Cara buat kuih putu, selama ini kita selalu beli di pasar malam kan! Rupanya kalau nak buat sendiri mudah saja. Guna acuan kuih lompang pun boleh.
Yang menarik, kuih ini tak perlu uli atau adun lama cuma perlu ramas tepung dan kukus. Bau harum tepung beras kukus dengan manisan cair di tengahnya memang membangkitkan nostalgia kuih tradisional zaman dulu.
2 dua cawan tepung beras (cap 3 gajah)
10 sudu air
Gula melaka /manisan yang dihancurkan
Kelapa parut
Acuan lompang
1. Satukan tepung dan air, jadikan seperti serbuk.
2. Tapis adunan tepung tadi untuk jadi lebih halus.
3. Masukkan tepung yang sudah siap ditapis dalam acuan. Letak sedikit dulu kemudian masukkan manisan.
4. Seterusnya masukkan tepung lagi sampai penuh acuan.
5. Panaskan air dalam periuk pengukus, kemudian masukkan kuih putu dalam periuk pengukus. Kukus selama 15 minit.
6. Pastikan penutup periuk pengukus dibalut bagi mengelakkan wap air jatuh pada adunan.
7. Selepas masak, hidangkan dengan kelapa parut. Kuih putu ini sedap dimakan panas-panas ketika manisannya cair.
Kredit Resipi & Foto: Nurul Aini Mohd Hamidi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA