Sedapnya jika menikmati Bubur Candilni. Lemak-lemak manis kuahnya, ditambah pula dengan doh Candil yang lembut, memang tidak puas dimakan. Saudari Norasikin Termizi ada kongsikan resipinya. Kuantiti bahan tidak terlalu banyak dan sesuai untuk saiz hidangan 3-4 orang makan. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan dan uli sampai jadi doh. 2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.
3. Sementara menguli doh, didihkan air dalam periuk. 4. Cubit doh dan bulatkan. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Biarkan hingga timbul. Bila doh timbul, maksudnya ia telah masak. Tidak perlu dikacau.
5. Angkat doh dan letak dalam air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan.
Ads
BAHAN KUAH SANTAN MANIS:
4 cawan air
2 ketul gula melaka – boleh guna gula merah @ gula pasir – beli online disini
1 ½ sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air – beli online disini
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air, gula melaka dan simpulan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga gula melaka larut. 2. Masukkan santan dan secubit garam untuk menaikkan rasa lemak santan. Masak sehingga mendidih. 3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. 4. Rasa kuah, jika kurang manis, boleh tambah gula merah @ gula pasir. 5. Masukkan doh tepung. Sedia untuk dinikmati.
TIP: Masa nak uli doh dengan pewarna, jangan letak pewarna banyak sangat. Nanti bila doh sudah masak, warna akan jadi lebih terang/gelap. Jika sebelum masak pun sudah terang, lepas masak takut warna terlalu terang dan rasa takut untuk dimakan.
Siapa sangka Brokoli ‘Super Food’ ini bukan hanya sedap sebagai sayur tetapi juga boleh diolah jadi kudapan seperti digoreng celup tepung dan dijadikan muffin dan banyak lagi. Sebagai sayur kaya dengan pelbagai khasiat, anda manfaatkan brokoli dalam bermacam menu. Antaranya seperti dalam dua resipi yang dikongsikan di bawah ini.
BROKOLI GORENG RANGUP BAHAN-BAHAN:
500gm brokoli | potong dadu
1/2 cawan tepung goreng serbaguna |sebarang jenama
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1cawan tepung tempura | sebarang jenama
Sedikit air
300gm minyak masak | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Renehkan air dalam periuk, celur sekejap 3-4 minit brokoli.
Angkat, tos dan ketepikan.
Campurkan tepung serbaguna dengan serbuk lada hitam dan bawang putih. Gaul rata.
Taburkan dalam bekas berisi brokoli tadi, gaul rata. Tambahkan sedikit air untuk memastikan tidak ada tepung berketul.
Setelah brokoli bersalut tepung sepenuhnya, gaulkan pula dalam tepung tempura. Lakukan hingga habis.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hingga garing.
Angkat dan tos.
Brokoli sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
MUFFIN BROKOLI TELUR BAHAN-BAHAN: 1/2 biji brokoli | potong dadu besar dan rebus 3-4 minit 5 biji telur 1/2 sudu teh serbuk daun Thyme 1/2 sudu teh serbuk bawang putih 1 sudu teh serbuk pati ayam 1 sudu teh serbuk lada sulah 1/2 cawan parutan keju cheddar
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
Sementara itu, pukul telur hingga kembang.
Kemudian masukkan ke dalamnya serbuk pati ayam, lada sulah, serbuk bawang putih dan serbuk daun Thyme.
Kacau rata, baru masukkan brokoli dan 3/4 dari keju. Kacau rata.
Sediakan loyang muffin. Sapukkannya dengan mentega.
Tuangkan bancuhan muffin ke dalam loyang hanya 3/4 permukaan acuan sahaja. Taburkan lebihan parutan keju di atasnya.
Bakar hingga kuning keperangan lebih kurang 20-25 minit.
Kek yang kini viral unicorn cheese cake. Mana taknya meriah dengan warna warni. Bukan hanya anak-anak suka, ,malahan orang dewasa juga. Kek ini simple namun diolah dengan meletakkan cheese dan juga bahan hiasan maka rupanya jadi wow dan terserlah. Buat yang ingin mencuba buat ini resipinya.
Unicorn Cheese Cake Viral Bahan untuk kek vanila *3 biji telur *1 cawan gula pasir *1/2 cawan minyak masak *1/2 cawan susu segar atau susu cair-BELI ONLINE DI SINI *1 sudu teh esen vanila-BELI ONLINE DI SINI *1 sudu makan ovelatte-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder
Cara buat: 1.Pukul ke semua bahan yang bertanda * sehingga kembang. 2.Bila sudah kembang masukkan tepung gandum dan baking powder. 3.Kukus kek sehingga masak
Bahan untuk cheese 250 gram cream cheese 1 cawan whipping cream ( anchor ) 1/2 cawan susu segar 1/2 cawan susu pekat manis-BELI ONLINE DI SINI
Cara buat: 1.Masukkan ke semua bahan di dalam blender dan kisar sehingga gebu. 2.Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan dengan warna pilihan.
Bahan hiasan – parutan cheddar cheese – deco sugar
Terliur tengok Chocolate Fruit Cocktail Auntie Ja yang viral tu? Buah segar yang dimakan bersama limpahan coklat enak, guna pula coklat premium, memang sangat sedap. Nak beli selalu mahal kan? Kalau keluarga besar, lagilah terasa. Jadi jom buat sendiri guna resipi perkogsian saudari Nor Atika Nazirah. Sedap dan memang padan makan dengan buah. Tak muak pun. Anak-anak pasti suka.
CARA BUAT CHOCOLATE FRUIT COCKTAIL SEDAP SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Aneka buah-buahan segar – ikut selera masing-masing
Coklat susu / milk chocolate – sukatan lebih dari coklat lain – beli online disini
Nutella
Coklat putih / white chocolate
Coklat gelap / dark chocolate – beli online disini
Marshmallow – beli online disini
Sedikit minyak jagung – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan buah-buahan dan potong ikut selera. Ketepikan.
2. Ambil mangkuk tahan ketuhar gelombang, cairkan coklat gelap dan coklat putih secara berasingan.
3. Untuk milk chocolate (empunya resipi guna Cadbury), masukkan ke dalam mangkuk dan masukkan juga sedikit minyak jagung. Kemudian cairkan guna microwave. Kena letak minyak jika tidak coklat tidak cair.
4. Bila sudah siap, tuang milk coklat dalam mangkuk buah, kemudian lorekkan dengan dark coklat dan white chocolate. Boleh letak marshmallow jika suka.
5. Chocolate Fruit Cocktail sedia untuk dinikmati.
Resipi kek mentega sedap & mudah. 15 variasi moden (pandan, strawberi, lemon, nenas, marble, oreo & banyak lagi). Ikut langkah satu per satu, confirm jadi!