Cara Buat Nugget Nasi Sedap Untuk Bekal Anak Ke Sekolah.

Share

Jom cuba buat nugget homemade! Ha…bagi ibu-ibu yang ada anak yang susah nak makan nasi, memang susah hati kan? Bukan apa, risau jika mereka tidak dapat zat serta keperluan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran. Melalui perkongsian saudari Hani Nanny, ada menu mudah yang anda boleh cuba.  Malah jika buat menu ni, lebihan nasi juga boleh digunakan tanpa perlu membazir.         

Anak payah nak makan nasi? No worries lah. Jom try buat nugget, Boleh je campak-campak sayur, ayam ikut kesukaan dalam tu. Kalau dah goreng confirm nam tujuh ketul dijamahnya. Buat bebanyak pastu frozenkan, Bebila nak makan gorengkan saja..mudahkan?

 

CARA BUAT NUGGET NASI HOMEMADE 

 

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi (empunya resipi guna beras jepun) – beras biasa pun boleh
  • Isi ayam
  • Daun bawang(optional) – boleh juga tambah lobak merah dan lain-lain sayur ikut citarasa
  • Perasa
  • 1-2 biji telur – dipukul
  • Serbuk roti secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Satukan nasi, isi ayam, sayur dan perasa dengan secukupnya. Gaul hingga sebati. 

2. Canai adunan nasi tadi dan tekap dengan pencetak kesukaan. Pastikan anda sapu sedikit minyak pada pencetak dan permukaan nasi supaya tidak melekat.

3. Celup kepingan nugget nasi dalam bancuhan telur.

4. Kemudian salut dengan serbuk roti. Lakukan hingga habis adunan.

5. Selepas siap, sejukbekukan nugget terlebih dahulu sebelum digoreng.

Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Hani Nanny

 

IKLAN