Bubur Jagung Paling Ringkas, Guna Jagung Tongkol Aje.

Share

Bila tengah lapar dapat semangkuk bubur jagung memang sedap. Taruh pulak sagu makin sedap dan pekat. Nak lagi sedap guna Gula Melaka atau Nise Kerek. Dah letak gula melaka, tak letak gula pasir pun tak apa, nanti terlebih manis pulak.

Resipi perkongsian Nurul Ain Syed Mohd ni ringkas aje memasaknya.Senang sangat dan sedap benar bubur jagung ni.

 

RESEPI BUBUR JAGUNG RINGKAS

BAHAN- BAHAN (Sukatan tengok gambar ) :

  • 3 tongkol jagung
  • Santan
  • Gula (Gula apa pun boleh. empunya resipi guna gula melaka atau orang Kelantan panggil ‘Nise Kerek’)
  • Sagu (tak letak pun takpa, jika letak lagi sedap.)
  • Daun pandan
  • Secubit garam

CARA MASAK :

1. Hiris jagung dan racik kecik. Suka macam ni baru ada “umphh” kerana pati-pati manis jagung tu keluar dan sebati dengan rasa santannya. Gitu.

2. Rebus dalam air sampai tenggelam jagung tu.

3. Masukkan sekali gula dan daun pandan untuk aroma.
4. Apabila dah mendidih, masukkan santan dan kacau perlahan.

Wangi semerbak.

Selamat mencuba dan menjamu selera!
.
#Ainshe
Kredit foto dan resipi :Nurul Ain Syed Mohd

 

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA RESIPI NI :

DAN JUGA RESIPI NI :

https://www.rasa.my/puding-kastard-berkuah-nikmat-terasa-2/

 

IKLAN