Buat Sup Telur Chinese Style Ala Hotel, Makan Panas-Panas Gerenti Puas

Share

Makan malam nanti teringin nak menikmati sup telur Chinese Style. Kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel. Jomlah kita buat. Siapa yang tak sedap badan, dah makan sup ni pasti berpeluh. Kita buat dan tambah crab stick sebagai penambah selera.

Sup Telur Chinese Style

Buat Sup Telur Chinese Style Ala Hotel, Makan Panas-Panas Gerenti Puas

Bahan-bahan:

Bawang putih (cincang halus)-beli online di sini

Halia (cincang halus)-beli online di sini

Kiub pati ayam (tiada MSG)

Filamen ketam (dihiris nipis)

Telur ayam (dibancuh)

Tepung jagung (dibancuh)-beli online di sini

Dapatkan CUOCO STAINLESS STEEL HONEYCOMB 38CM IH NON-STICK WOK dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

Cara memasak:

  1. Panaskan air di dalam periuk, masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.

  1. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
  2. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.

  1. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
  2. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka dan sesudu kecil kicap pekat.

  1. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang dan minyak bijan.

Kredit: Zurina Zulkefli

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN