Duduk saja-saja, dapat kunyah kacang kegemaran pun boleh jadi ralit. Boleh beli tapi tak sesedap yang kita buat sendiri. Buat sendiri,puas hati. Modal tak sampai RM5.Lebih sedap kalau dah masuk peti sejuk kemudian baru makan bila salutan itu meresap dalam kacang. Kalau baru-baru lagi, dia tak cukup meresap.Ada juga yang letak ikan bilis. Nak bagi penambah rasa. Boleh olah ikut citarasa sendiri. Tapi macam gini je pun dah sedap.
Kacang Kuda Bahan-bahan:
Kacang kuda (rendam semalaman, lepas tu rebus sampai lembut dan toskan)
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
2 atau 3 potong cili kering
Daun kari (ikut suka nak berapa pelepah)
1 sudu bancuhan serbuk (kalau banyak, pahit)
Air
Garam
Cara-cara:
1.Tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan.
2.Masukkan cili kering, daun kari. Kacau-kacau,
3.Masukkan bancuhan serbuk kari. Gaul sikit then masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup untuk buat salut kacang. Bagi menggelegak, masukkan garam. Kacau-kacau, masukkan kacang. Gaul sampai sebati.. Lepas tu dah puas hati, tutup api, sejukkan. Kalau tak sabar, boleh ngap terus.
Ads
Kredit: atiqah zaki
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
Kuih Dangai atau Rangin merupakan salah satu kuih tradisional warisan yang semakin terpinggir dan jarang dilihat dek arus permodenankini. Iany sedap di makan di waktu petang bersama hidangan kopi O panas. Cara penyediaannya pun sangat mudah. Jom kita kenali satu lagi resepi kuih tradisional kita. Selamat mencuba puan-puan!
RESIPI KUIH RANGIN/DANGAI
BAHAN-BAHAN:
4 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan gula
1 1/2 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Jangan biar kelapa berketul2, leraikan ye..!
2. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu marjerin (Miza sapu marjerin kat pemanggang ajaib — play save kekekeke)
3. Bakar dalam oven dengan suhu 150c selama 30 minit (ikut suhu oven masing2) — kalau guna pemanggang ajaib, guna api perlahan supaya kelapa tak hangus.. lepas 5 minit camtu, terbalikkan ke side lagi satu… supaya garing merata di kedua2 belah…
4. Keluarkan dari loyang, tunggu sejuk sikit.. potong dan boleh la dihidangkan (dasar pelahap… miza layan panas2 tu, sedap woooo)
Ada orang suka berbuka puasa dengan hidangan yang kering seperti sambal. Salah satunya adalah sambal ikan yang dimasak dengan bunga kantan.
Kalau korang pencinta masakan tradisional mesti suka makan ikan goreng kemudian buat sambal cili kering. Rasanya memang terbaik, memukau rata sementelah lagi ditambah dengan bunga kantan, aduhai memang sedap sungguh. Nak tau macam mana sedapnya, kenalah cuba menu ni.
SAMBAL IKAN BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500 gram ikan sardin | potong dua atau tiga bersihkan dan tos
2 kuntum bunga kantan | hiris
6 ulas bawang merah | hiris
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, setelah panas masukkan ikan. Goreng hingga garing angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan hirisan bawang merah bersama bahan kisar hingga wangi dan garing.
5. Masukkan air asam jawa dan perasakan tumisan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, kemudian masukkan ikan goreng gaul rata.
7. Seterusnya taburkan hirisan bunga kantan, gaul rata. Tutup api.
8. Sambal ikan sedia dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.
Tekak dah bosan dengan nasi dan lauk pauk. Teringin pula nak merasa mi rebus. Mi rebus ni kesedapannya pada kuah dengan menggunakan keledek dan udang kering. Memang menggamit rasa. Letak tauhu dan limau kasturi sebagai pelengkap rasa.
MI REBUS ASLI JOHOR
Bahan-bahan:
2 kilo mee kuning-dicelur
1/2 kilo daging- dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek -direbus dan dikisar
1 cawan tauchu -dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
3 biji bawang merah – dikisar
1 inci halia -dikisar
1/2 cawan udang kering -dikisar
3 batang serai -dititik
1 inci lengkuas – dititik
5 sudu makan rempah kari daging
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan taburan:
Tepung udang kering
1/2 cawan udang kering -dikisar
80gm tepung gandum
¼ sudu teh serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN HIASAN:
Tauhu yang digoreng -dipotong kecil
Daun sup -dimayang
Bawang goreng
Telur rebus -dibelah dua
Lada hijau- dipotong bulat
Taugeh -dicelur
Limau kasturi- dibelah dua
Cara-cara untuk buat tepung udang kering:
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Cara-cara untuk buat kuah:
1.Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
2.Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
3.Masukkan rampah kari kacau rata
4.Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
5.Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
6.Hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.