Makan

Cara Buat Almond London Matcha, Barulah Lain Sikit

Share

Sebut almond london semua terbayang perkara yang sama. Biskut raya yang disalut dengan coklat bersama taburan kacang dalam cawan kertas.

Apa kata tahun ini kita buat sedikit kelainan, kita hidangkan pula almond london matcha. Boleh jadi ini biskut raya paling laris tahun ini. Cara membuatnya Che Pah Che Gu.

Bahan-bahan:

125 gram mentega (Anchor)
250 gram marjerin
1/4 tin susu pekat
1/2 cawan gula aising
1 biji telur.
1 sudu makan tepung jagung
Tepung gandum secukupnya
160 gram coklat putih
2 sudu makan serbuk matcha/green tea
Badam – dibakar

Cara membuat

1. Satukan mentega, marjerin, susu pekat dan gula aising. Kacau sehingga sebati.

2. Selepas sebati masukkan telur dan tepung jagung. Gaul sehingga rata.

3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit mengikut kesesuian doh.

4. Kemudian, bolehlah bentukkan. Leperkan doh dan masukkan badam yang sudah dibakar. Bentuk ikut cita rasa.

5. Susun doh yang sudah dibentuk di dalam loyang. Bakar selama 20 minit pada suhu 170°C dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

6. Biarkan biskut sejuk.

7. Dalam pada itu sediakan coklat untuk salutan. Caranya cairkan coklat putih menggunakan kaedah double boil. Jangan tambah bahan-bahan lain.

8. Bila sudah cair sepenuhnya, masukkan serbuk matcha atau green tea.

9. Gaul sebati dan celupkan biskut yang sudah dibakar tadi.

10. Akhir sekali, tabur sedikit badam hancur sebagai hiasan.

Sumber: Che Pah Che Gu

 

IKLAN