Anda yang sukakan kuih lapis, anda wajib cuba resipi Kuih Lapis Pandan Coklat yang sungguh sedap dan lembut teksturnya dengan cara mudah. Tak perlu nak perah santan bagai, guna je santan kotak, hasilnya tetap sedap dan tidak mengecewakan. Macam biasa resipi ada disedia di bawah ini:-
KUIH LAPISAN PANDAN COKLAT BAHAN-BAHAN: 1200ml santan | dari 600ml santan kotak + 600ml air 250gm tepung jagung 150gm tepung beras 300gm gula pasir 5 helai daun pandan Secubit garam dan esen vanila secukupnya 1 1/2 teh perasa pandan 2 sudu teh serbuk koko | larutkan dengan sedikit air panas
Ads
CARA MEMBUAT:
Ads
Ads
Campurkan santan, garam, vanilla dan daun pandan hingga suam.
Keluarkan daun pandan, masukkan gula pasir dan kacau hingga gula larut, ke tepikan dan biarkan sejuk.
Dalam bekas lain, campurkan tepung ubi dan beras, tuangkan campuran santan tadi, adun rata hingga tiada bergentel lalu tapiskannya ke dalam bekas lain.
Sementara itu panaskan pengukus dan sediakan loyang 18X18 dan oleskan dengan sedikit minyak. Ketepikan.
Bahagikan adunan tadi kepada dua, satu warna coklat dan satu hijau pandan.
Setelah air kukusan mendidih, ambil 100ml adunan padan dan tuangkan dalam loyang pengukus, kukus selama 5 minit, kemudian lapisan dengan warna coklat.
Lakukan kerja mengukus secara berselang seli adunan hingga habis.
Dikukusan terakhir, kukus 20-25 minit atau hingga masak.
Angkat loyang dan sejukkan. Setelah betul-betul sejuk baru potong menggunakan pisau yang disapu dengan minyak.
Bosan dengan menu berlemak dan berminyak, cuba pulak menu tomyam yang memang sedap, ringkas, mudah disediakan dan digemari ramai, sesuai sangat kalau tekak tengah tak berselera nak makaan. Untuk itu, RASA kongsikan resipi Tomyam Poktek yang popular di Thai dan memang terangkat sedapnya wei..
TOMYAM POKTEK
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam | belah empat
100gm lala | bersih dan tos
250gm udang | bersih dan tos
200gm sotong | hiris bulat
1 ekor ikan kembung | siang & potong dua
1 batang seleri | hiris
1 biji tomato | belah empat
1biji bawang besar | hiris bulat
3 sm halia | titik
6-7 tangkai cili padi | titik
3 sm lengkuas | titik
3 batang serai | titik
3 ulas bawang merah | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
4 helai daun limau purut
3 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar jus limau nipis
Air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit hirisan daun bawang, sup dan bawang goreng
Sedikit minyak masak
CARA MASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan cincang, kemudian masukkan air, pes tomyam, halia, lengkuas dan serai. Biarkan sehingga mereneh.
Kemudian masukkan ketam, udang dan sotong, ikan. Biarkan lebih kurang 2-3 minit.
Masukkan pula cili, daun limau purut, hirisan bawang besar, hirisan batang seleri, jus limau, garam dan perasa secukupnya.
Akhir sekali hias dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Suka makan Nasi Ayam Hainan? Resipi perkongsian saudari Mizzmoon Moon ni memang cukup istimewa.
Lengkap dengan ayam yang enak, sambal cili dan sambal halia, set ini juga didatangkan dengan Sup Bebola Ayam dan Bok Choy Sos Tiram sebagai pelengkap hidangan. Sangat enak dan mudah dimasak.
Memang puas rasanya jika meniknati sajian ini Bersama keluarga tercinta. Resipi pun mudah Sahaja. Jom cuba masak! Anda sekeluarga pasti suka.
CARA MASAK NASI AYAM HAINAN, SAMBAL CILI, SAMBAL HALIA, SUP BEBOLA AYAM & BOK CHOY SOS TIRAM
BAHAN AIR REBUSAN AYAM:
Ayam secukupnya
8 ulas bawang putih
3 inci halia
Daun bawang
Garam dan perasa secukupnya
Air melebihi paras ayam
Air sejuk berais
Sedikit sos tiram @ sos seafood – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan ayam, bawang putih, halia, daun bawang, garam, peras dan masukkan air melebihi paras ayam.
2.Rebus guna api sederhana selama 1 jam atau mengikut kuantiti ayam.
3.Bila ayam sudah masak, keluarkan dan terus masukkan ke dalam air sejuk berais. Rendam sekejap supaya ayam kekal ‘juicy’.
4.Kemudian lumur ayam dengan sedikit sos tiram.(empunya resipi guna sos seafood kerana lebih sedap dan warna akan jadi cantik.
5.Bakar ayam pada suhu 210C selama 10 minit
BAHAN-BAHAN NASI AYAM:
3 pot beras basmathi (1 pot beras bersamaan 1 1/2 pot air) – beli online disini
2 inci halia
3 ulas bawang putih
Sedikit daun bawang
1 kiub pati ayam (optional) – beli online disini
Air rebusan ayam secukupnya
Minyak lemak ayam
1 sudu marjerin – beli online disini
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Goreng tanpa minyak lemak dan kulit ayam untuk dapatkan minyak lemak ayam.
2.Kisar halus halia dan bawang putih. Kemudian tumis guna minyak lemak ayam dan marjerin hingga wangi.
3.Seterusnya masukkan sekali daun bawang dan pati kiub ayam.
4.Kemudian masukkan beras, air rebusan ayam dengan secukupnya (mengikut jumlah nasi) dan garam. Masak seperti biasa.
BAHAN SAMBAL HALIA:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
Daun bawang
Minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Cincang semua bahan. Nak mudah boleh guna chopper.
2.Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas kemudian tuang ke dalam mangkuk berisi bahan-bahan cincang tadi.
3.Gaul sebati dan jika suka, boleh letak perasa.
BAHAN SAMBAL CILI:
10 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit jus limau kasturi
Sedikit air
Garam, gula & perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Kisar halus semua bahan dan masak sekejap hingga mendidih. Kemudian hidangkan bersama Nasi Ayam Hainan.
BAHAN SUP BEBOLA AYAM:
Bebola ayam
Sup lebihan rebusan ayam
Garam dan perasa secukupnya
Daun bawang
CARA MEMASAK:
1.Tapis lebihan air rebusan ayam yang telah kita guna untuk masak nasi tadi. Ia bertujuan untuk membuang bendasing yang ada dalam sup.
2.Masukkan bebola ayam dan perasakn dengan secukupny.
3.Bila sup mendidih dan perasa juga lengkap, tabur sedikit daun bawang. Siap untuk dinikmati.
BAHAN BOK CHOY SOS TIRAM:
Bok choy secukupnya
Sedikit minyak masak
Semangkuk air berais
3 ulas bawang putih – cincang
3 sudu makan sos tiram
Sedikit air
Sedikit bawang goreng – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air dan masukkan sedikit minyak. Kemudian celur bok choy hingga agak layu.
2.Angkat bok choy dan masukkan ke dalam mangkuk berais seketika.
3.Kemudian toskan airnya dan susun dalam pinggan hidangan.
4.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga layu.
5.Tambahkan sos tiram dan juga sedikit air. Kacau sebati.
6.Tuang sos ke atas bok choy yang dicelur tadi. Kemudian tabur bawang goreng.
7.Sedia untuk dinikmati.