Buat Sendiri Sosej Ayam Homemade

Share

 

Sosej buatan sendiri selalunya lebih sihat. Ini kerana kita boleh kawal apa bahan yang kita mahukan untuk dimakan. Ikut kesesuaian diet yang kita mahukan. Misalnya kita tak nak letak garam dan gula atau bahan perisa. Itu lebih baik. Jom cuba buat sosej ayam sendiri mengikut resipi yang dikongsikan oleh Siti Zarina Jaidon.

SOSEJ AYAM HOMEMADE

BAHAN-BAHAN
1 kg isi ayam
1 1/2 sudu kecil garam
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil thyme
1/2 sudu kecil oregano
1 tangkai cili kering (nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh)
1 gelas air atau stok ayam
* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.

CARA MEMASAK
1. Kisar semua bahan sehingga halus dan sebati.
2. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang di atas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim sehingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.
3. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.
4. Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah digoreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.

Selamat mencuba!

Kredit resipi & gambar: Siti Zarina Jaidon

IKLAN