Cara Buat Apam Pisang Gebu, Makan Satu Mesti Tak Cukup

Share

Apam pisang ni memang sedap. Kalau makan satu je mesti tak cukup. Nak beli pun agak mahal, lebih baik buat sendiri di rumah. Pastinya lebih gebu dan sedap. Bahan yang digunakan pun ringkas dan tidak susah. Jom kita cuba buat apam pisang menggunakan resipi oleh saudari Junainah Borhan.

APAM PISANG GEBU

 

BAHAN-BAHAN:

  • 8-10 biji pisang
  • 2 cawan tepung gandum – beli online DISINI
  • 1 cawan gula – beli online DISINI
  • 1 cawan minyak masak – beli online DISINI
  • 3 biji telur
  • 1 susu yis mauripan – beli online DISINI
  • 1 sudu garam – beli online DISINI
  • 1 sudu esen vanilla – beli online DISINI

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Kisar pisang, gula, telur, esen vanilla dan garam hingga hancur. Asingkan ke dalam bekas.

 

2. Masukkan tepung dan yis mauripan. Kacau hingga sebati. Masukkan minyak dan kacau lagi sehingga rata.

 

3. Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam acuan dan susun di dalam periuk kukus. Kukus selama 10 hingga 15 minit.

 

4. Siap! Bolehlah nikmati dengan tenang.

 

Kredit resipi & foto: Junainah Borhan

 

Anda mencari STEAMER POT? Boleh dapatkan secara online  DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN