Keluarga anda suka makan pankek yang sedap sewaktu sarapan? Resipi yang dikongsi dari saudari Yus_Rania ni antara yang boleh dicuba. Ia menggunakan bahan-bahan yang mudah malah hasilnya sangat mengagumkan. Tidak perlu lagi beli tepung pankek dalam kotak tu. Buat sendiri tentunya lebih jimat dan berkhasiat.
CARA BUAT PANKEK GEBU & LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
130gm tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk vanilla / vanilla cream
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 1/2 sudu makan gula pasir
1 biji telur gred A – dipukul
130-150ml buttermilk (boleh gantikan dengan susu cair yang dicampur dengan 2 sudu makan jus limau nipis dan dibiarkan selama 10 minit.)
2 sudu makan mentega – dicairkan
Sedikit marjerin – untuk oles pada kuali
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan-bahan kering seperti tepung gandum, serbuk vanilla, baking powder, baking soda, garam dan gula pasir. Gaul rata.
Kemudian masukkan telur, buttermilk dan juga mentega cair. Adun hingga sebati. Jangan terlebih kacau bagi elak pankek menjadi bantat.
Panaskan kuali tahan lekat menggunakan api sederhana. Oles sedikit marjerin pada kuali dan tuang adunan dengan secukupnya.
Bila pankek mula berlubang-lubang, terbalikkan adunan dan masak pankek hingga berubah warna menjadi coklat keperangan.
Angkat dan nikmati bersama topping kegemaran. Pankek ini juga enak dimakan begitu sahaja.
INFO: Jika tiada serbuk vanilla @ vanilla cream, boleh juga guna 1/2 teh esen vanilla.
Ads
5 TIP MEMBUAT PANKEK YANG MENGEMBANG TEBAL DAN GEBU
Pankek! Ia merupakan makanan kegemaran yang biasanya dinikmati sewaktu sarapan pagi. Berita baik kerana pankek ni sebenarnya sangat mudah dibuat. Tidak perlu ada mesin pengadun atau ketuhar pun. Jika bosan dah makan sarapan dengan Nasi Lemak, Nasi Goreng atau kuih muih, menu pankek gebu dan sedap ni puan-puan boleh cuba. Tapi bagaimana nak buat pankek yang gebu, lembut dan sedap? Ini petua-petuanya. Jom cuba.
1. ASINGKAN BAHAN BASAH & KERING
Untuk membuat pankek, ramuan yang diperlukan tidak sukar. Terdapat dua jenis ramuan iaitu bahan kering yang terdiri daripada tepung, serbuk penaik, gula serta garam dan bahan basah iaitu telur, mentega cair dan susu. Pisahkan dua jenis bahan dalam mangkuk yang berbeza. Selepas anda satukan bahan kering, satukan pula kesemua bahan basah dan adun. Kemudian barulah disatukan bahan basah dan kering. Adun rata.
Ads
2. ADUN CAMPURAN BAHAN PERLAHAN-LAHAN
Satukan bahan basah dan kering kemudian adun perlahan-lahan hingga sebati. Elakkan kacau berulang kali atau secara berlebihan kerana jika terlebih adun, ia akan menyebabkan tepung membentuk gluten yang keras. Ia akan menyebabkan pankek anda menjadi keras dan tidak gebu.
3. GUNA BAKING POWDER YANG MASIH BARU
Untuk membuat pankek yang lembut, paling penting adalah untuk memberi perhatian kepada kualiti bahan-bahan, termasuk serbuk penaik. Pastikan serbuk penaik yang anda guna adalah yang baru atau sekurang-kurangnya dihasilkan kurang dari 6 bulan. Penggunaan serbuk penaik yang lama akan menyebabkan pankek menjadi tidak naik dan kurang gebu.
Ads
4. GUNA KUALI TAHAN LEKAT & MARJERIN
Membuat pankek mempunyai cara yang berbeza untuk membuat lempeng biasa. Apabila memasak lempeng, anda biasanya menggunakan kuali biasa sahaja namun untuk membuat pankek, sebaiknya gunakan gula rata yang tahan lekat. Malah penggunaan marjerin atau mentega juga adalah lebih baik berbanding menggunakan minyak kerana ia lebih cepat panas.
5. JANGAN TEKAN PANKEK YANG SEDANG DIMASAK DALAM KUALI
Pankek sedia dibalikkan bila muncul lubang atau gelembung halus pada permukaan doh. Elakkan menekan pankek ketika dimasak kerana ia akan menjadikan tekstur pankek menjadi kemek, mampat dan tidak gebu. Tuang adunan dan biarkan ia masak. Balikkan sekali lagi dan biar masak sepenuhnya sebelum dinikmati.
Mudah kan nak buat pankek yang enak? Ha…Lepas ni bolehlah hasilkan untuk suami dan anak-anak. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Roti paratha sosej keju. Tengok rupanya pun dah nampak sedap kan? Belum makan lagi. Tapi ia memang sedap, seindah rupanya.
Kombinasi sosej dan keju memang disukai terutama oleh anak-anak. Buat untuk bekal anak ke sekolah memang sesuai. Bawa ke ofis untuk potluck pun boleh. Apatah lagi sepanjang Syawal ini, tentu banyak ofis yang mengadakan jamuan raya.
Nak tahu cara buatnya? Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Izz Aishah ini. gerenti jadi.
Waktu pagi selalu terkejar-kejar. Sibuk, kan? Apa kata buat sarapan simple tapi sedap ni. Jom try.
ROTI BAKAR TELUR HANCUR BERKEJU
BAHAN-BAHAN
• 4 biji telur ayam
• 60 ml susu
• Garam dan lada hitam
• Mentega 10 gram
• 25 gram keju cheddar (parut)
BAHAN HIASAN
• Mayones
• Serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Pukul telur ayam dan susu. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
2. Cairkan mentega dalam kuali nonstick dan goreng telur ayam dengan api yang sederhana kecil.
3. Kacau telur ayam sesekali. Jangan terlalu hancur. Biarkan selama 4 minit. Akhir sekali masukkan keju.
4. Bakar roti. Letakkan salad dan telur hancur berkeju tadi.
5. Letak mayones dan sedikit serbuk lada hitam kalau nak cantikkan.
Alangkah bangga jika dapat membuat sendiri pelbagai jenis roti untuk dijamu pada keluarga tercinta. Rasa puas kerana roti dibuat segar, rasa dan kualiti terjamin. Anda juga boleh menjimatkan kos lebih-lebih lagi jika memiliki ahli keluarga yang ramai. Dikongsi lima jenis roti lagi untuk anda cuba buat sendiri. Selamat mencuba!
1. ROTI BENGGALI
BAHAN-BAHAN:
1000gm tepung high protein
80gm gula
50gm susu tepung
12gm yis
10gm bread improver
2 biji kuning telur
550gm air
18gm marjerin
100gm garam
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan ke dalam penguli dan uli selama 20 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
Bahagikan kepada empat doh kecil. Gulung doh seperti membuat kek gulung.
Susun keempat-empat doh tadi di dalam loyang. Guna loyang bertutup.
Sapu marjerin pada keseluruhan loyang termasuk penutup.
Bakar di dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama mentega dan kaya atau dimakan begitu sahaja.
2. CINNAMON ROLL
BAHAN A:
250gm tepung roti
20gm gula
1 sudu makan susu tepung
1 biji kuning telur
4gm yis
15gm marjerin
½ sudu teh garam
100ml air
BAHAN B (FILLING):
3gm serbuk kulit kayu manis
50gm gula perang
20gm mentega
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk penguli dan uli selama 30 minit. Adun hingga menjadi doh.
Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
Canaikan doh menjadi bentuk segi empat. Sapu adunan dengan mentega, gula perang dan serbuk kayu manis di atas doh.
Gulung dan kemaskan hujungnya dengan disapu dengan sedikit air pada doh agar ia melekat.
Potong sebanyak 12 gulung sama saiz.
Susun di dalam loyang yang telah dilengser marjerin. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit sehingga doh naik lagi sekali ganda.
Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar doh terlebih selama 20 minit.
Keluarkan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Boleh bentukkan roti mengikut kesukaan masing-masing.
3. ROTI KEK
BAHAN ROTI:
6 cawan tepung gandum
1 ½ cawan susu suam
¾ cawan gula
11gm yis
3 biji telur saiz A
¼ cawan mentega
BAHAN A:
4 biji kuning telur
20gm gula kastor
½ sudu teh esen vanila
( Pukul semua bahan A sehingga ringan dan gebu)
BAHAN B:
4 biji putih telur
80gm gula
( Dalam bekas berasingan, putar putih telur hingga kembang. Tambah gula dan putar lagi hingga kaku (jika diterbalikkan putih telur tidak jatuh)
BAHAN C:
110gm tepung gandum
70gm mentega
BAHAN LAIN:
Pewarna merah dan hijau
CARA MEMASAK:
Untuk membuat doh roti; Campurkan yis dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar. Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu sehingga doh naik dua kali ganda. Ketepikan.
Untuk membuat adunan kek; Masukkan adunan Bahan B ke dalam adunan Bahan A, kacau rata dengan menggunakan kaedah kaup balik.
Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi (kaup rata).
Masukkan minyak dan kacau rata menggunakan kaedah kaup balik. Bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan satu bahagian dengan merah dan satu bahagian dengan warna hijau.
Tuang adunan kek yang telah siap tadi ke atas roti yang telah naik tadi, berselang seli warna merah dan hijau.
Bakar pada suhu 180C selama 25 minit.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh gantikan tepung gandum (bahan C) dengan tepung kek.
4. ROTI PAUN MANIS
BAHAN-BAHAN:
6 cawan tepung gandum
1 ½ cawan susu suam
¾ cawan gula
11gm yis
3 biji telur saiz A
¼ cawan mentega
CARA MEMASAK:
Campurkan yis dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar.
Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu seketika sehingga doh naik dua kali ganda.
Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan begitu saja kerana rasanya yang manis dan lemak.
5. ROTI PAUN KELADI
BAHAN-BAHAN:
6 cawan tepung gandum
1 ½ cawan susu suam
2 sudu makan pes keladi
¾ cawan gula
11gm yis
3 biji telur (saiz A)
¼ cawan mentega
Sedikit cucu cair untuk sapuan
CARA MEMASAK:
Campurkan yis, pes keladi dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar.
Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu seketika sehingga doh naik dua kali ganda. Gris susu cair di atas permukaan doh.
Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Pes pandan yang berwarna hijau membuatkan warna roti ini lebih menarik.