Cara Buat Kebab Homemade. Cukup Mudah, Boleh Buat Niaga

Share

Kalau dah bosan makan nasi, jom tukar selera dengan makan kebab homemade. Sama ada kebab ayam atau daging, semuanya mengikut cita rasa anda. Menariknya resipi yang dikongsi oleh saudari Ar Yati ini, ia sangat mudah untuk dibuat. Malah, anda juga boleh berniaga menggunakan resipi yang dikongsi olehnya. Boleh buat tambah pendapatan. Jom kita lihat cara-cara membuatnya.

HOMEMADE BEEF/CHICKEN KEBAB

 

BAHAN-BAHAN:

  • Daging burger ayam atau daging | dipotong dadu
  • Timun Jepun | dipotong dadu
  • Tomato | dipotong dadu (beli online DISINI)
  • Bawang besar | dipotong dadu (beli online DISINI)
  • Sos Black pepper Kimball & Life | campur (beli online DISINI)
  • Sos cili Kimball (beli online DISINI)
  • Mayones (beli online DISINI)
  • Roti kebab

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dengan minyak zaitun dan masukkan daging burger yang telah dipotong dadu. Goreng hingga masak.
  2. Kemudian, masukkan bawang, tomato dan timun Jepun.
  3. Masukkan semua sos kecuali mayones.
  4. Kacau hingga sebati. Boleh tutup api.
  5. Panaskan roti kebab di atas kuali dan potong dua.
  6. Sapukan mayones pada bahagian tepi kiri dan kanan roti.
  7. Masukkan daging kebab yang sudah siap dimasak tadi.
  8. Siap. Sudah boleh dimakan.

 

Kredit resipi & foto: Ar Yati

 

Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN