Sarapan dengan pancake, dengar macam mudah dan ringkas je nak buat. Hakikatnya nak mendapatkan pancake yang lembut, gebu dan cantik seperti makan di hotel mewah tu memang susah, betul tak? Tapi korang jangan patah hati, sebenarnya ada beberapa perkara perlu korang buat supaya hasil pancake terbaik seperti diharapkan. Ini beberapa perkara perlu korang kalau nak pancake yang sedap, gebu gebas dan cantik:-
Pastikan baking powder dalam keadaan elok, segar dan belum expired. Ia penting kerana baking powder adalah agen untuk mengembangkan dan melembutkan pancake.
Asingkan Bahan Kering Dengan Bahan Basah. Tepung gandun, baking powder, serbuk garam dan gula dicampur bersama dan gaul dalam satu mangkuk. Dalam campurkan bahan basah seperti telur, mentega yang dicairkan dan susu dalam mangkuk lain dan kacau rata . Seterusnya tuangkan bahan basah dalam bekas bahan kering. Menggunakan spatula, kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Jika terlalu pekat pancake akan keras dan kenyal.
Ads
Guna kuali leper dan non stick. Sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali. Kemudian tuang dalam kuali yang telah dipanaskan. Penggunaan sendikit minyak membantu pancake mudah diterbalikkan dan warna lebih sempurna.
Gunakan penyukat untuk mendapatkan pancake yang sama saiz dan ketebalannya. Dan jika disusun dalam pinggang ia nampak cantik.
Ads
PANCAKE BLUEBERRY MAPLE SYRUP
Ads
BAHAN-BAHAN:
150gm tepung gandum
50gm cornflakes | ramas kasar
280ml susu segar
30gm gula halus
1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
2 sudu makan mentega | cairkan
1 sudu teh serbuk penaik
Pes/jem blueberi secukupnya
Sirap Maple secukupnya
Buah blueberi secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, cornflakes, serbuk penaik dan gula halus. Gaul rata.
Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair. Ketepikan.
Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali. Letakkan sesudu pes/jem blueberi dan tutup dengan sedikit lagi bancuhan pankek.
Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan. Ulangi langkah hingga selesai.
Hidangkan pankek bersama sirap maple dan hirisan buah blueberi segar. dan krim putar jika suka.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menu Ayam Goreng Tomyam Pedas ni nampak sangat sedap dan membuka selera. Malah cara memasaknya juga tidak susah serta bahan-bahannya juga mudah diperolehi. Sesuai sangat anda masak untuk berbuka puasa hari ini. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah. Moga bermanfaat buat semua.
CARA MASAK AYAM GORENG TOMYAM PEDAS SEDAP
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK 1. Bersihkan ayam dan lumur sedikit kunyit dan garam. Kemudian goreng ayam hingga masak. 2. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Tumis hingga wangi dan kekuningan.
3. Seterusnya masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili masak dan pecah minyak.
4. Masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan dan jika perlu, boleh tambahkan garam serta serbuk perasa. Gaul rata.
5. Akhir sekali, masukkan hirisan lobak merah, ayam yang telah digoreng serta air. Biarkan mereneh sebentar hingga kuah sedikit kering.
Ayam sambal bawang ini memang sesuai untuk buat penggemar ayam sambal. Ia memberi kelainan rasa berbanding ayam sambal biasa. Pedas, wangi dan menyengat hasil dari penggunaan bawang. Dah cuba masak sekali, mesti suka punya!
½ ekor ayam – dipotong kecil
Garam dan serbuk kunyit secukupnya (untuk perap & goreng separa masak)
2 biji bawang besar – dihiris halus (digoreng hingga kekuningan dan ketepikan)
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
Sehiris halia *
3-4 sudu besar cili kering kisar
1 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Cili padi hijau (kalau suka lebih pedas, boleh tambah)
1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng separa masak. Ketepikan.
2.Kisar bahan bertanda hingga hancur. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar bersama daun pandan, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
3. Masukkan cili kering kisar dan gula. Masak hingga sambal pecah minyak.
4. Masukkan sos cili dan sedikit air. Gaul rata.
5. Tambahkan ayam goreng tadi ke dalam sambal. Kacau sebati.
6. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa.
Akhir sekali, masukkan bawang goreng dan cili padi hijau. Gaul sekejap dan angkat.
Tip Ekstra
Jika mahu sambal lebih wangi dan tahan lama, tambah sedikit minyak semasa tumis bahan kisar dan pastikan betul-betul pecah minyak sebelum masuk ayam.
Bila sebut nak masak daging, ramai beranggapan ia agak rumit dan perlu masak lama. Sebenarnya daging boleh je masak dengan cara ekspres, tak liat dan sedap.
Yang penting, anda tahu nak masak menu apa dan dan macam mana nak menolah daging supaya empuk dan boleh dimasak dalam masa yang singkat tanpa mengubah rasa.
Contohnya, anda kena tahu jenis daging, cara hirisan, petua melembutkan daging dan menu yang ingin disediakan.
Jika anda tahu semua ini, pasti masakan daging boleh dimasak dengan lebih cepat mudah dan hasilnya sedap.
Berikut dikongsikan 14 pilihan menu daging yang boleh dicuba.
DAGING GORENG KURMA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | hiris nipis 2 sudu makan rempah kurma 2 sudu makan yogurt 1 sudu teh serbuk lada sulah 1 biji ubi kentang | potong memanjang 2 pokok daun ketumbar | hiris 3 biji cili hijau | hiris 2cm 4-5 biji tomato ceri 1 biji bawang besar | belah lapan 3 ulas bawang berah | hiris 5 ulas bawang putih | hiris 3cm halia | hiris 2 batang serai | hiris Garam dan gula secukup rasa Minyak masak untuk menumis
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. 2. Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan sedikit air, kacau hingga pecah minyak. 3. Seterusnya masukkan hirisan daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering. 4. Masukkan yogurt, hirisan cili dan daun ketumbar. Kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Sebelum angkat, masukkan tomato ceri.
DAGING SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis 2 sudu makan serbuk ketumbar 1sudu makan madu 1 sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih 1 sudu teh serbuk kunyit 3 cm halia muda | kisar 4 ulas bawang merah | kisar 3 ulas bawang putih | kisar 2 batang serai | kisar Garam secukup rasa
BAHAN SAMBAL HIJAU:
7 biji cili hijau 15 biji cili padi hijau 2 biji tomato hijau 2 biji bawang besar 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Daging dicuci bersih dan ditoskannya. Kemudian, gaul daging bersama semua bahan lain sehingga sebati. 2. Tambah sedikit air dan didihkan atas api sehingga air kering rebusan. Setelah daging sejuk, hiris nipis dan lebar lebih kurang 3-4cm 3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, goreng daging sehingga bertukar warna keperangan. Angkat dan ketepikan. 4. Kemudian ketuk atau tumbuk setiap keping daging hingga lembut. Ketepikan lagi. 5. Untuk menyediakan sambal, masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar kasar. 6. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Kecilkan api dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 7. Apabila sambal menjadi kering, masukkan daging dan gaul sebati. Tutup api dan sedia dihidangkan.
DAGING DENDENG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis 1 cawan kicap pekat manis 2 sudu makan sos tiram Garam secukup rasa Gula nisan secukupnya Minyak untuk menggoreng & menumis
BAHAN TUMIS:
15 tangkai cili kering | hiris 5 biji cili merah | hiris 10 ulas bawang merah | hiris 6 ulas bawang putih | hiris 4cm halia muda | hiris 4 batang serai | hiris
CARA MEMASAK:
1. Daging dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian gaulkan daging dengan kicap, sos tiram dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit. 2. Seterusnya, panaskan minyak, goreng semua bahan tumis hingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Setelah sejuk kisarkan bahan yang telah digoreng tadi. 4. Panaskan minyak dalam kuali lain. Kemudian goreng daging hingga habis (jangan terlalu garing). 5. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar tadi, Kemudian tumiskan pes hingga pecah minyak. 6. Perasakan dengan garam dan gula nisan secukup rasa. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan gaul rata hingga sebati. Tutup api, daging dendeng sedia dihidangkan.
SAMBAL DAGING PEKASAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging pekasam | hiris 1 biji bawang besar | hiris Gula secukupnya Garam jika perlu Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
4 biji cili merah 10 biji cili padi 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3cm halia muda 2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 2. Kemudian, masukkan daging pekasam, kacau rata sehingga daging layu. 3. Masukkan hirisan bawang besar, gula secukup rasa dan garam jika perlu. Terus kacau sehingga daging kering. Angkat dan sedia dihidangkan.
ASAM PEDAS BEREMPAH EKOR
BAHAN-BAHAN:
1 kg ekor lembu | rebus hingga empuk 3 sudu makan pes asam jawa 2 sudu makan kerisik 1 sudu makan serbuk ketumbar 1 sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih 1 sudu teh serbuk lada sulah 5 tangkai daun kesum 2 biji tomato | belah empat Garam dan gula secukup rasa Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering 5 biji cili merah 8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 2 batang serai 3cm lengkuas 3cm kunyit hidup 3cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah, jintan manis dan jintan putih. Kacau lagi. 3. Seterusnya masukkan ekor yang telah direbus bersama air rebusannya sekali. 4. Seterusnya masukan air asam, daun kesum, garam dan gula secukup rasa. 5. Biarkan terus mereneh lebih kurang 10 minit atau kuah menjadi pekat. Akhir sekali angkat, dan sedia dihidangkan.
ASAM REBUS DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel | hiris, bersihkan dan tos 3 keping asam gelugor 3 helai daun salam 2 batang serai |titik Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi 6 biji cili merah 1 biji bawang besar 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3cm lengkuas 2cm halia muda 3cm kunyit hidup
1. Masukkan daging tetel dalam periuk bersama bahan kisar. Seterusnya tambahkan air secukupnya. 2. Masak di atas api sederhana, setelah mendidih masukkan asam keping daun salam dan serai. 3. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Apabila daging tetel sudah lembut dan secukup rasa, matikan api.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
350gm daging | rebus dan potong nipis 6 tangkai cili kering | goreng garing 2 biji bawang merah 15gm jintan manis 15gm jintan putih 30ml kicap manis 20gm gula pasir Garam secukupnya Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan cili kering, bawang merah, jintan manis, jintan putih bersama gula pasir dan kicap manis. 2. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi dan memekat. 3. Masukkan daging yang telah direbus terlebih dahulu, dan perasakan.
GULAI KAWAH TETEL & TULANG
BAHAN-BAHAN:
250gm daging tetel | rebus ¾ empuk 300gm tulang | rebus empuk Garam secukupnya
BAHAN UNTUK KARI:
50gm rempah kari 15gm kerisik 2 biji bawang merah 2 inci lengkuas 2 inci kunyit hidup 10gm halba 300ml santan pekat
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan kisar dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sekata dan masukkan daging dan tulang tadi. 2. Masak sehingga ia mendidih, perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan seketika. Tutup api, angkat dan sedia untuk dinikmati.
PEPES DAGING
BAHAN-BAHAN:
400gm daging | rebus ¾ masak Daun pisang secukupnya
BAHAN KISAR:
2 inci lengkuas 1 inci halia 2 batang serai 5 biji cili besar merah 1 inci kunyit hidup Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar kesemua bahan dan gaul bersama daging yang telah direbus tadi. 2. Kemudian balut dengan daun pisang. Bakar selama 8-10 minit. Sedia dinikmati.
UNGKEP DAGING BERKERISIK
BAHAN-BAHAN:
500gm daging 6 biji bawang merah | kisar 3 ulas bawang putih | kisar 2 sudu makan serbuk ketumbar 1 sudu makan serbuk jintan manis 1 sudu makan serbuk jintan putih 1 batang serai | titik 1 inci halia | kisar 1 sudu makan kerisik Minyak masak secukupnya Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Gaul sekata. 2. Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air. 3. Masukkan kerisik dan biarkan mendidih hingga kuah sedikit pekat. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
DAGING MASAK SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging 2 biji cili besar merah | dihiris 2 biji bawang besar | dihiris 2 ulas bawang putih | dihiris 1 inci halia | hiris 3 sudu makan sos tiram Sedikit air Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris. Bila sudah naik baru, masukkan daging dan sedikit air. Gaul sebati. 2. Masukkan pula sos tiram dan biar ia masak seketika. Gaul sekata. Angkat dan sedia dinikmati.
RENDANG DAGING PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging 7 biji bawang merah | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 1 ½ inci halia | dikisar 1 inci lengkuas | dikisar 5 batang serai | dihiris halus 2 inci kunyit hidup | dikisar 2 sudu makan kerisik Sedikit hirisan daun kunyit 1 ikat daun pegaga 2 mangkuk santan Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kecuali kerisik, daun pegaga dan daun kunyit. Kacau perlahan. 2. Bila kuah sudah agak kering dan pekat, masukkan kerisik. Akhir sekali masukkan daun pegaga dan daun kunyit. Gaul seketika. 3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati.
DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit 10 biji cili padi | dikisar 6 biji bawang merah | dikisar 2 ulas bawang putih | dikisar 2 biji kentang | potong wedges dan digoreng Sedikit air Minyak untuk menumis secukupnya Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi. 2. Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng. 3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati.
RENDANG DAGING MADURA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging 7 biji bawang merah | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 1 ½ inci halia | dikisar 3 sudu makan cili kering kisar 2 batang serai | dikisar 7 sudu kicap manis 1 biji bawang besar | dihiris 2 tangkai daun kari Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Perap daging bersama semua bahan kisar dalam ½ jam. Panaskan minyak, masukkan perapan daging tadi. 2. Masukkan sedikit air untuk pastikan daging lembut. Kacau sebati. 3. Setelah kuah sudah kering dan sedikit pekat, masukkan daun kari, kicap manis dan hirisan bawang besar. Biarkan tiga minit dan angkat. Sedia dinikmati.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: