Butir Nako Ni Sedap Dimakan Sejuk, Lemak Manis Rasanya

Share

Teringin lama nak buat butir nangka ni sesuai untuk minum petang.Masak tengahari, simpan dalam peti dahulu. Nikmat bila dimakan sejuk memang puas hati makan.

BUTIR NAKO

Bahan-bahan:
 1 cawan tepung pulut
 2 sudu besar tepung gandum


Secubit garam halus
Air, dituang sedikit demi sedikit
Setitik perwarna kuning

Cara membuat:

1.Campurkan semua sekali dan uli sehingga menjadi doh.
2.Cubit sedikit doh dan gentel membujur.
3.Rebus di dalam air yang sedang mendidih.
4.Sehingga butir nangka timbul, angkat dan rendam di dalam air sejuk seketika.

Cara membuat kuah:

1.Masukkan setengah cawan air, 3 sudu besar gula putih, 2 ikat daun pandan.


2.Biarkan mendidih dan gula cair.

3.Masukkan sedikit halba.

 

4.Masukkan 3 sudu besar bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

5.Masukkan tepung butir nangka.

6.Gaul sebati. Siap.
7.Boleh simpan di dalam peti untuk dimakan sejuk-sejuk.

Kredit: Zurina Zulkefli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN