
Sedapnya teh ais pekat yang ada pearl bubble homemade ni. Teksturnya yang kenyal-kenyal apabila digigit membuatkan kita asyik sedut minuman. Bagi anda yang gemarkan minuman yang ada bebola kristal ni, tetapi kurang yakin kalau beli di kedai, boleh cuba hasilkan sendiri. Mudah je. Hanya guna beberapa bahan mudah, anda boleh hasilkan dalam kuantiti yang banyak. Jom lihat resipi perkongsian Puan Fara Bakri ni.
RESIPI PEARL BUBBLE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung ubi
- 2 sudu makan tepung pulut
- Pewarna hitam secukupnya ( boleh guna pewarna pilihan yang lain. Empunya resipi guna pewarna biru
- gelap.)
- Air panas secukupnya
- Secubit garam
- 3 sudu makan gula
- Daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung ubi, tepung pulut, garam dan 1-2 titik pewarna ke dalam bekas.
2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli guna senduk hingga sebati dan doh tidak melekat.
3. Kemudian cubit doh dan bulatkan. Saiznya seperti pearl bubble yang biasa dibeli di kedai.
4. Salutkan doh yang sudah dibulatkan tadi dengan sedikit tepung bagi mengelakkan ia melekat antara satu sama lain.5. Didihkan air dalam periuk. Masukkan gula dan daun pandan. Tujuan menggunakan gula ialah supaya pearl bubble menjadi berkilat. Rebus pearl bubble selama 25-30 minit.
6. Selesai merebus, tapis pearl bubble dan lalukan di bawah air mengalir untuk membuang lebihan kanji.
7. Masukkan pearl bubble ke dalam bekas dan isikan air gula. Anda bebas menggunakan air gula putih atau air gula merah. Jika guna air biasa dan simpan dalam peti sejuk, pearl bubble akan jadi keras.
8. Boleh masukkan pearl bubble dalam minuman kegemaran. Jika ada lebihan, simpan pearl bubble di dalam peti sejuk.
Kredit resipi & foto: Puan Fara Bakri
Wow, Zest Oren Dalam 5 Aneka Menu. Sesuai Dibuat Berbuka & Moreh Nanti.

Buah oren memang ‘zest’, dimakan mentah atau dijadikan jus buah. Kaya dengan vitamin dan mineral serta mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.
Khasiat yang terkandung didalam dapat menurunkan risiko beberapa penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser. Min paling suka aromanya yang boleh buat kita terliur. Samada dimasukkan dalam lauk utama seperti sup dan ayam goreng, lagi pulak dijadikan bahan pastri atau pencuci mulut, memang enak.
Jom cuba 5 aneka resipi lauk dan pencuci mulut berasaskan oren ni.
1. KASTARD OREN
BAHAN-BAHAN:
- 120gm gula pasir
- 250gm susu pekat
- 500gm susu sejat
- 5 biji telur
- 2 sudu teh esen vanila
- 1 biji oren | ambil jus dan parutan kulitnya
- 1/2 biji hirisan halus kulit oren
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit mentega
HIASAN:
- Buah oren dan strawberi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar 150C menggunakan api atas bawah.
2. Lenserkan mentega yang telah dicairkan pada loyang atau acuan yang akan digunakan bagi memudahkan untuk mengeluarkan kastard oren nanti. Ketepikan.
3. Di dalam kuali tidak melekat masukkan gula, jus oren dan hirisan kulit oren. Masaklah sehingga gula larut dan memekat. Setelah itu alihkan gula tersebut ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan.
4. Di dalam jag, bancuh susu pekat, susu sejat, telur, garam dan esen vanila, pukul sebati tetapi tidak terlalu lama cukup sekadar bahan-bahan tersebut larut dan sebati. Tuangkan bahan-bahan
tersebut ke dalam acuan tadi menggunakan penapis.
5. Letakkan acuan ke dalam bekas yang agak besar dan boleh menakung air, setelah itu tuangkan air panas ke dalam bekas tersebut.
6. Bakarlah selama 30 minit atau sehingga permukaan kastard bertukar kepada warna keperangan dan kastard tidak melekat pada lidi apabila dicucuk.
Info Chef – Teknik memasak kastard ini boleh juga ditukarkan kepada teknik mengukus selama 30 minit.
Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Kastard
Keistimewaan : Rasa dan aroma oren yang menyegarkan
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Reneh dan bakar
2. STIR FRY ORANGE CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket ayam goreng segera
- 4 biji bawang putih | cincang
- 2cm halia | hiris halus
- 1 biji bawang besar |hiris tebal
- 2 sudu makan kicap masin
- 250ml jus oren
- 1 biji parutan kulit oren
- 2 sudu teh serbuk stok ayam
- 125ml air
- 2-3 sudu teh gula atau secukup rasa
- 2 sudu teh tepung jagung
- 250gm brokoli | potong kecil serta celur sebentar
- 150gm asparagus | potong 3cm panjang serta celur sebentar
- Daun bawang sebagai hiasan
- Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Goreng ayam segera sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tuang minyak masak ke dalam bekas dan tinggalkan sedikit lebih kurang dua sudu makan minyak untuk menumis. Kemudian tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar sehingga wangi.
3. Masukkan kicap masin, jus oren, stok ayam dan parutan kulit limau. Kacau sebentar. Bancuh tepung jagung bersama air kemudian tuang ke dalam kuali, masaklah sehingga kuah agak memekat.
4. Akhir sekali masukkan brokoli dan asparagus. Kacau sebentar kemudian tutupkan api. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul bersama kuah. Hiaslah hidangan dengan daun bawang.
5. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef – Brokoli dan asparagus dicelur bagi mengekalkan warna kehijauan sayuran tersebut dan rasanya lebih rangup.
Saiz hidangan : 8-10 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Lauk pauk
Keistimewaan : Ada rasa masam, masin dan manis yang sekata
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Celur, tumis dan goreng
3. SUP OREN
BAHAN-BAHAN:
- 125gm dal merah halus yang telah direbus
- 1 biji parutan kulit oren
- 1 biji perahan jus oren
- 1 batang lobak merah |potong dadu
- 1 biji bawang besar | hiris
- 4 biji bawang putih | hiris
- 2 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu teh garam atau secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk stok ayam
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
- 400ml air
- Sedikit daun ketumbar sebagai hiasan
- Mentega untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Di dalam periuk, panaskan mentega, masukkan bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Tumiskan sehingga agak layu, kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili kacau
sebentar.
2. Masukkan air, dal, garam dan stok ayam. Apabila menggelegak tutupkan api dan kisar kesemua bahan sehingga hancur.
3. Setelah itu tuang kembali bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, bersama parutan kulit oren dan jus oren. Masaklah sehingga sup agak memekat dan tutupkan api.
4. Angkat dan sedia dinikmati. Semasa menghidangkan sup bolehlah diletakkan sedikit yogurt dan hiaslah dengan daun ketumbar.
Info chef: Enak dinikmati ketika panas.
Saiz hidangan : 4-6 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Sup
Keistimewaan : Rasa dan aroma oren yang menyegarkan
Jenis masakan : Pembuka selera
Cara memasak : Rebus dan Tumis
4. ORANGE SCONE WITH ORANGE MARMALADE
MARMALADE
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji oren | ambil jus
- 2 biji lemon | ambil jusnya
- 2.5kg gula pasir
- 2.5ml air
CARA MEMASAK:
1. Perahkan kesemua oren dan lemon ke dalam bekas, tapis biji dan korek buang segala serat-serat oren dan lemon menggunakan sudu. Bungkus di dalam kain kasa serta diikat. Ketepikan.
2. Hiris nipis-nipis secara memanjang kulit oren dan lemon yang dikorek biji dan seratnya tadi sehingga selesai.
3. Kemudian di dalam periuk masukkan kesemua jus oren, lemon, air dan kain kasa yang berisi biji dan serat limau. Rebuslah sehingga 1-2 jam sehingga kulit limau terlihat seperti lut sinar dan
lembut. Kemudian masukkan gula, masaklah sehingga gula itu memekat. Tutupkan api, tuangkan marnalade itu semasa masih panas ke dalam bekas jem.
Simpan di tempat yang sejuk dan redup.
Info chef: Marmalade tahan selama 4-6 bulan di suhu bilik sehingga tutup botol jem dibuka.
Saiz hidangan : 6-8 botol jem
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Jem
Keistimewaan : Rasa masam dan manis
Cara memasak :Rebus dan reneh
SCONE OREN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 2 sudu makan gula pasir
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 1/2 teh garam
- 125gm mentega
- 125gm kismis
- 1 biji parutan kulit oren
- 125gm susu segar penuh krim
- 1 biji telur gred B
- 2 sudu teh esen vanila
SAPUAN TELUR:
- 1 biji telur
- 1 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk gaulkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik,garam sehingga sebati. Masukkan mentega gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kismis dan parutan kulit
oren kacau lagi.
2. Satukan susu, telur dan esen vanila di dalam bekas kacau sehingga kesemuanya sebati kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung.
3. Pada peringkat ini tepung hendaklah digaulkan menggunakan sudu kayu tetapi tidaklah terlalu lama cukup sekadar kesemua cecair dan tepung sebati. Jika terlalu lama doh akan menjad keras.
4. Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum proses membentuk scone.
5. Tabur tepung di atas papan pencanai dan di atas doh canaikan doh cukup sekadar meratakan menggunakan tangan dengan ketebalan 3-4 cm.
6.Tekaplah doh menggunakan penekap bulat bersaiz 2 cm. Buatlah sehingga selesai menghasilkan 10 hingga 12 biji scone.
7. Sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit bersama susu segar. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 C selama 20 – 30 minit atau sehingga scone bertukar warna keemasan.
Setelah masak bolehlah disejukkan di atas rak dawai.
Saiz hidangan : 10-12 biji
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa scone yang lemak dan aroma oren yang segar
Jenis masakan : Pembuka selera
Cara memasak : Kukus
5. MUFFIN OREN DAN STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 160gm gula pasir
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh garam
- 1 biji parutan kulit oren
- 60ml jus oren
- 125gm mentega yang dicairkan
- 125ml susu segar penuh krim
- 2 biji telur saiz B
- 125gm strawberi yang telah dihiris kecil-kecil
CARA MEMASAK:
1. Panaskan oven pada suhu 150C menggunakan api atas bawah. Ketepikan.
2. Di dalam mangkuk, satukan tepung, gula pasir, serbuk penaik, garam, parutan kulit oren dan gaul sebati menggunakan dawai pengacau. Kemudian masukkan jus oren, mentega, susu segar penuh krim dan
telur. Kacau sehingga adunan sebati.
3. Akhir sekali masukkan strawberi tinggalkan sedikit untuk dihiaskan di atas adunan tepung.
4. Sendukkan adunan tepung ke dalam cawan kertas yang telah disusun di dalam loyang pembakar kemudian hias di atas tepung itu dengan lebihan strawberi. Bakar muffin sehingga masak selama 30 minit
atau bergantung kepada ketuhar masing-masing.
Saiz hidangan : 12 biji
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Kek cawan
Keistimewaan : Gabungan rasa oren dan strawberi yang unik
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak :Bakar
RESIPI: TERIMA KASIH NUR ADLINA BAHARUDIN, PUTRAJAYA
Aiskrim Buatan Sendiri Lebih Puas Makan

Tudia.. sedap weh.. memalam gini kalau buat ni, x tido la duk makan eskrim.. so, abe sertakan resepi.. jom same2 try.. boleh try buat bile2 mase ni.. sedap sangat oi.. 😂.. terus lupekan diet.. huuu..
AIS KRIM HOMEMADE
Bahan-bahan:
📎1 1/2 cawan UHT Whipping Cream
📎1 cawan Full Cream Milk
📎3/4 cawan gula kastor
📎1 sb esen vanilla
Cara membuat:
1.blendkan semua tu.. hingga kembang dan pekat.
2.pastu tuang ke dalam bekas untuk disejukbekukan. Sejuk beku 6-8jam.
Resipi Ayam Goreng Kunyit Lada Benggala Paling Mudah & Cepat Masak.

Menu sempoi yang boleh siap masak hanya dalam masa 10 minit. Tak perlu susah-susah fikir menu lain dah. Memang kena cuba.
AYAM GORENG KUNYIT LADA BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Ayam:
- 500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam halus
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan Hirisan:
- 1/2 biji cili benggala hijau | hiris memanjang
- 1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
- 2 tangkai cili merah | hiris
Bahan Tumis:
- 4 ulas bawang putih | cincang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3cm halia muda | hiris halus
Bahan-Bahan Lain:
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan sos tiram
- 1/2 sudu teh perasa ayam
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
- Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
- Kacau seketika, kemudian tutup api.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka boleh tambahkan hirisan leak atau batang seleri.