Alangkah enaknya menikmati minum petang bersama keluarga tercinta. Aneka hidangan yang ada dijual di pasar malam seperti putu mayam, taufu fa dan apam balik antara pilihan yang harus anda cuba. Boleh je buat sendiri. Tidak sesukar mana dan bahan-bahannya pun senang diperolehi. Pasti anak-anak dan suami anda teruja.

 

1. APAM BALIK

Koleksi Resipi Kuih Muih Gerai Yang Boleh Masak Sendiri Di Rumah.

BAHAN-BAHAN:

Adunan kulit:

  • 150gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh soda bikarbornat
  • 1/2 sudu teh yis kering
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan gula halus
  • 240ml air
  • Sedikit pewarna pilihan

Bahan Inti:

  • 100gm kacang tanah | digoreng dan dikisar
  • 50gm gula
  • 100gm jagung dalam tin

Sapuan:

  • Sedikit marjerin

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua  bahan untuk kulit apam dan kacau sebati. Perapkan adunan selama tiga hingga lima jam.
  2. Panaskan kuali tidak melekat. Sendukkan adunan dan tuangkan di atas kuali. Ratakan agar kulit apam sama tebal.
  3. Masak menggunakan api perlahan sehingga kulit apam masak sekata. Kemudian sapukan sedikit marjerin di atasnya.
  4. Kemudian taburkan sedikit gula diikuti dengan kacang tanah dan juga jagung krim.
  5. Tutup permukaan kuali selama beberapa minit sehingga kulit apam kelihatan agak perang.
  6. Angkat dan lipat apam tadi. Sedia dihidang.

Kata chef: Elakkan memasak menggunakan api yang besar kerana kulit apam akan hangus dan kurang enak.

 

2. KEK GULUNG MINI PELANGI

Koleksi Resipi Kuih Muih Gerai Yang Boleh Masak Sendiri Di Rumah.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 200gm tepung gandum
  • 170gm gula halus
  • 60ml santan kotak
  • 6 biji telur
  • 1 sudu makan ovallete
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Sedikit garam
  • 150 ml minyak jagung

Inti:

  • Jem Blueberi, strawberi atau buttercream secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Sediakan periuk kukusan. Lengserkan loyang bersaiz 8″ x 8″ dengan sedikit marjerin dan alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul telur, ovallete dan gula dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan gebu. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan sederhana.
  3. Masukkan minyak jagung dan santan sedikit demi sedikit. Kaub balikkan adunan dengan menggunakan spatula sehingga betul-betul sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada enam bahagian dan warnakan dengan warna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.
  5. Tuangkan adunan ungu ke dalam loyang dan ratakan. Kukus selama 10 minit.
  6. Kemudian tuang pula adunan biru ke atas adunan ungu tadi dan ratakan. Kukus semula selama 10 minit.
  7. Ulang langkah yang sama untuk adunan selebihnya. Untuk warna yang terakhir, kukus kek selama 15 minit.
  8. Setelah masak, keluarkan kek dan terbalikkan. Potong nipis kek semasa masih panas dan paipkan sedikit inti di tengahnya.
  9. Gulungkan kek dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.

Kata  chef: Pastikan kek dipotong nipis. Jika tebal, kek akan patah semasa proses menggulung.

 

3. PUDING CRACKERS

Koleksi Resipi Kuih Muih Gerai Yang Boleh Masak Sendiri Di Rumah.

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar
  • 240ml air
  • 2 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu makan susu pekat manis
  • 6 keping biskut crackers
  • 1/2  sudu teh esen vanila
  • Perwarna hijau, kuning, merah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar, air dan gula menggunakan api sederhana sehingga larut.
  2. Seterusnya kisar biskut, telur, susu cair dan susu pekat manis hingga halus. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk agar-agar tadi  dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan esen vanila. Masak seketika.
  4. Bahagikan adunan yang dimasak tadi dan warnakan mengikut warna pilihan.
  5. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.

 Kata chef: Pastikan biskut dikisar dengan halus bagi mendapatkan tekstur agar-agar yang licin.

IKLAN

 

 4. TAUFU FA SEGERA

Koleksi Resipi Kuih Muih Gerai Yang Boleh Masak Sendiri Di Rumah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 liter air soya
  • 1 sudu makan serbuk agar-agar
  • 180ml air
  • 2 sudu teh esen vanila

Bahan Air Gula Melaka:

  • 200gm gula kabung / gula melaka
  • 100gm gula
  • 800ml air

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar bersama air sehingga larut.
  2. Kemudian masukkan air soya. Didihkan seketika dan pastikan adunan dikacau sentiasa.
  3. Tuang adunan agar-agar ke dalam bekas dan sejukkan.
  4. Untuk air gula melaka, masak semua bahan sehingga sebati.  Sejukkan.
  5. Untuk menghidang, sudukan Taufu Fa ke dalam mangkuk dan tuangkan air gula melaka dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.

Kata chef: Jika mahukan tekstur taufu fa yang lebih lembut, lebihkan penggunaan air.

 

IKLAN

 5. PUTU MAYAM BIHUN

Koleksi Resipi Kuih Muih Gerai Yang Boleh Masak Sendiri Di Rumah.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping bihun yang halus
  • 100gm kelapa parut
  • Gula perang secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Rendam bihun seketika letakkan di dalam periuk kukusan yang telah dialas dengan kain jarang.
  2. Setelah naik wap, kukus bihun sehingga lembut.
  3. Keluarkan dan susun di dalam pinggan hidangan
  4. Nikmatinya bersama kelapa parut dan gula perang.

Kata Chef: Jika mahukan putu mayam yang berwarna warni, tambahkan pewarna semasa proses merendam bihun dan kukus seperti biasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI