Pau kampung atau pau homemade ni memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kini, tak perlu pun beli kerana anda boleh hasilkan sendiri pau sedap pelbagai inti secara homemade. Caranya sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mawar Berduri. Pasti puas hati.
RESIPI DOH PAU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan susu pekat manis
5 sudu makan minyak masak
½ paket yis (mauripan) – campur dengan satu cawan air. Kacau dan tunggu hingga naik buih
Inti pilihan secukupnya – inti kacang merah ( boleh beli di kedai bahan bakeri)
Ads
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, susu pekat manis, minyak masak dan bancuhan mauripan. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
2. Rehatkan doh dalam bekas bertutup dan biarkan selama 30 minit.
Ads
3. Bila cukup masanya, ambil doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Bulatkan doh dan letak inti kacang merah dengan secukupnya. Lapik dengan kertas minyak supaya tidak melekat pada periuk.
4. Susun pau tadi di dalam periuk kukusan dan kukus selama 4 minit.
Ads
5. Untuk adunan ini, boleh dapat 15 biji pau.
INFO RASA: Selain inti kacang merah, anda juga boleh guna inti coklat, kaya, kastad, kentang, daging, sambal bilis atau sardin. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Hidangan kuih Melayu punyai ramai penggemarnya. Jika beli mungkin tidak sesedap atau mengikut citarasa anda. Apa kata membuatnya sendiri. Lebih puas rasanya dan buatnya pun mudah.Jika ada yang nak mencuba, dikongsikan resipi membuatnya.
Bingka Tepung Gandum
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 cawan air pandan
4 cawan santan pekat
5 biji telur
3 sudu marjerin
Garam secubit
2 titik pewarna hijau
Cara membuat:
1.Kisar bahan hingga sebati,sampai tak berketul-ketul.
2.Sapukan loyang dengan sedikit marjerin supaya tak melekat,Masukkan loyang ke dalam oven sekejap,bila sudah panas loyang tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.
3.Jika suka tabur lah bijan,bakar 1 jam pada suhu 180C hingga masak menggunakan api atas bawah,bila dah masak separuh tukar dengan api bawah sahaja dalam 15 minit.
Sedapnya Puding JagungKampung simple perkongsian saudara Salman Rahim ni. Bahan-bahannya sangat mudah dan ringkas. Memang tak renyah cara penyediaannya. Jom cuba! Semestinya hidangan ini sangat enak dinikmati bersama keluarga. Pasti puas hati.
CARA MEMBUAT PUDING JAGUNG KAMPUNG YANG SEDAP, MUDAH & SIMPLE
Kali ini majalah RASA ingin tampilkan resipi kuih buah Melaka namun menggunakan labu. Pasti terbit cita rasa yang berbeza dengan buah Melaka yang biasa dimakan.
KUIH BUAH MELAKA LABU
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung pulut
1 cawan labu (kukus dan lenyekkan)
1/4 cawan air
Gula Melaka secukupnya (potong kecil-kecil)
1/2 cawan kelapa parut
1/2 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Gaul tepung pulut dan labu lenyek. Hanya tambahkan air jika perlu.
Labu yang telah dilenyekkan selepas dikukus.
2. Uli sehingga adunan sebati.
Doh yang siap diuli.
3. Bulat-bulatkan doh dan leperkan sedikit.
4. Letakkan gula Melaka yang telah dipotong. Bungkus kemas-kemas.
Doh dileperkan sedikit dan diletakkan gula Melaka di atasnya. Kemudian bungkus kemas.
5. Didih air bersama daun pandan.
6. Selepas air mendidih, masukkan doh yang telah diisi gula Melaka tadi.
7. Jangan dikacau. Tunggu sahaja sehingga doh timbul.
Tunggu sehingga timbul.
8. Angkat dan toskan.
9. Gaul kelapa parut dengan sedikit garam.
10. Kemudian gaulkan kelapa parut tadi kepada buah Melaka.
Selamat mencuba!
Norazizah Ruslan ialah Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.