Ikan masak apapun sedap, tapi sayang anak-anak sekarang tidak suka ikan kerana tidak mahu bersusah payah membuang tulang. Mak-mak ambik jalan mudah bagi lauk yang tak bertulang seperti isi ayam. Jangan kecewa, masalah tulang ikan boleh diatasi dengan cara mudah ini. Anda hanya perlu fillet isi ikan sebelum dimasak dengan menu kegemaran anak-anak.
Pilih Saiz Ikan Yang Betul
Pastikan ikan yang ingin difillet adalah sesuai. Ikan mestikan bersaiz besar kerana ia mempunyai isi lebih tebal dan mudah dipisahkan dengan tulangnya. Ikan yang kecil kerana isi yang nipis, menjadikan rposes fillet sukar dan isi boleh hancur.
Ads
Ikan Mesti Segar
Ikan segar mempunyai tektur isi yang kenyal dan mudah difillet berbanding ikan lama yang teksturnya lembik dan mudah hancur. Jika tidak sedia dimasak, fillet ikan boleh anda simpan dalam freezer lebih lama berbanding dengan ikan yang tidak difillet.
Pisau Mesti Tajam Tajam
Jika membuat fillet ikan anda perlu menggunakan pisau tajam. Proses hirisan isi ikan untuk asingkan dari tulang mesti dilakukan dengan satu hirisan (satu gerakan tangan). Jika pisau tumpul dan membuat dua tiga kali hirisan akan menyebabkan isi ikan hancur dan banyak isi ikan masih melekat pada tulang ikan.
Bahagian Ikan Boleh difillet
Ads
Lakukan hirisan fillet dari atas bahagian atas hingga ke bahagian bawah perut ikan. Isi bahagian ekor tidak perlu difillet kerana isi nipis dan kurang sedap.
FISH AND CHIPS
Bahan-bahan A:
Ads
4 keping fillet ikan
100gm tepung gandum
4 biji telur
150gm serbuk roti
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan B:
100gm mayones
5 biji buah zaitun hitam
3 biji Gherkin
3 ulas bawang putih |kisar
1 biji lemon
CARA MEMASAK:
Gaulkan fillet dengan tepung gandum, kemudian celupkan dalam bancuhan telur sebelum sekali lagi gaulkan dalam serbuk roti.
Panaskan minyak, goreng kepingan fillet ikan sehingga kuning keemasan. Ketepikan.
Untuk Sos, potong halus buah zaitun hitam, gherkin dan bawang putih.
Kemudian masukkan ke dalam mayones dan gaulkan.
Perasakan dengan jus lemon.
Hidangkan bersama fillet ikan, coleslaw dan salad campur.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Tauhu telur memang enak dimasak dengan pelbagai cara masakan. Ada yang letak dalam sup, masak sambal, masak sos tiram dan sebagainya. Tapi teksturnya yang lembut kadang-kala menjadikan tauhu ini hancur dan nampak tak cantik apabila dihidangkan.
Menerusi perkongsian Puan Nor Azua Amlan, bagi mengelakkan tauhu telur hancur, sebelum dimasak salutkan hirisan tauhu dengan tepung gandum. Kemudian goreng seketika. Angkat dan toskan minyak. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa masing-masing.
Di sebalik kegunaan biasa microwave untuk memanas dan memasak makanan dengan cara mudah dan cepat. Sebenarnya, ketuhar gelombang micro ini banyak lagi kegunaannya yang boleh dimanfaatkan bila dalam keadaan terdesak. Berikut kegunaan lain microwave yang boleh anda cuba:-
Kupas bawang putih tanpa pedih mata
Caranya, panaskan bawang putih dalam ketuhar gelombang selama 15 minit, kemudian bawang tersebut boleh dikupas dengan mudah.
Bakar kek lima minit
Tak sabar menunggu kek masak ? Apa lagi gunakan microwave kerana dengannya anda boleh buat kek sepantas lima minit.
Mudahkan perahan lemon
Sebelum membuat jus lemon, panaskan buah yang telah dipotong dalam microwave selama 10-15 saat. Ia akan membuat lemon atau limau diperah dengan lebih mudah.
Buat kacang panggang lebih mudah & cepat
Letakkan kacang dalam mangkuk, tambah sedikit minyak dan panaskan dalam microwave selama satu minit, kemudian kacau selang satu minit. Masa memamasak berbeza bergantung pada jenis dan jumlah kacang yang digunakan. Tetapi masa maksimun yang diambil adalah kira-kira lima minit.
Alamak santan pecah, mesti geramkan. Sebenarnya istilah ini merujuk pada santan yang digunakan sebati dengan kuah masakan. Hasilnya kuah lemak tidak cantik teksturnya dan kurang lemak, aroma santan juga tidak naik. Korang jangan bimbang, ini ada tip RASA kongsikan sebagai penyelesaian masalah santan pecah.
Gunakan Api Sederhana
Gunakan api sederhana sahaja kerana api yang besar boleh menyebabkan santan cepat pecah kerana kuah akan cepat mendidih dan letusan glembung kuah akan memecahkan santan. Biar lamat asal selamat.
Sentiasa Kacau
Cara ini mungkin ramai yang tahu, Pastikan anda sentiasa kacau terus menerus demi memastikan santan tidak pecah terutamanya apabila kuah mula mendidih. Tidak boleh menyambil dengan kerja lain atau berhenti mengacaunya.
Tambah Tepung Beras
Sebelum masukkan santan dalam masakan, campurkan santan dengan sedikit tepung beras, kacau rata supaya campuran tepung beras sebati dan larut sekata. Dengan cara ini kuah dapat bersatu dengan santan dengan lebih sempurna.
Masukkan Santan Cair Dulu
Ada beberapa jenis masakan yang menggunakan santan cair dan pekat. Di mana santan cair dimasukkan dahulu bersama bahan perencah dimasak atau ditumis hingga mendidih. Santan pekat dimasukkan di akhir masakan dan api perlu dikecilkan dan tetap perlu sentiasa dikacau.
Gunakan Santan Segera
Santan segera penyelesaian mudah untuk mengelakkan santan dari pecah tetapi aromanya tidak sama dengan santan segar, namun ia memastikan kuah lemak anda lebih sempurna. Apapun rasa tetap ditentukan oleh air tangan anda yang memasak.