Bulat kecil, bula besar, bulat semua… Kenapa comel sangat kejadiannya ni, terliur rasanyakan. Selalunya benda-benda yang bulat ni akan nampak comel di mata .. Jika berkunjung di Thailand, anda mesti akan melihat sejenis kuih berbentuk bulat-bulat ini, peluang seperti itu jangan sesekali dilepaskan kerana ia wajib cuba.
Kuih Bebola Keledek Manis memang sedap!. Teksturnya yang lembut dan sedikit kenyal. Jika anda melawat ke pasar malam di Cameron Highlands anda akan menjumpai cekodok ini. Rasanya yang sedap dimakan semasa panas-panas, memang terbaik! Pasti ramai yang tak sabar nak buat kan. Jom buat!
BEBOLA KELEDEK MANIS VIRAL
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan keledek oren – (rebus, lenyek baru sukat)
1/4 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung pulut
3/4 cawan tepung beras
1 sdt baking powder
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng
CARA-CARA:
Ads
Satukan kesemua bahan
Uli sehingga jadi doh
Bulat-bulatkan
Goreng sehingga masak dan kuning keemasan
Angkat dan hidangkan ketika panas. Siap!
* Jika suka kenyal lebihkan tepung pulut.
*Sesuai di hidangkan bersama kopi panas ketika sarapan pagi atau minum petang.
Kek lemon butter cheese oren, haa tu dia kek mentega keju berasa lemon dan oren. Berganda rasa zest dua buah citrus ni.
Paling best kek ni lembut dan senang mencair dalam mulut.Kek mentega plus keju memang super sedap lah kan Jom cuba resipi inovatif dan kreatif dari ZeeBasir ni.
1 cawan setengah tepung kek self rising diayak bersama 1 cawan tepung gandum.- (2 x diayak ya.)
CARA MEMASAK : 1. Campurkan bahan-bahan yang bertanda * pukul sampai kembang dan gebu. 2. Mula-mula pukul perlahan dalam mixer seterusnya laju sampai gebu. 3. Kemudian masukkan dua jenis susu tadi, sebatikan perlahankan kelajuan dan masukkan telur satu persatu, selang tiga hingga empat saat. 4. Masukkan separuh dulu tepung gandum berselang seli dengan parutan kulit lemon tadi dngan pukulan slow je…mati kan mixer dan tambah tepung yg selebihnya tadi kaup balik dengan spatula/senduk sahaja. 5.Sapu mentega pada acuan loyang dan lapik dngan baking paper. Tuang adunan ke dalam acuan tadi.
6.Panaskan oven 5 minit dulu suhu 180c. Kemudian turun kan suhu 170c. Bakar selama 45 minit api atas bawah. 7.Sementara nak tunggu oven tu panas, boleh hiaskan kek tu dngan hirisan buah lemon jika suka
Resipi dari perkongsian Mamadee, Bingsu merupakan alternatif pencuci mulut yang lebih sihat dan menyegarkan. Bingsu adalah hidangan dari Korea. Sebenarnya topping untuk Bingsu ini anda boleh pelbagaikan dengan pilihan buah-buahan masing-masing. Ada juga yang letakkan kacang merah dan mochi dalam Bingsu. Pendek kata, terserah kepada anda untuk bereksperimentasi dengan hidangan Bingsu ini. Selamat mencuba!
RESIPI BINGSU MANGGA & TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
3 cawan susu segar |yang dibekukan
1 sudu makan susu pekat manis
CARANYA:
Masukkan kedua-dua bahan ini ke dalam plastik zip bag seperti dalam gambar.
Baringkan plastik tersebut dalam fridge. Biarkan susu tersebut beku.
Setelah susu beku, keluarkan daripada zip bag tersebutdan masukkan kedalam food processor/pengisar untuk parut/ hancurkan susu segar beku tersebut.Setelah susu segar tersebut dah hancur, anda masukkan kedalam mangkuk (gambar seperti dibawah).
Masukkan separuh susu tersebut dalam mangkuk. Kemudian lapiskan dengan buah-buahan pilihan. Letakkan juga cereal seperti cornflakes setelah letakkan buah.
Kemudian penuhkan mangkuk dengan susu segar beku yang telah dihancurkan tadi. Hiaskan dengan buah-buahan pilihan.
Akhir sekali letakkan sedikit susu pekat manis di atas parutan susu segar tadi. Siap untuk dihidang.
NOTA: *Bingsu cepat cair, jadi pastikan anda terus makan setelah Bingsu disediakan
Tak sempat nak tonton Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 4? Atau akak-akak tak sempat nak salin resipi? Tak mengapa..Ini dia Rasa kongsikan 3 resipi yang dikongsikan oleh Adam Didam dan Aunty Aini dalam Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 4, iaitu Pâté Hati Ayam (Pai), Kari Udang dan Biskut Cheesecake.
Dalam periuk, tumis minyak zaitun bersama mentega.
Tumis bawang besar dan bawang merah yang dipotong dadu sehingga wangi.
Masukkan bawang putih dna daun salam.
Dalam masa yang sama, potong serong roti Perancis untuk dibakar.
Dalam periuk yang menumis bawang, masukkan hati ayam yang telah dikisar.
Tambah daun rosemary dan daun basil yang diracik halus.
Tambah garam dan serbuk lada hitam.
Masak hati ayam.
Hidang hati ayam yang telah dimasak kedalam mangkuk.
Cairkan mentega di dalam periuk berasingan.
Kemudian, curahkan keatas hati ayam yang telah siap.
Keraskan hati ayam agar menjadi seperti mentega.
Bakar roti sehingga keras dan kekuningan.
Letak roti yang telah siap dibakar ketepi.
Siap untuk dihidang.
2. KARI UDANG
BAHAN-BAHAN:
Udang
1 Biji Nenas
4 Batang Kacang Panjang
2 Biji Kentang
6 Biji Bende
1 Batang Lobak Merah
2 Pek Kecil Rempah Kari Ikan
1 Pek Kecil Rempah Halba Campur
1 Inci Halia
10 Biji Bawang Merah
1 Labu Bawang Putih
3 Tangkai Daun Kari
1/2kg Santan
Asam Jawa
Garam
Daun kari
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan daun kari dan herba campur.
Tumiskan halia dan bawang merah, kemudian masukkan bawang putih.
Setelah wangi dan kekuningan, masukkan serbuk kari.
Kacau hingga rata, kemudian masukkan sedikit air.
Dalam masa yang sama, kisarkan kepala parut, dan tapis serdak kelapa.
Masukkan lobak merah dan kentang kedalam periuk.
Tambahkan sedikit air jika perlu dan tumis hingga masak.
Setelah lobak dan kentang lembut, masukkan santan.
Setelah menggelegak, masukkan nenas, tomato dan air asam jawa.
Tambahkan garam kedalam masakkan.
Masukkan udang, kacang panjang dan bende.Tutup periuk sehingga hidangan masak.
Siap untuk dihidang.
3. BISKUT CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN:
120g Biskut Digestive
140g Tepung Serbaguna
1 ½ Sudu Kecil Soda Bikarbonat
115g Mentega
100g Gula Perang
1 Biji Putih Telur
85g Krim Keju
1 Biji Kuning Telur
½ Sudu Kecil Jus Lemon
55g Gula
Beri Biru Segar
Gula Aising
CARA PENYEDIAAN:
Mesinkan mentega, gula perang dan telur putih sehingga sebati.
Kisar biskut sehingga halus dan masukkan ke dalam mangkuk mentega yang telah dipukul.
Tambahkan tepung dan serbuk penaik. Mesin rata.
Gentel adunan bersaiz kecil ke atas dulang pembakar yang beralas kertas pembakar.
Buat lekuk pada adunan dengan menggunakan sudu yang disapu sedikit tepung.
Mesin krim keju sehingga lembut, dan tambahkan jus lemon bersama kuning telur.
Masukkan gula dan mesin rata.
Sudukan acuan ke atas adunan yang telah dilekuk.
Bakar pada suhu 180’C selama 12minit.
Letakkan beri biru di atas biskut dan taburkan sedikit gula aising.
Siap untuk dihidang.
Jangan ketinggalan untuk saksikan Program Rasa: Ketuhar Kuali episod ke lima minggu hadapan ya. Gabungan karektor Aunty Aini dan Adam yang mesra dan bersahaja di kaca televisyen pasti akan menghiburkan para penonton. Dan yang pasti mereka akan berkongsi pelbagai resipi menarik dan tips memasak sepanjang 13 episod program masakan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali ini yang akan disiarkan setiap Isnin jam 12 tengah hari hanya di Saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.
Nak buat minyak bijan sendiri di rumah? Jom cuba resipi minyak bijan homemade yang wangi, mudah dan tahan lama. Guna dua bahan sahaja tapi hasilnya setanding minyak bijan asli!