Cara Buat Laksa Beras Secara Homemade. Mudah & Tanpa Pengawet.

Share

Laksa beras homemade memang mempunyai tekstur yang berbeza jika dibandingkan dengan laksa kering. Jika anda teringin nak buat laksa sendiri,boleh cuba resipi perkongsian saudari Nora Sheka di bawah ini. Memang mudah! Malah bila buat sendiri, tentunya lebih bersih, diyakini halal serta memang jimat wang. Selamat mencuba!

 

RESIPI LAKSA BERAS HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung beras cap teratai
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • Air panas mendidih secukupnya | bergantung jumlah tepung

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian.

2. Gaul semua bahan menggunakan sudip kayu sehingga menjadi doh.

3. Bahagikan tepung kepada beberapa bahagian mengikut saiz acuan laksa. Uli doh menggunakan tangan apabila doh menjadi suam. Jangan biar sampai tepung sejuk. ( Sapu sedikit minyak di tangan untuk elakkan tepung melekat). Jika tiada acuan laksa, boleh guna mesin pasta atau apa-apa acuan bersesuaian.

4. Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan ke dalam periuk kukusan. Sapu sedikit minyak pada pengukus bagi mengelakkan laksa melekat.

5. Kukus selama 20 minit. Pastikan air dalam kukusan betul-betul mendidih sebelum mengukus laksa. Bila tepung kelihatan berkilat, ia menandakan  laksa telah masak.

6. Angkat dan rendam dalam air sejuk. Biar seketika.

7. Setelah laksa sejuk, lerai-leraikan laksa tersebut. Masukkan laksa kecdalam penapis dan alirkan di bawah air mengalir. Toskan. Sedia untuk dinikmati mengikut citarasa anda.

  

Kredit resipi & foto: Nora Sheka

IKLAN