Makan

Cara Betul Simpan Bawang Jika Beli Dalam Jumlah Yang Banyak Supaya Tak Cepat Busuk

Share

Simpan bawang pun kena tahu cara yang betul terutama jika bahan masakan ini dibeli dalam jumlah yang banyak.

Jika salah simpan bawang ini akan cepat busuk. Dah tentu rugi tambah pula sekarang harganya pun dah mahal.

Supaya stok bawang yang kita beli tahan berminggu-minggu, tak cepat busuk ini cara betul untuk simpan bawang baik bawang segar, bawang yang dikupas atau yang dikisar.

Bawang segar

  • Jangan simpan dalam peti sejuk.
  • Cara simpan bawang yang betul adalah dengan meletakkannya di tempat yang terbuka dan kering.
  • Boleh letak di dalam raga berlubang yang ada pengaliran udara.
  • Jangan letak bawang di tempat tertutup, gelap, serta lembap.
  • Elak simpan bawang merah bercampur bersama dengan sayur lain, kerana boleh buat bawang cepat busuk.

Bawang dikupas

  • Cara simpan bawang merah atau bawang putih yang telah dikupas perlu lebih cermat kerana ia lebih mudah rosak.
  • Jangan basuh lepas dikupas kerana kelembapan boleh menyebabkan bawang lembik dan cepat rosak.
  • Simpan dalam peti sejuk tapi pastikan bawang dikupas dalam bekas yang kedap udara agar tidak dicemari oleh bahan makanan lain dalam peti sejuk.

Bawang kisar

  • Sama seperti menyimpan bawang dikupas ia perlu disimpan dalam peti sejuk.
  • Boleh letakkan sedikit garam supaya tidak berkulat.
  • Boleh juga disimpan daalam freezer untuk tahan lebih lama.

Sumber : Artikel ini olahan dari Vanilla Kismis

IKLAN