Nak makan pisang goreng homemade? Ini cara bancuh tepung beras yang mudah dan dijamin menjadi. Petang-petang begini, memang sedap kalau makan pisang goreng atau cempedak goreng. Tepung salut rangup ditambah pula dengan pisang dan cempedak yang manis. Memang terbaik! Nak cuba? Guna tepung beras dan beberapa bahan mudah je. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Suriati Abd Aziz ni. Memang terbaik!
CARA BANCUH TEPUNG UNTUK MASAK PISANG, CEMPEDAK GORENG & IKAN CELUP TEPUNG
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus tepung beras cap gajah
5 sudu makan tepung ubi
2 biji telur – dipukul
2 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu teh garam
2 sudu makan gula
Sedikit air kapur
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan diatas dan tuang air sedikit demi sedikit sambal dibancuh.
2. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adunan terbaik adalah yang mempunyai tekstur sedikit pekat supaya pisang / cempedak mudah disalut tepung.
Ads
3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng hingga garing dan kekuningan.
Sedapnya Risoles Ragout Ayam ni. Sangat sesuai dijadikan sajian kudapan di waktu lapang atau hidangan minum petang. Terdapat pelbagai resipi Risoles yang intinya dipelbagaikan. Salah satunya yang sedap dan mudah ialah resipi yang dikongsi oleh Opah Mas Cotek. Kena dengan selera orang Malaysia. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MASAK RISOLES RAGOUT AYAM
BAHAN RISOLES: 2 cawan tepung gandum 2 cawan santan 1 ½ cawan air 1 biji telur 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan kisar hingga sebati. 2. Panaskan kuali dan masukkan 1 senduk adunan. Lenggang @ dadar hingga rata. Prosesnya seakan membuat kulit Kuih Ketayap. 3. Biarkan seketika hingga adunan masak. Tidak perlu balikkan. Buat sehingga semua adunan habis. 4. Ambil sekeping risoles, masukkan inti dan gulung dengan kemas. ( seperti Kuih Ketayap). Lakukan hingga habis.
CARA MENYALUT: 1. Celup Risoles yang telah digulung tadi ke dalam bancuhan telur. 2. Kemudian salut pula dengan bread crumb hingga rata. 3. Panaskan minyak masak dan goreng Risoles hingga kuning keemasan.
BAHAN INTI: 1 biji bawang holland – cincang 2 ulas bawang putih – cincang 1 cawan isi ayam cincang 1 batang lobak merah – dadu halus 1 tongkol jagung – hiris 1/2 cawan cendawan butang – dadu 4 sudu makan tepung gandum Sedikit daun bawang – hiris Garam, serbuk lada sulah dan kiub pati ayam secukup rasa 2 sudu makan mentega Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan mentega dan tumis bawang holland serta bawang putih hingga wangi. 2. Masukkan air dan biarkan mendidih. 3. Tambahkan ayam, lobak merah, cendawan dan jagung. Kacau sebati. 4. Masukkan tepung gandum. Sebatikan supaya tidak berketul. 5. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah dan kiub pati ayam. Masak hingga pekat. 6. Akhir sekali, masukkan hirisan daun bawang. Sejukkan inti terlebih dahulu sebelum diletakkan pada doh risoles.
Kalau minum kopi, roti kering homemade ni memang padanan yang sedap tak terkata. Biasanya kita beli je di kedai runcit. Tetapi lepas ni, apa kata buat sendiri je menggunakan resipi dari saudari Suzie Maswar kerana caranya sangat mudah dan tidak mahal. Kalau ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh, dari dibiarkan berkulat, bolehlah buat roti kering begini. Jimat kan? Krup..krup rangup. Memang layan! Jom lihat cara-cara membuat roti kering ni.
CARA-CARA BUAT ROTI KERING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic
Mentega | boleh juga guna marjerin
Gula
Sudu/ pisau untuk sapuan mentega dan gunting untuk potong roti
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti dan sapukan marjerin di kedua-dua permukaan roti. Taburkan gula secukupnya.
2. Potong roti mengikut saiz yang anda gemari. Guna gunting untuk lebih mudah.
3. Susun kepingan roti di dalam dulang pembakar.
4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit. Guna api atas bawah.
5. Keluarkan roti dan sejukkan.
6. Simpan di dalam balang kedap udara.
Nota: Waktu membakar berlainan bagi setiap ketuhar. Oleh itu kena selalu jengah roti anda bagi mengelakkan ia hangus.
Bila musim PKP begini, mak-mak pasti pening nak sediakan makanan kudapan untuk anak-anak. Jangan risau, buat sahaja resipi cornsosej cheese ini yang sangat mudah. Budak-budak pasti suka kudapan yang ada cheese kan.
Resipi ini hasil perkongsian saudari Siti Nornaim Keng, pasti membuatkan anak-anak bertambah sayang pada anda!
1.Satukan semua bahan kecuali sosej dan cheese dalam bekas. Masukkan air sedikit demi sedikit. 2.Bancuh adunan jangan terlampau cair. Kena agak pekat sedikit. Perap sehingga adunan kembang. Ketepikan.
3. Sementara itu, sosej dan cheese yang sudah dipotong, dicucuk pada batang lidi secara berselang-seli. Kemudian, salutkan dengan adunan tadi.
4.Lepas salut sosej dengan adunan ini, sediakan serbuk roti putih. Golek-golek manja saja. Kemudian goreng sampai kekuningan dengan menggunakan api sederhana saja.
Resipi sup ikan jenahak ini sesuai dihidangkan bila teringin menghirup sup panas. Tambah pula kalau cuaca hujan atau mendung, lagi berselera makan lauk sebegini.Cara...