Cara Buat Kulit & Sos Popia Basah Yang Sedap Secara Homemade

Share

Jom buat kulit Popia Basah secara homemade. Siapa tak suka makan popia basah kan? Sangat enak. Kulitnya agak berbeza dengan popia biasa. Jom kita lihat cara-cara pembuatannya menerusi resipi perkongsian dari blog jujuza.blogspot.my. Lebih berbaloi bila buat sendiri.

 

CARA BUAT KULIT POPIA BASAH & RESIPI SOS YANG SEDAP

 

BAHAN-BAHAN:

 

CARA MENGADUN:

  1. Gaul tepung gandum bersama telur, cuka dan garam hingga sebati.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun hingga adunan agak lembut dan tidak likat sangat.
  3. Gaul semua bahan menggunakan tangan. Seelok-eloknya adunanhendaklah sedikit lembik supaya senang dilenser pada non stick pan.

 

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT KULIT POPIA:

  1. Ambil sejemput besar adunan tepung dan ratakan ke dalam non stick pan. Mulakan pada sebelah tepi dahulu dan bulatkan.

2. Terus ratakan sehingga ke tengah.

3. Tarik lebihan tepung tadi ke tengah.

4. Ratakan lagi sehingga memenuhi ruang.

5. Tarik lebihan adunan hingga menutupi kesemua lubang.

6. Ratakan tepung hingga tiada lagi lubang-lubang.

7. Siap dan boleh diletakkan di dalam pinggan. Isikan dengan inti dan sapukan sos. Sedia untuk dinikmati.

 Kredit resepi & foto: http://jujuza.blogspot.my/2011/08/my-homemade-popia.html

 

Untuk menghasilkan sos & inti, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Inti boleh diubah dan ditambah mengikut citarasa masing-masing.

 BAHAN SOS:

  • 1kg cili boh – beli online disini
  • 400gm gula | lebihkan jika suka sos lebih manis
  • 3 biji bawang besar | dikisar
  • 100gm udang geragau | dikisar – beli online disini
  • 1 labu bawang putih | dikisar
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan masak sos menggunakan api kecil sehingga likat. Sejukkan dan boleh disapu pada popia.

 

BAHAN INTI:

  • Sengkuang | diparut halus
  • Lobak merah | diparut halus
  • Kacang goreng tumbuk secukupnya
  • Tauge jika suka – dicelur seketika

 

CARA-CARA:

1.Setelah sengkuang dan lobak merah diparut. Perah bagi mengeluarkan airnya. Begitu juga dengan tauge. Ia bertujuan bagi mengelakkan popia menjadi lembek dan terlalu basah.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN