
Lala merupakan salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Namun jika salah cara cuci, pasir dan kotoran tak hilang. Ada caranya untuk membersihkan lala, agar lala benar-benar bersih sebelum dimasak. Ikut trik ini.
Ramai yang tidak tahu bahawa cara bersihkan lala sebenarnya sangat penting sebelum proses memasak. Jika tidak dibersihkan dengan betul, pasir yang tertinggal boleh merosakkan rasa hidangan dan pengalaman makan.
Bahan Diperlukan:
1 kg Lala
4-5 batang cili padi
2 sudu garam
1.Mula-mula, masukkan lala ke dalam besen. Tambah air hingga menutupi lala.
2.Kemudian, masukkan garam dan beberapa biji cili padi yang telah ditumbuk atau diketuk. Garam membantu proses pembersihan manakala cili padi bertindak sebagai bahan rangsangan semula jadi.
3.Kacau sebati dan biar lala direndam selama 5 hingga 15 minit. Dalam tempoh ini, cili padi akan bertindak balas membuatkan lala terbuka sendiri dan memuntahkan keluar lumpur serta pasir.
Dalam cara bersihkan lala ini, cili padi memainkan peranan penting kerana sifat pedasnya merangsang lala untuk membuka cengkerang. Apabila cengkerang terbuka, kotoran yang terperangkap di dalam akan keluar dengan lebih mudah.
Teknik ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah lebih efektif berbanding hanya merendam lala dengan air biasa sahaja.
4. Akhir sekali, buang air rendaman dan bilas lala dengan air bersih beberapa kali sebelum dimasak. Pastikan proses bilasan dilakukan dengan teliti supaya semua sisa lumpur benar-benar hilang. Ini adalah langkah penting dalam memastikan cara bersihkan lala dilakukan dengan sempurna.
Siap! Cara ini sangat berkesan untuk memastikan lala bersih, tidak berpasir, dan cengkerang terbuka.
Cili padi dapat merangsang lala membuka cengkerang dan mengeluarkan kotoran atau lumpur dengan cepat. Selain itu, penggunaan bahan dapur biasa menjadikan cara bersihkan lala ini sangat praktikal untuk semua orang.
Kaedah ini juga sesuai digunakan sama ada anda ingin memasak lala goreng, masak lemak, atau sambal lala.
Untuk hasil yang lebih optimum, anda boleh ulang proses rendaman sekali lagi jika lala terlalu kotor. Selain itu, pilih lala yang masih segar kerana ia lebih mudah dibersihkan menggunakan cara bersihkan lala
ini.Elakkan menggunakan air panas kerana ia boleh menyebabkan lala mati sebelum sempat mengeluarkan pasir. Air suhu bilik adalah pilihan terbaik.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda tidak perlu lagi risau tentang lala berpasir. Teknik ini terbukti mudah, cepat, dan sangat berkesan.
Selamat Mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA