Cara Buat Nasi Himpit Daun Pisang. Bungkus Macam Ni Barulah Wangi!

Share

Nasi Himpit Daun Pisang atau Lontong ni memang sangat sedap. Wangi dan warna cantik dari daun pisang menjadikan ia berasa lebih enak. Saudari Farrera Lee kongsikan resipi yang diwarisi dari Mak Atoknya. Anda pun nak cuba? Jom lihat cara-caranya.

 

RESIPI NASI HIMPIT DAUN PISANG SEDAP & WANGI

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1.Layur daun pisang terlebih dahulu. Daun sebelah luar ( kasar ) digulungkan ke dalam.

2.Gulung daun guna acuan buluh @ kayu sebanyak dua kali pusingan untuk mengelakkan beras terkeluar daripada gulungan semasa merebus.

3.Cucuk lidi, stapler atau ikat di salah satu hujung gulungan daun. Keluarkan acuan buluh.

4.Basuh beras dan toskan. Masukkan beras ke dalam gulungan daun.

5.Masukkan beras setengah daripada panjang gulungan daun.

6.Cucuk lidi, stapler atau ikat di bahagian satu lagi hujung gulungan daun.

7.Goncang sikit untuk sama ratakan beras.

8.Rebus dalam keadaan ‘baring’ selama 7-8 jam (bergantung kepada kuantiti dan saiz) dan pastikan air sentiasa penuh sehingga tenggelam. Rebus guna api sederhana kuat.

9.Bila sudah masak, tos dan sejukkan sebelum dibuka dan dipotong.

 

INFO:

  • Boleh guna mana-mana jenis daun pisang. Kalau nak warna nasi himpit yang cantik, guna daun pisang awak. Empunya resipi guna daun pisang hutan.
  • Lebih baik rebus guna kayu api untuk lebih jimat.
  • Jika masak dalam kuantiti yang sedikit (10-20 batang), rebus hanya beberapa jam sahaja atau hingga masak (kental)
  • Nasi Himpit direbus 7-8 jam untuk dapatkan warna dan hasil tekstur nasi himpit yang cantik serta mampat.

 

Kredit resipi & foto: Farrera Lee

 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN