Cara Buat Ketayap Inti Isi Durian Yang Simple & Sedap

Share

Buat minum petang, kuih ketayap durian memang sedap. Dengan inti basah-basah bau harum durian memang tak cukup makan sebiji.

Resipi yang dikongsi oleh Nurul Huda Sulaiman ini, memang mudah untuk membuatnya.

 

KUIH KETAYAP DURIAN

BAHAN UNTUK INTI:

2/3 cawan air
2 keping nise kerek/gula melaka – beli online di sini 
½ sudu kecil garam – beli online di sini
1 helai daun pandan
5-6 ulas isi durian
2 ½ cawan kelapa muda parut


2 sudu besar tepung gandum – beli online di sini

TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese | Dapur Rasa Live

TONTON Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Masukkan air, nisan kerek/gula melaka dan daun pandan ke dalam kuali. Masak hingga nisan kerek/gula melaka mencair.


2. Kemudian, masukkan isi durian. Kacau secara berterusan sehingga isi durian sebati dengan manisan nisan kerek/gula melaka.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Bila dah mendidih, masukkan kelapa parut. Gaul-gaul bagi sebati.
4. Taburkan tepung gandum. Gaul-gaul lagi. Dah siap inti basah-basah. Harum semerbak bau durian.

BAHAN UNTUK KULIT:

2 ½ cawan air
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 biji telur
½ sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak/marjerin – beli online di sini
1 sudu kecil pewarna kuning

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan sampai sebati. Tapiskan.


2. Tuang 1 senduk adunan ke dalam kuali atau pan. Kalau dah merekah di bahagian tepi pan tu, maknanya dah boleh angkat.


3. Sudukan inti dan lipat dengan kemas. Pastikan inti sudah sejuk sebelum diletakkan atas kulit ketayap.
4. Saya buat dapatlah 10 biji. Kuantiti bergantung pada ketebalan dan saiz pan kita guna.

Kredit resipi: Nurul Huda Sulaiman

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN