Buko Pandan Ni Makan Sejuk Memang Nikmat Rasanya

Share

Bila cuaca panas, tekak teringin nak makan yang sejuk-sejuk. Selain ais krim teringin pula buko pandan yang lemak manis. Jom lah kita buat. Simpan dalam peti sejuk memang nikmat rasanya.

 

DELICIOUS BUKO PANDAN

Bahan *Untuk kuah :

  • 1 tin susu sejat
  • 1 tin susu pekat
  • 1 kotak santan kotak
  • 1 cawan air kelapa muda*optional nak letak atau tak nak
  • Secubit garam halus

Cara membuat:

1.Satukan semua ni, kacau rata.

*Untuk bahan kering:

  • 1 paket agar-agar kering
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 simpul daun pandan
  • 2 sudu besar gula

Cara membuat:

1.Masak agar-agar, sejukkan dan potong ikut cita rasa.

Isi kelapa muda (dalam 3 biji kelapa muda)

Masak sagu sehingga jernih, sejukkan.

1 tin jagung *optional sebagai hiasan je. jangan guna jagung krim

Cumi/Nata decoco *optional

Cara penyediaan:

1.Satukan bahan kering dengan kuah, simpan dalam fridge makan sejuk-sejuk memang sedap.

Kredit: Rara Zabidin

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN