
Isi Kandungan
ToggleTeringin nak buat kuih cara manis tapi tiada telur atau santan di dapur. Usah kempunan, kita tetap boleh membuatnya tanpa dua bahan ini. Caranya boleh guna resipi Aida Bani.
Cara buat kuih cara manis tanpa santan dan telur
Bahan-bahan
Dua cawan tepung gandum
Dua cawan air pandan
Secubit garam
Satu sudu kecil minyak masak
Pewarna hijau sikit
Bahan inti
Gula secukupnya
Cara memasak
1. Satukan semua bahan, kisar hingga sebati kemudian tapis.
2. Panaskan acuan kuih cara manis yang telah disapu dengan minyak atas dapur.
Kecilkan api.
3. Tuang adunan kuih cara, kemudian bubuh gula di tengah-tengah.
4. Tutup acuan guna penutup periuk dan biarkan sampai masak. Siap.
Kredit resipi & foto: Aida Bani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koci Pulut Hitam Manis Berlemak

Enak terasa bila dapat menikmati kuih koci dengan rasa lemak manis. Kuih koci dohnya boleh dipelbagaikan. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut. Buat yang ingin mencuba dikongsikan resipinya oleh Lisa’s Sweet Kitchen.
Bahan
500gm tepung pulut putih
140gm tepung pulut hitam
2ketul kentang rebus dan lenyek
1tbsp garam
500-600ml air
Cara
Satukan kedua tepung dan garam dan juga kentang yang telah direbus dan dilenyek. Uli sedikit sedikit dengan air hingga sebati.
Ambil 30 gm adunan, letakkan inti dan bulatkan
Masukkan kedalam dadih dan kukus.
Dadih
500ml santan pekat
500ml air
70gm tepung beras
1tbsp garam
Cara
Kacau atas api biar pekat.
Inti
A
200gm gula merah
100gm gula putih
250ml air
2helai daun pandan
Masak hingga mendidih dan tapis
B
500gm kelapa putih
2tbsp tepung pulut putih
1tsp garam
Satukan dengan bahan B,
Kacau atas api hingga kering
Kredit Resepi – Lisa’s Sweet Kitchen
Resipi Cucur Udang Jagung Cicah Kuah Kacang

Isi Kandungan
ToggleCucur Udang Jagung ni memang sedap jika dipadankan dengan Kuah Kacang. Kombinasi keduanya membuatkan sajian ini jadi kegemaran ramai. Cara membuatnya pun tidak sukar. Sesuai bagi anda yang taka da banyak masa di dapur. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK CUCUR UDANG JAGUNG & KUAH KACANG TANPA SANTAN
BAHAN-BAHAN:
- Tepung gandum secukupnya (beli online disini)
- 3 tongkol jagung
- Udang secukupnya
- Daun kucai secukupnya
- Telur
- Sedikit garam dan secukup rasa
- Baking powder (beli online disini)
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan bersama tepung sedikit demi sedikit. Jumlah tepung bergantung pada sebanyak mana yang anda mahukan.
2. Masukkan sedikit air. Adun sebati. Perap adunan selama 30 minit.
3. Untuk menggoreng, panaskan minyak dan goreng adunan mengikut saiz yang dikehendaki hingga garing keemasan. Angkat dan toskan.
BAHAN KUAH KACANG:
- Kacang tanah secukupnya – digoreng dan kisar halus – beli online disini
- 5-6 tangkai cili kering – beli online disini
- 2 ulas bawang putih – beli online disini
- 1 biji bawang besar – beli online disini
- 1-2 batang serai
- 1 keping asam gelugur – beli online disini
- Air secukupnya
- Gula pasir & gula melaka
- Garam dan secukup rasa
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Goreng cili kering seketika. Angkat dan sejukkan.
2. Kemudian kisar cili kering bersama bawang putih, bawang besar dan serai hingga halus.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar tadi hingga naik minyak.
4. Tambahkan air, asam gelugur, gula pasir, sedikit gula melaka, garam dan secukup rasa. Kacau sebati.
5. Bila kuah mendidih, masukkan kacang tanah. Kacau hingga mendidih dan padamkan api.
6. Sedia dihidangkan bersama Cucur Udang Jagung.
Kredit resipi & foto: Kekasihku Di Lautan Dalam
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Apam Bakar Kelantan. Resipi Orang Lama Yang Sedap & Unik.

Sedapnya Apam Bakar Kelantan ni. Ada juga yang memanggilnya dengan nama Apam Mayat. Resipi ini warisan dari orang-orang lama menyebabkan ia sentiasa digemari ramai tanpa mengira usia. Kalau makan panas-panas, memang layan. Ada pula kelapa parut. Waduh…Lagi berselera. Cubalah. Resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni antara yang mudah.
RESIPI APAM BAKAR KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung beras
- 130gm gula pasir
- 1 sudu teh garam
- 1 kotak kecil santan (200ml)
- 2 sudu teh yis/mauripan
- 4-5 biji pisang mas/berangan
- 4 ketul tapai ubi
- 1 sudu teh lada hitam (*)
- 1 inci lengkuas (*)
- 1 inci halia (*)
- 2 biji bawang merah kecik (*)
- 200ml air (*)
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian tapis dan ambil airnya sahaja. Sukat dan ambil 200ml air kisaran tadi.
2. Dalam mangkuk berasingan, lenyek pisang, tapai ubi bersama garam dan gula hingga hancur.
3. Masukkan tepung beras dan santan.
4. Masukkan yis ke dalam bekas berisi air kisaran bahan yang ditapis tadi. Kacau sebati.
5. Tuang ke dalam bekas berisi tepung tadi. Adun sebati dan perap selama 2 jam.
6. Untuk memasaknya, panaskan kuali dan sapu sedikit minyak. Tuang 2 senduk adunan ke dalam kuali.
7. Bila bahagian bawah apam dah masak, balikkan dan biarkan masak.
8. Bila apam kelihatan seperti dalam gambar, angkat dan nikmati segera bersama kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam.
Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria