Lengkuas antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan yang boleh ditanam sendiri selain cili padi, serai, halia dan kunyit. Senang bila nak buat tomyam, gulai, singgang dan sebagainya. Bila tanam sendiri dapatlah guna lengkuas yang segar.

Cara penanaman lengkuas ini pun mudah juga, kalau tiada benih boleh beli lengkuas di kedai untuk ditanam. Langkah penanaman boleh ikut seperti yang dikongsi oleh Irma Sheky. Tapi sebelum tanam pastikan kita pilih benih lengkuas yang sedap digunakan untuk masakan.

Tip pilih lengkuas yang sedap untuk masakan

Hari ini nak tanam lengkuas merah isi krim, boleh di kedai runcit saja. Lengkuas merah ini dua jenis, satu kulit merah isi pun merah & satu jenis lagi kulit merah tapi isinya putih krim.

Tip Tanam Lengkuas, Pilih Yang Warna Ini Supaya Lebih Lembut & Sedap Dalam Masakan

Lengkuas merah ini memang sedap buat masak, walau pun saiznya besar gedabak tapi tak keras & mudah saja nak hiris.

Cara tanam 
  1. Sediakan benih lengkuas, supaya benih cepat bertunas, letak dalam bekas & isikan air. Agak-agak tenggelam 1/4 dari tinggi lengkuas (nanti warna lengkuas mungkin bertukar jadi hijau tapi bila dah tanam hasilnya tetap warna merah)

2. Biarkan dalam 1-2 minggu sambil 3 hari sekali tukar air supaya tiada jentik-jentik. Bila dah naik tunas nanti bolehlah tanam dalam polibeg yang diisi dengan medium campuran cocopeat, topsoil dan sekam nisbah 3:1:1.

IKLAN

Tip Tanam Lengkuas, Pilih Yang Warna Ini Supaya Lebih Lembut & Sedap Dalam Masakan

3. Sekiranya nak tanam guna benih yang dah berakar pula boleh terus tanam seketul dalam polibeg.

4. Siram sekali sehari tapi jangan bertakung. Dalam 2 minggu lengkuas akan mula bertunas.

IKLAN

Tip Tanam Lengkuas, Pilih Yang Warna Ini Supaya Lebih Lembut & Sedap Dalam Masakan

5. Usia 10 bulan, daun serta rizom dah padat dalam polibeg.

6. Boleh terbalikkan dan ketuk-ketuk supaya akar renggang dari polibeg untuk keluarkan lengkuas.

IKLAN

7. Baja dengan air beras, air basuhan ikan, kulut bawang dan kulit telur 2-3 minggu sekali

INFO: Tanam dalam polibeg lebih senang nak tuai, mudah untuk dicabut dan lerai.

Semoga bermanfaat

Sumber: Irma Sheky

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI