Bagi yang menggemari hidangan berasaskan kelapa parut, kuih beko kelapa pandan ini antara yang boleh dicuba. Kuih tradisi dari Kelantan ini bukan saja enak, cara membuatnya juga mudah. Boleh guna acuan kuih cara saja.
Cara buat kuih beko kelapa pandan
Bahan-bahan
4 cawan kelapa pandan parut
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula
1 sdt garam
2 biji telur
1/4 cawan air
Sedikit pewarna hijau dan kuning
Perisa pandan kelapa
Cara membuat
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Gaulkan hingga sebati.
Ads
2. Panaskan acuan atas api dapur. Guna api kecil, sapukan minyak pada acuan.
3. Sendukkan adunan dan letak pada acuan.
Ads
4. Tutup acuba guna penutup periuk dan biarkan 7-8 minit. Balikkan kuih ke bawah supaya bahagian atas kuih masak rata.
INFO: Adunan ini boleh menghasilkan 36-40 biji kuih beko pandan.
Bosan makan popia biasa? Jom try buat popia carbonara. Siap ada cheese. Mesti lagi sedap. Tak perlu cecah sos pun dah sedap dah. Jom try.
POPIA CARBONARA CHEESE
Popia carbonara yag siap dimasak.
BAHAN-BAHAN
• Sedikit minyak masak untuk menumis
• Sausage (potong kecil)
• Isi ayam (potong kecil)
• Lobak merah (hiris halus)
• Lada banggala (potong kecil)
• Bawang holand (potong kecil)
• Sos carbonara
• Garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya
• Mozzarella cheese
• Kulit popia secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan sampai naik bau.
2. Lepastu masuk sos carbonara home made atau carbonara prego.
3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam.
4. Gaul sekata. Matikan api. Ketepikan.
CARA MEMBUNGKUS
1. Bentang kulit popia.
2. Letakkan inti secukupnya.
3. Letakkan mozzarella cheese secukupnya.
4. Bungkus kemas.
5. Goreng dalam minyak yang cukup sehingga kekuningan. Angkat.
Tip: Bungkus dua lapis kerana kalau selapis, mudah bocor.
Kuih Bom Inti Ikan kuih tradisi Terengganu yang dikenali juga sebagai kuih Paung Inti Ikan. Ianya sedap dan mudah disediakan kerana hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dalam dapur anda. Kuih ini sangat sesuai dijadikan hidangan untuk minum petang atau sarapan pagi. Untuk resipi penuh ada dikongsikan di bawah ini.
KUIH BOM INTI IKAN BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN INTI IKAN:
5-6 ekor ikan kembung + ikan sardin | cuci bersih dan rebus dengan sedikit garam dan sekeping asam gelugor.
1 biji bawang besar/ 4 ulas bawang merah | kisar halus
1 inci halia | kisar halus
1 sudu kecil halba
1 kotak kecil santan segera/1 cawan santan segar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Campurkan semua bahan, tepung pulut, gandum, kelapa parut dan garam dalam bekas. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adun dan doh tidak melekat di tangan dan mudah dibentuk bulat-bulat.
Setelah siap adun, masukkan doh dalam peti sejuk sekejap (tip supaya kuih tidak meletop bila digoreng).
Sementara itu, boleh sediakan inti ikan. Asingkan isi ikan dari tulang, kemudian hancurkan dengan cara menumbuk atau ramas dengan tangan sahaja. Ikut suka.
Masukkan isi ikan dalam kuali, diikuti santan dan bahan kisar. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa secukupnya dan halba.
Kacau atas api sederhana hingga kering air (jangan terlalu garing, nanti tak sedap).
Tutup api dan biarkan sejuk.
9. Keluarkan doh dari peti sejuk. Bulatkan dan tekan di tengah untuk letak inti.
10. Kemaskan dan bulatkan balik semula. Lakukannya hingga habis doh.
11. Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng kuih Bom atau Paung hingga perang keemasan. Angkat dan toskan.
12. Setelah sejuk bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.