Cara Buat Nugget Ayam Kentang Crispy Sedap Guna Bahan Berkhasiat

Share

Anda patut cuba resipi Nugget Ayam Kentang Crispy homemade ni. Bukan apa, kebanyakan nugget sejukbeku yang dibeli mempunyai kandungan garam serta MSG yang tinggi. Sangat tidak bagus untuk kesihatan. Bila buat sendiri, pastinya lebih sihat, kebersihan terjamin malah lebih sedap. Jadi jika anak-anak makan, tidaklah sang ibu rasa terlalu risau akan kandungan yang terkandung di dalamnya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sharinaz Redwan ni. Berbaloi buat stok banyak-banyak dalam peti sejuk.

 

RESIPI NUGGET AYAM KENTANG CRISPY HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping dada ayam – kisar tanpa air
  • 2 biji telur ayam
  • 2 sudu makan tepung ubi kayu beli online disini
  • 4 biji ubi kentang sederhana – rebus, lenyek beli online disini
  • 1/2 batang lobak merah – sagat. nak letak sayur lain pun boleh
  • 1 sudu teh lada sulah beli online disini
  • Garam secukupnya

 

BAHAN SALUTAN TEMPURA:

  • Tepung beras secukupnya – boleh juga salut dengan tepung kfc/bestari. Nak salut guna serbuk roti pun boleh. beli online disini
  • Telur – dipukul sedikit

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan diatas dan adunan hingga sebati.

2. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.

3. Bila adunan dah masak, keluarkan dan potong ikut bentuk yang disukai.

4. Sediakan bahan-bahn untuk salutan.

5. Ambil kepingan nugget ayam kemudian celup dalam bancuhan telur. Kemudian salut pula dengan tepung atau serbuk roti.

6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing keemasan.

7. Sedia untuk dinikmati.

8. Jika ada lebihan, boleh goreng separuh masak, sejukkan, simpan dalam bekas dan sejukbekukan.

 

Kredit resipi & foto: Sharinaz Redwan

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN