Suka makan roti canai tetapi paling sedap kalau dapat buat sendiri. Lebih puas dan terjamin kebersihannya. Kadang kala kalau makan di luar rupanya elok tapi rasa tidak mencapai apa yang dihajati. Keras dan tidak gebu. Apa kata canai sendiri ikut macam mana gebu yang korang nak. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Normaliana Abu Bakar ini.
ROTI CANAI HOMEMADE
Ads
BAHAN-BAHAN
Ads
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan gula
1 cawan Air
Setengah sudu kecil garam
Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.
CARA-CARA MENYEDIAKAN
Ads
Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.
Uli hingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.
Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ). Ikut suka kita kalau anak 10 buat kecil, kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.
Susun doh dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan perap lebih kurang 2 jam.
Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
Ambil satu bola tepung dan ratakan macam didalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak macam roti kirai.
Lipat empat arah seperti dalam gambar. Roti canai sedia digoreng.
Tak terasa nak makan nasi? Ini ada cara-cara buat pizza ekspres yang paling senang! Anda tak perlu susah-susah nak uli tepung dan tak guna ketuhar pun untuk masak. Sangat senang kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari SyazwAni DaRwiny ni. Memang terbaik!
RESIPI PIZZA EKSPRES GUNA ROTI ARAB
BAHAN-BAHAN:
BAHAN TOPPING (BOLEH PELBAGAIKAN IKUT CITARASA):
CARA MEMASAK:
1. Ambil sekeping roti arab dan sapu mentega di kedua-dua belah permukaan roti.
2. Sapu sos pasta. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing.
3. Kemudian letak bahan-bahan topping dengan rata.
4. Paipkan juga mayones dan sos cili.
5. Taburkan keju mozzarella. Lagi banyak keju, lagi sedap!
6. Akhir sekali taburkan oregano leaves & chili flakes untuk menjadikan rasa piza lebih sedap dan wangi.
7. Masukkan piza ke dalam pemanggang yang telah dipanaskan dan masak selama 8-10 minit menggunakan api yang paling kecil. Jika besar, dasar roti akan hangus dan tak sedap.
8. Bila keju dah cair, angkat. Sedia untuk dinikmati.
Sedapnya kalau dapat makan Roti Paratha homemade panas-panas. Sekeping memang tak cukup. Kalau nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Khadijah Jaafar ni boleh anda cuba. Memang mudah. Cubalah.
ROTI PARATHA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, garam, gula, yis dan minyak masak.
2. Tambah air sedikit demi sedikit sehingga adunan jadi sebati dan lembut.
3. Rupa doh yang dah siap diuli. Tidak perlu uli lama.
4. Tutup bekas doh menggunakan kain dan rehatkan selama 1 jam. Pastikan mangkuk disapu dengan sedikit minyak sebelum diletak doh supaya ia tidak melekat pada mangkuk.
5. Keadaan doh yang telah naik 2 kali ganda dari saiz asal.
6. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan. Saiz ikut citarasa masing-masing. Rehatkan doh sekali lagi selama 10-15 minit. (empunya resipi dapat dalam 9 biji)
7. Untuk mencanai, tabur sedikit tepung pada papan dan diatas doh. Ia bertujuan memudahkan doh digelek dan tidak melekat.
8. Canai atau gelek doh mengikut ketebalan yang disukai.
9. Panaskan kuali bersama sedikit minyak, mentega atau minyak sapi. Ikut citarasa masing-masing. Goreng roti paratha tadi selama 2-3 minit untuk setiap belah atau sehingga garing. Pastikan masak menggunakan api perlahan.
10. Setelah masak, angkat dan sapu sedikit mentega pada roti untuk menyedapkan lagi rasanya.
11. Sedia dinikmati bersama kari atau apa-apa kuah kegemaran.
Pastri Lapis atau Puff Pastry memang kaya dengan rasa mentega yang enak. Rapuh dengan rasa lemak memang gerenti sedap.
Satu ciri utama pastri lapis ni adalah doh yang dilipat dan dicanai beberapa kali. Setiap kali ulangan langkah ini, doh kena direhatkan dalam peti sejuk. Terbentuk lah pastri yang mengembang naik yang gebu dan lembut.
Pasti berperasa mentega ni jadi tambah enak bila diletak inti atau topping. Ni min kongsikan 5 pastri manis untuk menceriakan hari mu.
1. PARISIAN FLAN
BAHAN-BAHAN :
Bahan A: Crème Patisserie / Kastard
Bahan B: Pastri Lapis :
CARA MEMASAK : 1. Satukan Bahan B ke dalam mesin adunan sehingga sebati. 2. Ulikan doh, ratakan menjadi segi empat tepat. 3. Lipatkan dengan mentega 425gm ke dalamnya. Pada proses lipatan pertama rehatkan dalam peti sejuk ‘chillers’ sekurangya sejam. 4. Kemudian ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 10 kali membentuk segi empat. Setiap kali proses lipatan dan canai pastikan ia direhatkan dalam peti sejuk selama 20 minit 5. Lakukan langkah ini sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan. Cara membuat kastad : 1. Panaskan susu dan esen vanilla dalam periuk. 2. Tambahkan telur kuning, gula, telur dan tepung jagung ke dalam mangkuk adunan dan kacau sehingga pekat. 3. Kemudian masukkan mentega dan kacau sebati. 4.Leperkan dan tekan rata doh pastri lapis dalam loyang bulat dan isikan dengan kastard. 5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180oC selama 1 jam.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 2 jam Cara Memasak : Bakar Jenis masakan : Pastri Puff Manis Keistimewaan : Kelembutan kastad bersama dengan kerangupan pastri lapis dengan keharuman mentega
Info Chef : Pastikan anda membakar sehingga permukaan kastad menjadi warna keperangan (caramelized). Anda boleh juga menggunakan doh pastri puff sedia yang di jual di pasaraya.
2. CHOCOLATE 72% MILLE-FEUILLE
BAHAN-BAHAN :
Bahan A : Creme Patisserie Chocolate/ Kastad Coklat
Bahan B: Pastri Lapis Berperisa Coklat
CARA MEMASAK : 1. Satukan Bahan B (kecuali coklat gelap) dalam mesin adunan sehingga menjadi doh. 2. Tambahkan coklat gelap cair dan ulikan doh sehingga sebati. 3. Lipatkan doh sebanyak 10 kali bersama mentega. Lakukan proses sama seperti resipi sebelumnya . 4. Leperkan doh setebal 4cm dan potongkan lapisan doh secara memanjang. 5. Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180 oC selama 30 minit, dan pastikan dulang diletakkan ke atas doh semasa proses pembakaran.
Cara memasak kastad coklat : 1. Panaskan krim dan susu dalam periuk. 2. Ambilkan mangkuk adunan dan campurkan telur kuning, gula dan tepung jagung. 3. Tunggu hingga krim dan susu mengelegak, kemudian tambahkan ke dalam mangkuk adunan dan gaulkan. 4. Masukkan coklat cair ke dalam mangkuk bersama mentega. 5. Biarkan sejuk ,sapukan kastad coklat di antara lapisan doh yang dibakar tadi
Saiz hidangan : 6 orang Waktu memasak : 2 jam Cara Memasak : Bakar dan didih (kastad) Jenis masakan : Pastri Puff Manis Keistimewaan : Kaya dengan rasa coklat gelap dengan koko tulen lebih 70 peratus
Info Chef : Letakkan dulang di atas doh pastri supaya ianya tidak mengembang atau menaik semasa proses pembakaran. Pastri dalam keadaan leper dan nipis setelah dibakar.
3. ALBINAO RED BERRIES BAND
Bahan A:
Bahan B Pastri Lapis:
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan B di dalam mesin adunan. Ulikan doh 2. Kemudian lipatkan doh dengan mentega (425g) sebanyak 15 kali. Canai dan ratakan. 3. Potong doh pastri lapis memanjang,bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 30 minit 4. Letakkan pastri lapis ke dalam loyang bersama krim almond, dan isikan dengan beri campuran IQF.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Pastri Puff Manis Keistimewaan : Keunikan rasa beri yang masam manis dengan krim badam
INFO CHEF: Pastikan anda meletakkan dulang di atas doh pastri supaya ianya tidak mengembang naik terlalu besar semasa proses pembakaran.
4. ALSATION APPLE TART
BAHAN-BAHAN :
Bahan A : Krim badam
Bahan B : Epal rebus
CARA MEMASAK : 1. Mulakan dngan bahan B, sediakan periuk besar dan isikan air sehingga 1/4. 2. Buangkan kulit epal dan biarkan tangkai bersama semasa merebus. 3. Masukkan puri apabila sudah mengelegak berserta dengan kesemua epal, kulit kayu manis, bunga lawang. 4. Tutup periuk dan biarkan ia direbus selama sejam lebih. 5. Apabila sejuk potong epal dalam bentuk wedges. Cara membuat krim badam: 1. Sediakan bahan A, mulakan dengan masukkan gula dan mentega dalam mesin campuran putar sehingga kelihatan kuning pucat. 2. Kemudiam masukkan tepung badam tepung biasa dan telur secara selang seli sehingga dicampur dengan rata. 3. Kemudiankan ambil doh pastri lapis dan tekan rata dan sedia dalam tart ring.(acuan berbentuk segi empat. 4. Isikan krim almond sehingga 80% dan susunkan epal yand dihiris dalam bentuk yang dikegemari. 5. Panaskan dalam ketuhar 170oC selama 30 minute, tunggu sehingga warna atas bertukar ke warna coklat terang.
Saiz hidangan : 6 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Pastri Puff Manis Keistimewaan : Gabungan rasa epal dengan keharuman kulit kayu manis
Info Chef : Pastikan epal tidak terlalu masak supaya tidak menjadi lembik
5. CINNAMON PALMIERS
BAHAN-BAHAN :
Bahan-bahan Pastri Lapis:
Gula halus dan serbuk kayu manis secukupnya |dicampurkan
CARA MEMASAK : 1. Lakukan langkah membuat pastri seperti membuat pasteri dalam resipi sebelumnya. Ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 10 kali. Setiap kali lipatan dan canai, simpan dan rehatkan doh dalam peti sejuk. 2. Ulikan adunan doh pastri dan canai rata sehingga 4sm tebal 3. Taburkan gula dan serbuk kayu manis ke atas doh pastri. 4. Potong secara memanjang dan bentukkan dan lilit sehingga menyerupai hati. 5. Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180 oC selama 30 minit.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Pastri Puff Manis Keistimewaan : Keharuman kulit kayu manis sepadan pastri lapis bergula
Info Chef :Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama aiskrim vanilla. Palmiers bermaksud pastri berbentuk telinga gajah atau daun palma.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kenapa manusia cenderung makan menu sama berulang kali? Ketahui jawapan saintifik, psikologi dan biologi yang menerangkan bagaimana otak, emosi dan rutin mempengaruhi pilihan makanan kita.