Kalau ada anak anak di rumah, makanan memang kena sentiasa ada.Biasanya bila dah makan makanan berat, mereka mahukan jajan pula. Salah satu yang boleh kita buat adalah  coklat chip cookies.

Kalau nak buat cookies yang sedap ala ala jenama terkenal Famous Amos yang memang anak-anak suka boleh ikut cara yang dikongsi oleh Norhaidar ini. Bukan saja sedap, cara buat pun senang. Tak payah guna mixer pun.

Bahan-bahan:
250gm butter
1 1/2 cawan brown sugar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 1/2 cawan tepung (saya guna tepung Rose)
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
6 sudu minyak masak
Coklat cip
Badam cincang

Cara Buat Coklat Chip Cookies Yang Mudah, Sedap Macam Cookies Jenama Terkenal

 

IKLAN

Cara membuat:

  1. Satukan butter, brown sugar, telur dan esen vanila kemudian gaul guna spatula, tak perlu mixer.

2. Selepas adunan sebati masukkan tepung, tepung jagung, baking powder, soda bikarbonar dan secubit garam.

3. Gaul adunan hingga sebati, kemudian masukkan minyak masak. Gaul lagi.

IKLAN

4. Seterusnya masukkan coklat chip dan badam cincang. Gaul sebati dan simpan adunan dalam peti sejuk selama setengah jam.

5. Selepas satu jam keluarkan, ceduk agak-agak saiz sudu kecil (sudu KFC) dan susun jarak-jarak. Biarkan adunan kembang.

6. Kemudian bakar dalam oven guna api atas dan bawah, suhu 160 darjah Selsius selama 25 minit ikut kesesuaian oven masing-masing.

IKLAN

7. Sejukkan biskut yang dah masak dan simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.

Selamat mencuba.

Sumber: Norhaidar

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI