi keluarga.