
Chili oil atau minyak cili memang sedap jika kita tambah dalam bubur, sup ayam mahupun cicah untuk dumpling sebagai penambah rasa dalam makanan. Ada caranya untuk membuat chili oil yang sedap, lebih-lebih lagi resipi asli dari negara asalnya China.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Ju Zue ini sebagai panduan. Memang sedap, pekat, likat, pedas dan wangi beraroma secukup rasa. Kalau suka makan makanan pedas, bolehlah cuba buat sendiri di rumah.
Resipi Chili Oil Sedap dan Wangi Beraroma
Chili oil by Cikju. Resepi asai dari poket Pocket Doraemon. Katanya resepi chili oil asli China. Tapi ada ubah sikit-sikit bahan. Sebab ada yang homemade punya bahan Cikju buat sendiri.
Resepi ni Cikju bahagi dua adunan. Sebab tak mahu banyak sangat.
Bahan-Bahan Cili
60gram Cili serbuk babas
40 gram Chili kisar/flakes/ground (yang ni cikju buat sendiri sebab yang ready made selalu banyak sangat biji)
25gram Kacang goreng hancur (yang ni pun cikju buat sendiri)
20 gram bijan putih (ini cikju sangai dulu. Resepi asal tak pasti sangai ke tidak)
gula
garam
Minyak masak (yang ni cikju agak-agak. Dalam resepi 100gram untuk gaul dengan cili tapi cikju suka pandai-pandai ja )

Bahan Minyak Beraroma
300gram minyak masak (ini cikju main agak sebab tak perasan resepi asal ada bagitau)
setengah ikat daun ketumbar
4 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2 batang/jambak daun bawang
4 keping bay leaf/daun salam
3-4 kuntum bunga lawang

Cara Membuat Chili Oil Supaya Tak Hangit
- Dalam satu bekas, campur cili serbuk, cili kisar, gula dan garam.

2. Masukkan minyak masak dan kacau-kacau hingga sebati dan basah.
3. Masukkan bijan putih dan kacang goreng hancur.

4. Dalam kuali lain panaskan minyak. Campur bahan-bahan minyak beraroma. Kacau sampai layu. Dah layu tapis bahan-bahan dan ambik minyak sahaja.

5. Campurkan 1-2 senduk minyak panas dalam bekas campuran cili tadi. Kacau, kacau, kacau. Kemudian campur lagi 1-2 senduk kali kedua. Dan kacau, kacau, kacau. Masukkan lagi baki minyak dan kacau, kacau, kacau sampai sebati.

Teknik memasukkan minyak panas secara berperingkat ini juga membantu campuran cili dan bahan-bahan lain sebati dengan minyak. Jangan terus tuang semuanya sekaligus. Pastikan juga bahan minyak beraroma tidak dimasak sehingga terlalu hangit kerana ia boleh menyebabkan rasa minyak menjadi pahit.
Ok siap!

Tip Chili Oil Lebih Sedap & Tahan Lama
Minyak dalam chili oil Cikju main agak je sebab first time buat. Dan tak perasan resepi asal ada bagitau jumlah minyak yang kena buh waktu nak masak tu. Dah buat baru perasan. Jadi dalam resepi atas Cikju letak jumlah betul dari resepi asal untuk memudahkan hampa buat.
Untuk penyimpanan pula, pastikan bekas yang digunakan bersih dan kering. Elakkan menggunakan sudu yang basah atau tercemar apabila mengambil minyak cili kerana kelembapan boleh menjejaskan kualiti dan jangka hayatnya. Untuk penyimpanan lebih selamat, simpan dalam peti sejuk selepas ia sejuk sepenuhnya.
Disebabkan resipi ini menggunakan bahan segar seperti bawang putih, bawang merah, daun bawang dan daun ketumbar ketika menghasilkan minyak beraroma, pastikan semua bahan tersebut ditapis dengan baik dan tidak dibiarkan berada di dalam minyak ketika disimpan.
Selain dumpling, minyak cili ini boleh dinikmati bersama bubur, sup ayam, mi, nasi, hidangan berkuah ataupun dijadikan pencicah. Rasa pedas daripada cili, ditambah pula aroma bunga lawang, daun salam, bawang dan daun ketumbar menjadikan rasanya lebih beraroma.
Anda mungkin berminat dengan
Selamat mencuba.
Semoga Bermanfaat!
RASA: Begini rupanya nak buat chili oil wangi beraroma resipi asli dari China. Boleh cuba nanti. Sedap makan dengan dumpling, bubur, sup dan sebagainya.
Sumber: Ju Zue
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA.

sekarang!
