Daging lembu bila dilapah, bukan dagingnya sahaja sedap dimasak. Malahan bahagian lain termasuk organ dalamannya turut jadi kesukaan.
Limpa, babat atau perut, daging tetel dan daging tulang rusuk memang terlajak sedap bila dihidangkan , tak payah tunggu Raya dah. Cubalah resipi ini nanti
DAGING TETEL DENGAN REBUNG MASAK LEMAK CILI PADI
.
BAHAN-BAHAN :
600 gm daging tetel lembu
4 batang serai | dititik
1 liter santan
200 gm rebung buluh | dibasuh bersih dan rebus separa empuk
3 asam keping
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
300 gm bawang merah
100 gm kunyit hidup
200 gm cili padi
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam periuk/kuali dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan air sehinga mendidih.
3. Setelah itu masukkan kunyit hidup, cili padi, serai, bersama daging tetel dan juga rebung.
4. Selepas itu masukkan asam keping, daun kunyit, daun limau purut dan santan.
5. Biarkan ia betul-betul masak dan empuk hingga mendidih.
6. Setelah kuah menjadi pekat, kecilkan api dan biarkan mereneh dengan api yang kecil seketika, kacau kuah dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Lauk sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 8 orang makan Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Lauk utama Keistimewaan : Rebung atau tunas buluh ini tinggi kandungan fiber dan enak Anggaran kos :RM 23
INFO CHEF : Masak lemak cili padi biasa juga dimasak tanpa menumis bahan kisar. Masukkan terus dalam santan.
2. DALCA TULANG RUSUK
.
BAHAN-BAHAN :
IKLAN
1 kg tulang rusuk lembu | direbus dahulu
300 gm kacang dhall | direndam dahulu
30 gm halba campur
5 gm daun kari
500 ml santan
200 gm serbuk kari ikan | tambah sedikit air jadikan pes
200 gm serbuk kari daging | jadikan pes
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
200 gm bawang merah
100 gm bawang putih
200 gm halia
Bahan sayur-sayuran :
300 gm lobak merah | dipotong kecil
200 gm kacang panjang | dipotong
5 biji ubi kentang | dibelah baji
300 gm kubis bunga
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali/periuk. Tumiskan bahan -bahan dikisar bersama daun kari, halba campur hingga naik bau.
2. Masukkan pes kari ayam dan ikan dan tumis sekali hingga pecah minyak.
3. Masukkan kacang dhall yang telah direndam, tulang rusuk dan juga sedikit air.
4. Biarkan seketika dengan api sederhana dan kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, kacang panjang. Kemudian masukkan kubis bunga. Biar mereneh dengan api kecil.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan pula santan. Kacau sekali sekala
7. Sajian sedia dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang makan Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Lauk utama Keistimewaan : Tulang rusuk memberikan rasa kuah yang lebih sedap Anggaran kos : RM 40
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi impit, ketupat dan juga nasi.
3. ASAM PEDAS EKOR
.
IKLAN
BAHAN-BAHAN:
300 gm Ekor Lembu|rebus dahulu
100 gm bawang merah |kisar
100 m kunyit Hidup |kisar
100 gm cili kering |kisar
50 gm bawang putih |kisar
50 gm lengkuas |kisar
2 batang serai |kisar
1 batang Bunga Kantan
4 tangkai Daun kesum
5 biji tomato
200 ml Asam Jawa
50 gm Belacan |Dibakar
30 gm Serbuk Jintan Putih
30 gm Serbuk Jintan Manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tumiskan bahan ikisar sehingga naik bau wangi
2. Kemudian masukkan cili kering dan serai
3. Masukkan ekor dan masak sampai lembut
4. Masukkan asam jawa,serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,belacan
5. Akhir sekali masukkan garam,tomato,bunga kantan dan tomato
Jumlah hidangan : 5-6 orang. Masa memasak : 20 minit. Cara memasak :Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk Pauk
Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi
Anggaran Kos : RM20
GULAI BABAT DAN REBUNG
.
BAHAN-BAHAN :
500gm babat lembu atau perut | cuci dan toskan, rebus hingga empuk
5 batang serai, | dititik
2 keping asam gelugor
1 cawan rebung jeruk | cuci dan toskan
500ml pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :
20 biji cili padi kampung
1.5 sm inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
CARA MEMASAK :
IKLAN
Babat dimasukkan ke dalam periuk, bersama bahan kisar halus, serai dan asam gelugor, gaul rata dan masak sekejap.
Masukkan air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga babat sedikit lembut . Masukkan rebung, gaul rata dan masak lagi.
Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau selalu. Masak hingga babat lembut.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 hingga 20 minit
Cara memasak : Rebus dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Babat yang kenyal memang sedap berganda dimakan dengan rebung
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Basuh babat dengan air kapur untuk hilangkan lagi bau hanyir.
Kredit resipi : Chef Asmar, UNITAR
KERUTUK LIMPA
.
BAHAN-BAHAN :
500gm limpa
Santan pekat dari 1 biji kelapa
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Bahan dikisar :
2.5sm halia
2.5sm lengkuas
10-15 biji bawang merh
3 ulas bawang putih
1 peket kecil rempah kerutuk
Bahan ditumis :
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawing
1.5sm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar | dihiris halus
1.5sm halia | dihiris halus
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan limpa dan biarkan limpa itu separuh masak.
Kemudian masukkan santan, kacau sebati dan perasakan dengan garam dan gula.
Perlahankan api dan biarkan mereneh hingga pekat.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 20 – 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa limpa seakan hati lembu tetapi teksurnya lebih lembut
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Memandangkan rasanya sedikit kenyal. Ia sesuai dimasak rendang, kerutuk atau masak hitam yang mengambil masa panjang dan api perlahan.
Kredit resipi : Chef Asma, UNITAR
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Tulang sedap dimasak sup. Namun jika dah jemu, boleh cuba masak Singgang Tulang cara orang Kelantan. Bahan-bahannya sedikit berbeza dengan resipi Singgang Ikan namun rasanya sangatlah sedap sehinggakan anda tak mampu melupakannya. Gitu… Bagi anda yang nak cuba, Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI SINGGANG TULANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2kg tulang
2 keping asam gelugur
BAHAN KISAR:
1 tangkai cili kering
2 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
BAHAN DIMAYANG:
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
BAHAN TUMBUK:
1 sudu makan ketumbar
BAHAN PERASA:
1 sudu makan garam
1/3 keping manisan kecil atau gula melaka
1 sudu teh perencah secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan tulang dan toskan airnya.
2. Masukkan air ke dalam periuk. Kuantitinya agak-agak sahaja dan bersesuaian dengan tulang yang dimasak. Didihkan.
3. Kemudian tuangkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Kacau sebati.
4. Masukkan pula bahan yang dimayang dan tumbuk. Kacau lagi.
5. Masukkan juga dua keping asam gelugur.
6. Tambahkan bahan-bahan perasa dengan secukupnya. Semua bahan-bahan boleh disesuaikan mengikut cita rasa dan kuantiti kuah.
7. Masak sehingga daging dekat tulang empuk. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba.
Ayam masak merah ni sememangnya hidangan kegemaran seisi keluarga. Makan dengan nasi putih atau nak special sikit buat Nasi Tomato dan jelatah, complete lah hidangan makan malam atau siang anda sekeluarga.
Bagi yang suka pedas, boleh tambah cili padi dalam masakan. Makan macam ni memang boleh buat suami dan anak-anak makan bertambah.
Tak perlu tunggu hari minggu atau majlis istimewa untuk memasak ayam masak merah, hari biasa pun boleh kerana ia mudah dan senang untuk dimasak.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – digaul garam dan kunyit, digoreng hingga masak
5 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 biji bawang besar – dimayang bulat
1 biji cili merah – diambil kulitnya dan dihiris memanjang
1 batang serai – dititik
BAHAN TUMBUK:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
(bahan menumis kalau lagi banyak, lagi sedap)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan bahan tumbuk dan serai, tumis hingga wangi.
3. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
6. Masukkan bawang besar, cili merah dan ayam goreng. Kacau rata dan masak hingga bawang besar dan cili layu. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Menikmati manisan di akhir hidangan seolah-olah satu pelengkap yang memuaskan. Sebab itu, kebiasaannya hidangan manisan seperti aneka bubur dan pengat manis sering menjadi pilihan ramai pada akhir hidangan termasuklah ketika berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Apa kata anda cuba aneka manisan seperti bubur dan pengat yang mudah disediakan ini. Buat sendiri lebih jimat dan dijamin bersih.
KOLEKSI RESIPI MANISAN HOMEMADE PALING MUDAH BUAT UNTUK BERBUKA
1. BUBUR BEBOLA PULUT BERSAGU BERSAMA KELADI
BAHAN BEBOLA PULUT: • 100gm tepung pulut • 50gm kelapa parut • 30gm gula merah/melaka • Sedikit air • Garam secukup rasa • 1 sudu makan minyak masak • 1 sudu teh tepung jagung
BAHAN UNTUK DOH: • 1 helai daun pandan • 100gm keladi yang dipotong dadu serta direbus • 1/2 sudu teh garam
UNTUK KUAH: • 250gm santan pekat • 100gm gula pasir • 50gm sagu mata ikan yang telah dibasuh dan ditoskan airnya • 650ml air untuk merebus
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat inti kelapa; Campurkan kelapa parut, minyak masak, air sebanyak satu cawan, gula merah/melaka, daun pandan dan tepung jagung di dalam kuali dan kacau. Kemudian hidupkan api masaklah sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan. 2. Untuk membuat doh; Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian gaulkan tepung pulut bersama 1/2 sudu teh garam dan sedikit air. Bancuh sehingga tidak melekat pada tangan dan boleh membentuk doh. 3. Ambil secubit tepung pulut sebesar duit syiling 0.50 sen, bentukkan bulat dan leperkan. Masukkan inti kelapa yang telah disejukkan tadi, bentukkan bulat semula. 4. Didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan bebola pulut tersebut ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga bebola pulut timbul di permukaan. Buatlah sehingga habis ke semua adunan tadi. 5. Untuk membuat kuah; Satukan keladi, gula, garam, santan pekat dan sagu mata ikan dalam satu periuk. Masaklah sehingga kuah agak memekat. 6. Manisan ini siap untuk dihidangkan.
2. BUBUR LABU DAN CHA-CHA
BAHAN-BAHAN: • 100gm cha-cha • 100gm labu yang telah dipotong • 100gm gula pasir atau secukup rasa • 50gm gula merah/melaka • 250gm santan • 600am air • 1 helai daun pandan • 2 sudu makan sagu mata ikan | basuh dan toskan air • 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Rebus cha-cha sehingga agak kembang, kemudian masukkan labu. Masaklah sehingga empuk. 2. Setelah empuk masukkan sagu, gula, gula merah, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. 3. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
3. BUBUR CANDIL
BAHAN-BAHAN:
UNTUK DOH: • 100gm tepung ubi kayu |untuk doh • 1 cawan air |untuk doh • 1-2 titis pewarna merah • 1-2 titis pewarna hijau • 1-2 titis pewarna ungu • 1 sudu teh air kapur • 1 1/2 sudu teh garam
UNTUK KUAH: • 250gm santan pekat • 100gm gula pasir • 50gm gula merah/melaka • 1 sudu makan tepung ubi |untuk kuah • 1 helai daun pandan |simpul • Sedikit garam • 600ml air untuk merebus
CARA MEMASAK: 1. Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Ketepikan. 2. Untuk membentuk doh; gaulkan tepung ubi bersama 1/2 teh garam, air kapur dan sedikit air sehingga membentuk doh. 3. Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna uli sehingga warna sekata, bentukkan bulat-bulat. 4. Kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga doh timbul di permukaan. Tutupkan api. Ketepikan. 5. Untuk membuat kuah; Gaulkan gula merah/melaka, tepung ubi bersama 1 cawan air sehingga sekata, kemudian masukkan ke dalam periuk candil tadi. Masaklah sehingga kuah agak pekat. 6. Untuk menghidang, curahkan santan pekat yang telah digaulkan bersama garam.
4. ASAM GUMPAL
BAHAN INTI ASAM GUMPAL: • 100gm kacang hijau • 1 keping gula melaka • 1 liter air
BAHAN SAGU MATA IKAN: • 100gm biji sagu • 2 1/2 cawan air suam
BAHAN UNTUK KUAH: • 250gm santan pekat • 2 cm halia yang dihiris halus • 1/2 sudu teh halba • 1/2 sudu teh garam • 1 biji bawang merah yang dihiris
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat inti; Rebus kacang hijau hingga empuk masukkan gula melaka masaklah sehingga menjadi pes kacang hijau. Ketepikan. 2. Seterusnya gaulkan sagu mata ikan bersama 1/2 cawan air suam, bentukkan sagu mata ikan di tapak tangan. Masukkan inti dan bentukkan bulat. Buatlah sehingga selesai. Kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak. 3. Untuk kuahnya; Di dalam periuk masaklah santan bersama dua cawan air, halba, halia, bawang merah dan garam. Apabila mendidih masukkan asam gumpal yang telah dikukus tadi. Masaklah sehingga kuah agak memekat. 4. Angkat dan manisan ini sedia untuk dihidangkan.
5. BUBUR NANGKA BERSAGU DAN KELADI
BAHAN-BAHAN: • 200gm keledek |potong dadu • 200gm keladi |potong dadu • 4-5 biji isi nangka |carik kasar • 50gm sagu mata ikan |basuh dan ditoskan airnya • 250gm gula pasir atau secukup rasa • 250gm santan • 600gm air • 1 helai daun pandan • 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Rebus keladi hingga empuk. Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. 2. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, masukkan isi nangka dan kacau perlahan. Biar mereneh seketika dan tutup api. 3. Angkat dan manisan sedia untuk dihidangkan.
6. BUBUR BARLI DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN: • 100gm barli • 200gm keledek yang dipotong dadu • 250gm gula pasir atau secukup rasa • 250gm santan • 600gm air • 1 helai daun pandan • 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Rebus barli dan keledek hingga kembang dan empuk. Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. 2. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
7. BUBUR ANEKA UBI
BAHAN-BAHAN: • 50gm keledek berwarna oren yang dipotong dadu • 50gm ubi keledek kuning yang dipotong dadu • 50gm ubi kayu yang dipotong dadu • 50gm ubi keladi yang dipotong dadu • 250gm gula pasir atau secukup rasa • 250gm santan • 650gm air • 1 helai daun pandan | simpul • 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Rebus keledek, ubi kayu dan keladi hingga kembang dan empuk. 2. Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar, kemudian masukkan santan pekat. 3. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
8. BUBUR BUTIR NANGKA
BAHAN-BAHAN: • 100gm tepung pulut • 1-2 titis pewarna merah • 1-2 titis pewarna hijau • 1-2 titis pewarna kuning • 250gm gula pasir atau secukup rasa • 250gm santan • 400gm air | kuah santan • 600gm air | untuk rebus butir nangka • 1 helai daun pandan |simpul • 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak. 2. Untuk membuat butir nangka; gaulkan tepung pulut bersama garam dan sedikit air. Gaul hingga menjadi seperti doh. Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna kepada setiap bahagian. Gaul hingga warna sekata dan bentuk seperti butir nangka. 3. Masukkan butir-butir nangka tadi ke dalam air yg telah menggelegak. Tunggu sehingga butir nangka itu timbul barulah diangkat. Redam butir nangka yang telah masak di dalam air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan. 4. Untuk kuahnya pula; rebus air sebanyak 400gm hingga menggelegak. Kemudian masukkan butir nangka, gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. 5. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan manisan ini sedia untuk dihidang.
9. PENGAT PISANG CAMPUR MI SIPUT
BAHAN-BAHAN: • 2 biji pisang nangka | bentuk bunga • 1 keping mi siput • 100gm gula pasir atau secukup rasa • 50gm gula merah/melaka • 250gm santan • 650gm air • 1 helai daun pandan • 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Rebus mi siput sehingga agak kembang, kemudian masukkan pisang. 2. Biar ia mereneh sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. 3. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
10. PENGAT KELADI, PISANG & KELEDEK
BAHAN-BAHAN: • 2 biji pisang nangka | dibentuk bunga • 100gm keladi |potong dadu sebesar lebih kurang 2cm x 2cm • 100gm keledek |potong dadu lebih kurang 2cm x 2cm • 100gm gula pasir atau secukup rasa • 50gm gula merah/melaka • 250gm santan • 650gm air • 1 helai daun pandan |simpul • 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Rebus keladi dan keledek sehingga empuk, kemudian masukkan pisang. 2. Masaklah sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan. 3. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
11. BUBUR ANAK LEBAH
BAHAN-BAHAN: • 100gm tepung gandum • 100gm pulut | rendam selama 1 jam, tos airnya • 1-2 titis pewarna hijau • 1-2 titis pewarna merah • 100gm gula pasir atau secukup rasa • 250gm santan • 600gm air • 1 helai daun pandan | simpul • 1 sudu sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak. 2. Sementara itu, untuk membuat anak lebah; gaulkan tepung gandum bersama garam dan sedikit air. Gaul hingga menjadi seperti doh. 3. Cubit sedikit doh tadi dan gentel-gentel masukkan ke dalam air yang telah menggelegak. Buatlah sehingga habis. 4. Tunggu sehingga tepung itu timbul dan terapung di permukaan air. Setelah itu masukkan gula, 1/2 sudu teh garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api. Ketepikan. 5. Gaulkan garam pada pulut kemudian bahagikan kepada dua bahagian.Titiskan pewarna merah dan hijau. Gaulkan rata dan kukus sehinga pulut masak. Apabila sejuk bolehlah dibentuk dan dicurahkkan sekali bersama kuah santan yang telah dimasak tadi. 6. Manisan ini sedia untuk dihidangkan.
12. BUBUR BUAH DELIMA
BAHAN-BAHAN: • 100gm biji buah delima • 250gm santan pekat • 450gm air • 100gm gula atau secukup rasa • 1 1/2 sudu teh tepung jagung • 1/2 sudu teh garam • 1 helai daun pandan | simpul
CARA MEMASAK: 1. Jerang air sehingga mendidih, masukkan biji delima, masaklah sehingga biji delima timbul. Angkat dan disejukkan. Ketepikan.’ 2. Di dalam periuk satukan santan, air, gula, garam, tepung jagung dan daun pandan. Kacau sehingga sebati kemudian hidupkan api. Kacau senantiasa sehingga kuah agak memekat, tutupkan api. 3. Setelah itu bolehlah dihidangkan dengan meletakkan santan dahulu di dalam bekas bubur kemudian barulah diletakkan biji delima utnuk mendapatkan rupa yang menarik.
CARA MEMASAK: 1. Di dalam periuk, renehkan air bersama gula melaka dan gula pasir sehingga agak pekat. Ketepikan. 2. Di dalam kuali kacau tepung beras, santan, air dan garam. Kacau hingga sebati dan beras tidak berketul. 3. Kemudian hidupkan api, kacau hingga tepung menjadi kental. Masukkan ke dalam acuan yang sesuai untuk membentuknya, apabila sejuk bolehlah dihidangkan bersama air gula.
14. PENGAT KELEDEK UNGU
BAHAN-BAHAN: • 400gm keledek ungu |potong dadu lebih kurang 2cm x 2cm • 100gm gula pasir atau secukup rasa • 50gm gula merah/melaka • 250gm santan • 600gm air • 1 helai daun pandan | simpul • 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Rebus keledek sehingga empuk, kemudian masukkan gula, gula merah/melaka, garam dan daun pandan. 2. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
15. BUBUR JAGUNG DAN KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN: • 1 tongkol jagung manis | dihiris • 100gm kacangf merah @ kidney beans |rebus hingga empuk • 100gm gula pasir atau secukup rasa • 250gm santan • 400gm air • 1 helai daun pandan | simpul • 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Rebus rebus biji jagung lebih kurang 15 minit untuk mengeluarkan rasa jagung, kemudian masukkan kidney beans yang telah direbus sebentar. 2. Setelah itu masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. 3. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan manisan ini sedia untuk dihidangkan.