Buat Sendiri Telur Sarang Super Crispy Dijamin Menjadi. Begini Caranya

Share

Telur Sarang ni nampak macam susah tapi sebenarnya mudah je nak buat. Maklumlah kalau beli sepinggan Laksa Telur Sarang ni memang tak cukup. Masak sendiri laksa di rumah barulah puas hati. Nak lagi special, memang kena tambah telur ni. Kalau memang bercadang nak buat Laksa Telur Sarang, elok sangatlah puan-puan cuba resipi perkongsian saudari Puspa Hanim

ni. Ada teknik supaya telur yang anda buat tu jadi sempurna dan tidak nampak macam telur dadar biasa. Ha…Nak tahu rahsianya? Jom tengok! Bolehlah cuba nanti ya.

RESIPI TELUR SARANG

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
2 sudu makan air
1 sudu makan (penuh) tepung berasbeli online disini
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan pukul. Kemudian tapis.
2. Masukkan ke dalam acuan roti jala 3 muncung.


3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali hingga betul-betul panas. Kemudian tuang adunan telur tadi secara rata.
4. Bila telur kelihatan garing, angkat dan sedia untuk dihidang bersama laksa.

Kredit resipi & foto: Puspa Hanim

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN