![Untitled design (4)](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2019/11/76001.jpeg)
Kuih Abok-Abok adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas, kuih ini menjadi pilihan ramai terutamanya ketika sarapan dan juga minum petang. Kalau dapat makan masa masih panas, memang nikmat. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zurida Hassan ni. Pasti puas hati dengan hasilnya.
RESIPI KUIH ABOK-ABOK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan sagu – rendam dengan pewarna hijau atau air kisaran daun pandan selama 15 minit
- 1 cawan kelapa parut
- Gula melaka secukupnya – racik halus
- Daun piang secukupnya – potong kecil dan layurkan
- Sedikit gula dan garam
CARA MEMASAK:
1. Ambil sagu dan toskan airnya. Kemudian gaulkan bersama kelapa parut, sedikit gula dan garam. Ratakan.
2. Ambil daun pisang dan gulung menjadi kon.
3. Sudukan sedikit sagu.
4. Kemudian masukkan gula melaka secukupnya.
5. Masukkan lagi sagu.
6. Lipat bungkusan daun pisang dengan kemas dan pinkan dengan lidi. Lakukan hingga habis.
7. Kukus kuih selama 20 minit atau hingga sagu masak.
8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zurida Hassan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedap Dan Cantiknya ‘Kejadian’ Kuih Ketayap Buah Naga, Warna ‘Purple’ Tu Pancing Selera
![](https://cdn.rasa.my/2022/04/Untitled-design2-6.jpg)
Kita selalu saja makan kuih ketayap warna hijau yang biasanya warna hijaunya menggunakan daun pandan selain pewarna makanan. Apa kata kali ini kita buat sedikit kelaian. Kalau biasa ketayap warna hijau, kali ini warna ungu. Ayuh kita cuba resipi Ketayap Buah Naga seperti yang dikongsikan oleh Zura Zul
RESIPI KUIH KETAYAP BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
3/4 buah naga (kisar dengan 2 cawan air)
3 cawan tepung gandum –BELI ONLINE
1 biji telur
1 cawan jus buah naga
2 1/2 cawan santan cair
Secubit garam –BELI ONLINE
Sedikit gula – BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan-bahan sampai hancur halus.
2. Kalau rasa macam pekat adunan, boleh tambah lagi santan cair.
3. Panaskan kuali non stick. Sapu nipis minyak.
4. Tuang 1 senduk adunan dalam kuali (lenggangkan).
5. Apabila sudah masak, angkat. Ulang sehingga habis adunan
BAHAN UNTUK INTI KELAPA:
1/2 biji kelapa putih
1/2 cawan gula
1 cawan jus buah naga
2 helai daun pandan
Sedikit tepung ubi – BELI ONLINE
Sedikit garam
CARA MEMBUAT:
1. Campur semua bahan.
2. Masak hingga inti sedikit kering.
3. Masuk 1 sudu tepung ubi (jika suka). Kacau rata. Siap inti kelapa.
LANGKAH SETERUSNYA:
Bentangkan kepingan ketayap yang sudah siap tadi dan isi inti. Lipat kiri kanan dan gulung. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Zura Zul
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Rendang Maman, Ini Resipi Mudah Yang Bila Buat Pasti Menjadi!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Sangat Kreatif, Muncul Pula Donut Warna Hitam Perisa Arang & Koko
![](https://cdn.rasa.my/2022/11/usJFy97z-491596.jpeg)
Bermula dengan kemeriahan donut perisa red velvet, keluarlah pelbagai resipi donut lain yang kreatif dan menarik.
Pelbagai perisa yang ada, seperti donut sambal, donut keladi, donut labu dan macam-macam lagi.
Resipi donut perisa arang yang dikongsikan saudara Che Azawimie Che Zahari ini, sangat menarik dan kreatif.
DARK CHOCOLATE CHARCHOAL DOUGHNUTS
BAHAN DOH:
1kg tepung high protein – beli online di sini
12gm yis kering – beli online di sini
1 sudu besar gula kastor – beli online di sini
1 sudu teh garam
1 sudu besar shortening
1 sudu teh tepung k-fine
Susu uht (agak-agak je sukatannya)
Pewarna hitam
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh serbuk arang @ charcoal powder
1 sudu teh cappuccino paste
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan dalam mesin. Uli sehingga menjadi doh.
2. Bila dah jadi doh, keluarkan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Gelek doh sehingga dapat ketebalan yang dikehendaki.
4. Kemudian, terap dan rehatkan. Biarkan jadi kembang.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Panaskan api. Goreng dengan api kecil sahaja.
6. Goreng sampai masak tapi goreng jangan lama sangat, nanti donut jadi pahit.
7. Angkat dan toskan. Tunggu suam sikit, baru salut dengan gula kator + susu tepung.
Kredit: Che Azawimie Che Zahari
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Makan Panas-Panas, 4 Resipi Berasaskan Sup Sedap Terengganu!
2 Resipi Masak Sardin Cara Baru, Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan
Lembut & Gebu Macam Kapas! Jom Buat Donut Minion Viral Ni Pula!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Koleksi Resipi Lauk Berbuka & Tip Dapat Diskaun Banyak Hingga 30% Bila Beli Barang Dapur
![](https://cdn.rasa.my/2023/04/Untitled-design-69.jpg)
Bila tiba Ramadan, terbayang keenakan aneka lauk pauk yang menambat selera. Ayam Percik, aneka gulai, Dalca, Solok Ikan. Hmm…Enaknya! Semuanya nampak sedap dan nak dirasa.
Tercari-cari resipi lauk berbuka yang sedap, mudah dan cepat dimasak untuk dihidangkan buat keluarga masa berbuka? Ada pelbagai menu yang boleh dicuba. Biasanya yang menjadi pilihan adalah juadah yang ringkas dan juga cepat dimasak.
Ada sebab kenapa mak-mak ni suka masak menu yang mudah je. Ini kerana masa bulan puasa begini, para ibu memang sibuk terutamanya dari segi persediaan menyambut puasa dan tugasan memasak juga jadi lebih mencabar berbanding biasa.
Memang tak cukup masa. Bagi ibu yang bekerja, memang kena pandai membahagikan antara tugasan di pejabat dan juga keluarga. Bukan tidak boleh beli sahaja juadahnya, tapi ada yang lebih suka berbelanja dan masak sendiri menu sahur serta berbuka. Lebih sedap, bersih dan menepati selera.
Bila hari-hari masak, pastinya ada sahaja barang dapur yang tidak cukup. Jangan risau. Lotus’s kan ada? Berbelanja dengan lebih bijak di Lotus’s dengan mendapatkan pelbagai barangan keperluan anda dengan cara lebih mudah tanpa perlu keluar rumah hanya berbelanja menerusi GrabMart!
Macam-macam ada… Dari aneka barangan segar, sayur-sayuran, makanan sejukbeku, beras, mi, pasta, kopi, teh, aneka sos dan barangan pembersihan. Pilih sahaja!
Kalaulah anda sedang buat biskut raya tapi tiba-tiba tak cukup mentega, tepung dan gula, nah… pesan sahaja dari Lotus’s menggunakan GrabMart, dalam masa 30 minit je, barangan yang anda pesan itu sampai di depan pintu. Senang kan?
Mak-mak memang suka beli barang dengan harga diskaun kan? Berbelanja di Lotus’s menerusi GrabMart, sama seakan di pasaraya. Boleh rambang mata! Tak percaya? Tekan bahagian “discounted item”. Tu dia… Macam-macam barang anda boleh miliki dengan harga murah & diskaun boleh dapat hingga 30% tau! Memang sangat berbaloi.
Nak berbelanja secara lebih jimat lagi? Ni ada berita baik yang nak dikongsi. GrabMart memperkenalkan GrabUnlimited yang mana ia adalah satu program langganan yang membolehkan pelanggan menikmati penjimatan eksklusif untuk pesanan barang-barang dapur.
Pilih sahaja barang keperluan dari mana-mana pasaraya pilihan seperti Lotus’s dan nikmati pelbagai penjimatan yang tentunya sangat berbaloi.
Bukan itu sahaja, servis penghantaran juga adalah PERCUMA. Hanya berbelanja minimum RM40, anda layak untuk menggunakan kupon Free Delivery ni. Wow!
Dah tahu cara berbelanja di Lotus’s dengan jimat, bolehlah masak macam-macam menu untuk berbuka nanti. Tercari-cari resipi lauk pauk berbuka yang mudah dan sedap? Seleksi di bawah ini pasti membuka selera anda dan keluarga. Selamat mencuba!
1. DAGING GULAI KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 2kg daging
- 2 biji bawang besar | dihiris
- 20 sudu makan kicap lemak manis
- 4 gelas air
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 24 biji bawang merah
- 12 ulas bawang putih
- 8cm halia
- 30 tangkai cili kering
BAHAN TUMIS:
- 2 batang kulit kayu manis
- 6 kuntum bunga lawing
- 6 kuntum bunga cengkih
- 8 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan masak bahan tumis hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar. Biar hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan daging. Gaul sebati.
- Bila daging hampir 1/2 masak, masukkan kicap manis. Biar selama 5-10 minit supaya daging menyerap rasa kicap.
- Masukkan air. Jika perlu, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biar daging empuk.
- Akhir sekali, masukkan hirisan bawang dan gaul sekata hingga semua bahan sebati.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan dikala berbuka.
2. AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam sederhana saiz | belah empat, bersihkan dan toskan.
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 batang serai | titik
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2cm halia
- 1 cawan santan pekat
BAHAN PERAP:
- 3 ulas bawang merah
- 2cm halia
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan perap kemudian lumurkan pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika.
- Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar.
- Sementara itu, tuangkan bahan kisar dalam kuali bersama santan, serai dan asam gelugor.
- Masak menggunakan api perlahan dan terus kacau hingga kuah pekat.
- Tutup api, ambil sedikit kuah dan sapukan pada ayam bakar berulang kali sehingga kuah melekat pada ayam.
- Angkat dan hidangkan panas-panas.
3. DALCA DAGING SAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 2 kg daging tetel
- 12 sudu makan serbuk kari daging | banduh dengan sedikit air
- 1 liter santan pekat
- Air secukupnya
- 15 biji bawang merah | kisar
- 6 ulas bawang putih | kisar
- 1 1/2 keping gula melaka
- 4 sudu makan cili giling
- Minyak masak secukupnya
- 5 biji terung panjang | potong kecil
- 4 batang lobak merah | dipotong kecil
- 10 biji jagung mudah | dihiris serong
- 15 tangkai kacang panjang | dipotong
- 1 biji nanas muda | dipotong kecil
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
- Kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga masak.
- Tambahkan rempah kari yang telah dibancuh air. Biar hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan daging. Masak sehingga empuk.
- Tambahkan santan dan air secukupnya ikut kepekatan yang disukai.
- Tambahkan hirisan nanas. Biar hingga mendidih.
- Masukkan juga gula melaka dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali, tambahkan sayur-sayuran. Masak hingga lembut.
- Sedia untuk dinikmati.
4. GULAI LENGKUAS IKAN KERING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ikan cencaru kering | belah 2 dan rendam air bagi mengurangkan masin
- 10 batang timun | dibelah dan dipotong. Buang bijinya
- 10-15 biji cili hijau siam | belah 2
- 1 biji nanas | dipotong kecil
- 2 liter santan
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 8 ulas bawang putih
- 14 tangkai cili kering
- 2 biji cili merah
- 6-7 biji cili padi
- 8 inci kunyit hidup
- 2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar. Biarkan mendidih.
- Masukkan ikan kering, nanas, cili hijau dan timun. Masak hingga timun lembut.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Rasa dulu sebelum tambah garam bagi elak kuah terlalu masin.
- Biarkan gulai mendidih sekali lagi. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Pastikan santan sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah gulai berketul.
5. SOLOK IKAN
BAHAN-BAHAN:
- 5-6 ekor ikan kembung
- 1/2 biji kelapa sederhana tua | diparut dan ditumbuk
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
- 10ulas bawang merah | ditumbuk
- 2ulas bawang putih | ditumbuk
- ½ sudu teh lada hitam | ditumbuk
- 1 biji telur ayam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Ikan dibuang tulang tengah dan dikikis. Jangan sampai terkoyak kulitnya.
- Isi ikan yang dikikis tadi, ditumbuk.
- Kemudian dicampurkan bersama kelapa dan bahan-bahan lain yang ditumbuk.
- Selepas itu, masukkan telur dan garam secukup rasa ke dalam bahan-bahan tadi.
- Gaul sehingga sebati.
- Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kulit ikan dan goreng sehingga masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
Dapatkan segala barangan keperluan memasak anda di bulan Ramadan ini dari Lotus’s menerusi GrabMart dan nikmati pelbagai diskaun serta penjimatan.
Klik DISINI untuk pelbagai pilihan menarik yang lain.