Cara Buat Chicken Pie Sedap Gerenti Laku Keras

Share

Teringin chicken pie seperti di kafe? Boleh buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan ini. Intinya daripada cendawan dan ayam. Sangat sedap dan nak buat pun mudah je. Kalau nak buat jualan, memang laku keras.

CHICKEN PIE

Bahan-bahan:

  • 200gm isi ayam
  • Black pepper
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 biji bawang Holland (potong dadu)
  • 2 biji bawang putih (cincang)
  • 3 sudu teh tepung gandum
  • Sedikit air
  • 1 cawan kentang
  • Lobak merah
  • Shitake mushroom
  • Mixed herbs
  • Chicken Stock
  • Kacang peas
  • 1/2 cawan cooking cream/whipping cream/fresh milk

Cara memasak inti:
1.Panaskan minyak,masukkan 200gm isi ayam,black pepper, garam dan angkat.
2.Panaskan 2 sudu besar butter, masukkan ½ biji bawang Holland potong dadu, 2 biji bawang putih cincang, 3 sudu teh tepung gandum dan air sikit.
3. Masukkan 1 cawan kentang , lobak merah, shiitake mushroom dan air, mixed herbs ,black pepper ,garam, chicken stock, kacang peas, 1/2 cawan cooking cream/whipping cream/fresh milk.
4) Masukkan ayam tadi.

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 tepung gandum
  • 1 sudu besar gula icing
  • 200 gram butter
  • 1 biji telur gred A
  • 4 sudu besar air sejuk (dari peti sejuk)

Cara membuat:

1.Gaul rata tepung gandum dan gula icing .


2.Masukkan butter sejuk dan gaul rata.

3.Adunan akan menjadi macam ni. Kemudian masukkan telur.
4.Apabila dah gaul telur, masukkan air sejuk.

5.Adunan akan jadi macam ni tak melekat dekat tangan. Tutup dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam sebelum dicanai.

6.Kemudian canai kulit pie macam ni. Bulatan tu boleh guna cawan.

7.Masukkan dalam cup dan ratakan.

8.Isikan inti yang dibuat tadi.

9.Tutupkan bahagian atas. Tepi-tepi yang lebih tu kemaskan dan potong dengan pisau.

10. Tepi-tepi tu boleh kelim dengan garfu je.


11. Sebelum dimasukkan ke dalam oven.Sapu kuning telur tabur mixed herbs sikit. Suhu 200 darjah dalam masa 20 minit.
Kredit: Muliaidayu Ahmad

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN