Cara Buat Kerabu Mangga & Somtam Gaya Thai Yang Sedap.

Share

Dalam episod keempat Rasa: Jelajah Rasa Nusantara, Ili Sulaiman berpeluang ke negara Thailand untuk belajar cara-cara pembuatan Somtam yang sedap. Manakala di Malaysia pula Adam Didam telah belajar resipi mudah untuk menyediakan Kerabu Mangga yang terbaik. 


Kedua-dua hidangan ni nampak sama tapi masing-masing punya kekuatan dan keenakan yang tersendiri. Nak cuba? Jom lihat resipi serta langkah-langkah penyediaannya.

 

1. KERABU MANGGA


BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji mangga muda
  • Udang kering secukupnya
  • 1-2 biji bawang merah – dihiris
  • 1 biji limau nipis
  • Sedikit emping cili ( chilli flakes)
  • Cili padi merah ikut kepedasan disukai
  • 2 sudu makan sos ikan
  • Kacang tanah secukupnya
  • Air gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Hiris mangga dan masukkan ke dalam mangkuk.


2. Masukkan air gula dan juga sos ikan ke dalam mangkuk.


3. Tambah hirisan bawang merah, emping cili, udang kering dan juga cili padi.


4. Seterusnya masukkan kacang tanah yang telah digoreng atau disangai.


5. Perah jus limau nipis dan gaul semua bahan hingga sekata. Sedia untuk dinikmati.

Video:

 

2. SOMTAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji betik muda
  • 1 batang lobak merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Gula kabung Thailand
  • Udang kering secukupnya
  • 1 biji limau nipis
  • 5 biji tomato ceri
  • Udang kering secukupnya
  • 1 biji limau nipis
  • 2 tangkai kacang panjang – dipotong pendek
  • 2 biji cili padi merah
  • Sos ikan secukupnya
  • Kacang tanah secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Parut betik muda dan lobak merah. Masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.


2. Tumbuk bawang putih kasar-kasar.


3. Masukkan gula kabung dan udang kering. Tumbuk sedikit hingga lenyek.


4. Perahkan jus limau nipis.


5. Masukkan tomato ceri, kacang panjang dan cili padi. Tumbuk sedikit.

6. Perasakan dengan sos ikan secukupnya.


7. Masukkan hirisan betik serta lobak merah tadi. Tumbuk sedikit dan gaul hingga sebati.


8. Akhir sekali, masukkan kacang tanah panggang. Tumbuk manja sekali lagi.


9. Sedia untuk dinikmati.

Video:

Jom cuba!

  • Cara Masak Nasi Lemak & Nasi Uduk dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara ( Indonesia) Episod 1
  • Cara Masak Ayam Masak Kicap & Chicken Adobo dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara ( Filipina) Episod 2
  • Cara Masak Mi Celup & Pho dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara (Thailand) Episod 3
IKLAN