Kalau sebelum ni kalau beli ikan atau udang korang buang je kepalanya. Mulai hari ni, jangan buang tapi bersihkan dan simpan. Sebenarnya, ia boleh dimanfaatkan untuk dibuat stok seafood atau sebagai bahan perasa tambahan semulajadi tanpa perlu MSG. Masalahnya, mesti korang tertanya-tanya macam mana nak membuatnya. Jangan risau, RASA akan kongsikan dan korang rajin-rajinkan mencuba dan simpan untuk stok, dah tentu ia menjimatkan wang dapur korang.
STOK SEAFOOD BAHAN-BAHAN:
1 ketul kepala ikan | dibersihkan
1 mangkuk kepala udang | dibersihkan
1 mangkuk kulit udang | dibersihkan
1 sudu makan serbuk lada sulah
Air secukupnya
5-6 ulas bawang putih
1 batang leek | hiris
CARA MEMASAK:
Ads
Ads
1. Masukkan kepala ikan, kepala udang dan kulit udang yang telah dibersihkan ke dalam periuk.
Ads
2. Tambah air dalam periuk, kemdian renehkan atas api sederhana.
3. Setelah mendidih, masukkan hirisan batang leek dan bawang putih.
4. Akhir sekali masukkan serbuk lada sulah.
5. Setelah masak, tutup api, dan tapiskan air rebusan dalam bekas . 6. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan dalam botol atau bekas bertutup. 7. Simpannya dalam frezer jika belum sedia digunakan. Atau boleh guna terus jika diperlukan. 8. Stok ini sesuai digunakan untuk tumisan sayuran atau sup.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Peti sejuk adalah salah satu benda penting di dapur. Surirumah selalu risau kalau peti sejuk kosong atau bersepah sampai tak tahu mana satu sebenarnya yang sudah tak boleh dimakan lagi. Untuk memudahkan pengurusan peti sejuk, wanita yang menggunakan nama facebook sebagai Hani Mynis berkongsi cara praktikal yang digunakan untuk memudahkan kita semua di dapur.
"Seminggu sekali hani akan luangkan sikit masa utk kemas peti ais. Selalunya hari Khamis lah sebab nak kena check apa lagi bahan mentah yang masih ada dlm petiais utk plan minggu depan punya menu pulak."
1) Pasang pelapik di setiap shelf. Boleh tanggalkan pelapik untuk dicuci tanpa perlu keluarkan tray. Pilih pelapik yang transparent supaya cahaya boleh tembus hingga ke shelf paling bawah. Kalau pelapik gelap menyebabkan peti sejuk nampak gelap.
2) Pilih satu atau dua warna sahaja tema bekas yang hendak digunakan di dalam peti ais.
3) Pilih bekas plastik bentuk empat segi kerana lebih jimat ruang dan lebih kemas. Elakkan bentuk bulat.
4) Labelkan setiap bekas.
Gambar 1
Bekas bentuk empat segi nampak lebih kemas.
Seragamkan bekas semua berwarna hijau.
Guna pelapik transparent supaya cahaya boleh sampai ke bawah
Gambar 2
Tingkat pertama (pes) : Untuk letak pes (contohnya pes bawang merah, cili kering, bawang putih dan bawang putih serta halia) letak di tingkat paling atas. Senang untuk ambil sebab bahan ini selalu keluar masuk.
Tingkat kedua : Ini bahagian untuk bahan yang akan dimasak untuk hari ini. Sebelum keluar pergi kerja atau sebelum tidur, bahan ini akan dkeluarkan dari bahagian sejuk beku ke bahaguan chiller.
Tingkat kedua : Ini juga bahagian untuk letak lebihan makanan. Simpan dalam bekas bertutup dan bekas microwave-able atau tahan panas kukusan kerana mudah untuk panaskan. Lagi elok kalau dapat tulis tarikh makanan itu.
Tingkat ketiga (makanan kering) : Ini bahagian untuk letak makanan kering misalnya ikan bilis, asam keping, belacan, asam jawa.
Tingkat keempat : Simpan sayur yang gunakan teknik rendaman dan berdaun.
Laci sayur : Tempat letak sayur yang dimasukkan dalam ziplock bag.
Gambar 3
Bahagian pintu peti ais:
Tingkat pertama : Kawasan paling tidak sejuk dalam peti ais.
Tingkat kedua : Letak pes lauk misalnya pes tomyam, pes asam rebus dan cili jeruk.
Tingkat ketiga : Air minuman
Tingkat keempat (condiments) : untuk letak botol sos dan kicap dan juga susu pekat manis
Gambar 4
Pengurusan peti ais yang betul untuk bahan-bahan.
SOS (sos cili, sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayones yang sudah dibuka)
Ada yang suka simpan sos di luar. Cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis "refrigerate after opening".
Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. Tempat yang betul untuk simpan adalah di pintu peti ais.
SUSU
Untuk susu dalam tin sama ada susu pekat atau susu cair boleh disimpan dalam peti ais di bahagian pintu peti ais. Sebelum simpan kena alih dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup sama ada plastik atau kaca. Elakkan simpan dengan tin asal dalam peti ais kerana dalam peti sejuk keadaannya lembap dengan oksigen. Ini boleh menggalakkan pengaratan pada tin.
Susu segar atau susu kotak perlu disimpan di bahagian dalam. Jangan simpan di bahagian pintu. Bahagian pintu suhunya paling tidak stabil dan berubah-ubah apabila kita buka-tutup pintu peti ais. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.
TELUR
Ada 2 cara menyimpan telur dengan betul.
1. Simpan di luar peti ais
Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab. Pertama, ada tarikh best before dicetak pada bekas telur. Kedua, telur diletakkan di dalam bekas dengan posisi optimum iaitu telur kuning berada di tengah. Hal ini memanjangkan tempoh kesegaran telur.
Jangan dibasuh. Pada kulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak.
Simpan telur di tempat terlindung daripada cahaya matahari dan suhu yang konsisten. Bukan sekejap panas sekejap sejuk.
2. Simpan dalam peti ais (chiller)
Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya simpan di bahagian dalam peti kerana pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap,
UBAT-UBATAN
Ubat tidak perlu disimpan dalam peti ais. Ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan dan cahaya matahari. Lagipun pada botol ubat ada label "keep in dry and cool place" bukan cool peti sejuk. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.
Ubat antibiotik bentuk serbuk dan kita kena bancuh sendiri boleh disimpan dalam peti ais. Simpan dalam bahagian dalam, bukannya dipintu. Ubat antibiotik kena dihabiskan dalam tempoh tertentu.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Ayam Goreng Pandan dengan kuning keemasan pasti membuatkan kita berselera hendak makan. Selalu juga tertanya-tanya bagaimana cara untuk mendapatkan Ayam Goreng Pandan yang cantik begini. Nah, dikongsikan cara hendak menggoreng Ayam Goreng Pandan yang betul supaya apabila sudah masak warnanya ‘golden brown.’ Tempoh penyediaan hanya 10 minit dan sangat mudah disediakan. Boleh cuba cara yang dipraktikkan oleh Fazniza Razali ini.
LANGKAH DEMI LANGKAH AYAM GORENG PANDAN:
1. Minyak perlu separuh dari kuali (kena deep fry baru ayam cantik bila sudah masak).
2. Api mesti guna yang sederhana. Jangan guna api besar.
3. Masukkan ayam (jangan masukkan ayam dalam minyak yang terlalu panas nanti ayam di bahagian luar sudah garing tapi di dalam tidak masak).
4. Sentiasa balik-balikkan ayam.
5. Bagaimana hendak tahu ayam sudah masak atau belum? Ini dua cara yang boleh anda buat:
*Ayam ringan bila diangkat dengan penyepit. *Ayam timbul di permukaan minyak.
6. Beginilah hasilnya. Cantik bukan. Tip penting, seelok-eloknya ayam di di ‘defrostkan’ dulu sebelum goreng.
Kalau korang penggemar telur separuh masak atau kuningnya lembut, ini tip yang sangat mudah boleh korang cuba. Mudah sangat, sesuai untuk korang yang belajar nak merebus telur.
Caranya, korang hanya perlu sediakan periuk pengukus, Masukkan air di dalamnya dengan ketinggian air 3cm periuk.
Letakkan pengukus dan tutup. Bila air mendidih, masukkan telur dan tutup semula periuk pengukus. Kemudian masak selama enam minit untuk telur setengah masak dan 11 minit jika ingin telur masak sempurna.
Angkat telur dan rendam dalam air sejuk, kemudian kupas telur dan ia sedia dimakan. Senangkan cara memasaknya? Penggemar telur separuh masak boleh cuba ni.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!