Makanan

Resipi Buko Pandan Filipina Sedap, Alang-Alang Buat Biar Puas Hati Banyak Isi!

Share

Buko Pandan merupakan antara pencuci mulut yang cukup popular berasal dari Filipina. Alang-alang nak buat Buko Pandan ni biar puas hati, boleh letak macam-macam bahan ikut citarasa sendiri. Memang lebih jimat dan berbaloi berbanding beli. Nak buat pun mudah je.Makan pulak tu sejuk-sejuk waktu cuaca panas, memang melegakan tekak.

Boleh cuba pencuci mulut sedap Buko Pandan yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ini sebagai panduan;

Buko Pandan Filipina. Kiub jeli pandan berenang dalam mulut. Buah longan tu tukar ke buah laici tin lagi sedap sebenarnya dan pastikan jangan ambil airnya. Alang-alang buat biar puas hati itu banyak isi masukkan. Simpan dalam peti tahan 3-4 hari. Enak dinikmati ketika cuaca panas.

Bahan-Bahan:

1 pekat agar-agar serbuk perisa pandan masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan
1 cawan teh biji sagu
1 sudu kecil coconut Pandan Emulco
1 tin krimer sejat cair jika kurang kuah boleh lebihkan
1 cawan teh whipping cream non diary pukul tak perlu sampai kembang
1 cawan air gula ikut manis yang disukai
1 mengkuk isi kelapa
1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa ambil isinya sahaja
Ais secukupnya
Buah logan jika suka. Sebenarnya bubuh buah laici yang tin lagi sedap dari mata kucing dan pastikan jangan masuk air laici.
Setengah cawan biji selasih yang telah kembang (rendam dalam air panas)

Cara Membuat:

1. Masak agar-agar dahulu, masukkan daun pandan dan biarkan keras dalam bekas.


2. Kemudian, sagatkan agar-agar tersebut.


3. Satukan semua bahan isi dan kuah dalam bekas besar. Masuk ais dan buah longan dahulu.


4. Diikuti, agar-agar, isi kelapa dan nata de coco.


5. Masukkan bahan-bahan yang lain dan seimbangkan rasa manis lemak berkrim ikut selera.

Siap.

*Cara Masak Sagu Berbintil Cantik Tanpa Melekat

1.Didihkan air. Air betul-betul menggelegak baru masukkan Sagu dalam periuk dan air mesti lebih dari sagu.Sesekali kacau untuk elak dari sagu berketul.


2.Setelah Sagu bertukar jernih iaitu warna putihnya dah hilang angkat periuk dan tuang Sagu dalam penapis lalu bilas dengan air biasa untuk buang kanjinya. Pastikan guna bakul jaring halus supaya Sagu tidak terkeluar.


3.Simpan Sagu dalam bekas dan tuang Air sejuk hingga menutupi Sagu tutup kemas Simpan dalam peti tahan 1-2 minggu. Buat cara ni dan sagu cantik berbiji tidak melekat.

Selamat mencuba!

RASA:Sedapnya buat pencuci mulut Buko Pandan Filipina ni. Dah alang-alang buat, biar sampai puas hati, boleh letak macam-macam bahan ikut citarasa sendiri. Memang lebih jimat dan berbaloi.

Sumber:Aisyah Humaira

Published by
Suhaidah Abd Wahab