Cara Buat Bawang Putih Rangup Yang Sedap & Tahan Lama.

Share

Makanan berasaskan bawang putih dan halia adalah antara yang boleh membantu membuang angin dalam badan. Namun, untuk makan secara mentah terutamanya bawang putih, rasanya kurang enak. Sekali cuba, terasa serik untuk menikmati kali kedua. Jadi bolehlah hasilkan bawang putih goreng rangup atau Garlic Cruchy perkongsian saudari Murni Ja’afar

 di bawah ni. Sangat ringkas, sedap dan tahan lama. Bawang putih dekat dapur pun tak akan jadi kecut. Jom cuba. Boleh dijadikan kudapan dan snek ringan.

 

CARA BUAT BAWANG PUTIH RANGUP (GARLIC CRUNCHY)

 

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang putih – jumlah ikut sebanyak mana yang anda nak hasilkan
  • Air garam ( garam dilarutkan dalam air. Kemasinan ikut citarasa)
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

1. Kupas bawang putih dan basuh bersih. Toskan.

2. Sagat bawang tadi nipis-nipis. Boleh juga dihiris menggunakan pisau.

3. Panaskan minyak dengan banyak dalam kuali.

4. Goreng hirisan bawang putih tadi guna api sederhana. Pastikan pandai mengawal suhu supaya bawang putih tidak berwarna gelap. Nanti rasanya pahit.

5. Sebelum bawang garing, masukkan 1 sudu teh air garam ke dalam minyak gorengan berisi bawang. Gaul rata dan masak hingga garing.

6. Angkat, toskan minyak dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & foto: Murni Ja’afar

 

IKLAN